Prinsip kehadiran dalam novel-novel Jong Chian Lai: Analisis teksdealisme
Textsdealisme analysis: Principles of presence in Jong Chian Lai novels
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol10.4.2019Keywords:
teksdealisme, pembaharuan, aliran, struktur, ideaAbstract
Pembaharuan atau inovasi sentiasa dilakukan oleh pengarang yang prolifik dalam berkarya dengan menghadirkan pelbagai sumber dan idea untuk meletakkan teks ciptaannya mencapai tahap keunggulan. Justeru, kepelbagaian dan kesegaran sumber menjadi keutamaan seseorang pengarang dalam berkarya. Jong Chian Lai sebagai penulis yang prolifik di Sarawak sedar akan kepentingan melakukan pembaharuan dalam menghadirkan sumber dan idea yang baharu dalam teks-teks ciptaannya. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis prinsip kehadiran dalam tiga buah novel karya Jong Chian Lai berdasarkan teori Teksdealisme. Teori Teksdealisme mengandungi empat prinsip yang dapat digunakan untuk mengukur tahap kualiti kepengarangan seseorang pengarang. Kajian ini hanya mengaplikasikan prinsip kehadiran untuk menganalisis novel Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga (1986), Pemberontakan (1994) dan Ensera Marga Timur dari St Anthony (2009). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. Hasil dapatan analisis memperlihatkan bahawa Jong Chian Lai sentiasa membuat inovasi atau pembaharuan dalam ketiga-tiga novel dalam usaha menghadirkan kepelbagaian sumber dan idea yang baharu menerusi pengalaman peribadi dan penyelidikan. Pembaharuan ini diteliti menerusi sumber idea, struktur dan aliran dalam ketiga-tiga teks. Struktur penciptaannya mengalami perubahan selain memperlihatkan pengekalan terhadap struktur tertentu. Aliran turut menunjukkan pembaharuan dari realisme kepada aliran realisme magis. Impaknya, setiap teks ciptaannya menunjukkan pembaharuan dan pemantapan yang dilakukan dari semasa ke semasa bagi mencapai tahap unggul sekali gus memberikan perangsang kepada penulis-penulis lain agar sentiasa membuat pembaharuan dalam penciptaan.
Downloads
References
Augustine Anggat Ganjing. (1991). Asas ukiran Iban: satu pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. Samad Said. (1987). Dari Salina ke Langit Petang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buyong Adil. (1981). Sejarah Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran
Malaysia.Frank, H. & Robert, F.H. (1990). Arkeologi prasejarah satu pengenalan ringkas. Terj. Shakila Yaacob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hazami Jahari. (2007, Februari). Dari Pindah ke Pemberontakan: Tingkat kematangan kepengarangan Jong Chian Lai. Kertas kerja pembentangan Wacana Pemikiran Jong Chian Lai. Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Kuching Sarawak.
Jais Sahok. (2000, April). Novel penulis pelbagai kaum. Dewan Sastera, hlm. 10-12.
Jeniri Amir. (2007, Februari). Dari Pindah ke Meredah Ombak Keributan: Dunia dalam kata, dunia beraneka gaya. Kertas kerja pembentangan Wacana Pemikiran Jong Chian Lai. Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Kuching Sarawak.
Jimmy, Donald. (1998). Hikayat Keling Gerasi Nading. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jong Chian Lai. (1986) Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jong Chian Lai. (1994). Pemberontakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jong Chian Lai. (2000. Januari). Mengepung kesabaran dalam dunia sastera. Dewan Sastera, hlm. 17-19.
Jong Chian Lai. (2006). Ucapan penerimaan S.E.A Write Award 2006. Dalam Zaiton Ajmain & Khatijah Ismail (pnyt.). Malaysian Writer: Awardee of The S.E.A Write Awards 2006. (hlm. 5-10). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jong, Chian Lai. (2007, April). Pengalaman dalam bidang menulis novel. Dewan Sastera, hlm. 93-98.
Jong, Chian Lai. (2009). Ensera Marga Timur dari St. Anthony. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. (1996). Teori sastera teksdealisme. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mana Sikana. (2006). Teori Sastera Teksdealisme. Singapura: Pustaka Karya.
Mana Sikana. (2007). Tokoh-tokoh unggul dalam sastera Melayu. Singapura: Pustaka Karya.
Rosnani Md Zain & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2017). Fenomena Sosial dalam Novel Nenek Karya
Razali Endun. Jurnal Pendeta, (8), 82-95.
Safian Hussain, Mohd Thani Ahmad, Zakaria Ariffin, Ahmad Kamal Abdullah & Suhaimi Muhamad (pngr.). (1988). Glosari istilah kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad. (1979). Gubahan novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad. (1994). Pengalaman ilmu imaginasi dan kitarannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sohaimi Abdul Aziz. (1992). Mobiliti sosial perspektif Barat dan Islam dalam novel terpilih Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad. (2002). Unsur realisme magis melalui konsep pencerobohan dalam karya-karya awal Gabriel Garcia Marquez. Dalam Lalita Sinha (pytg.). Tradisi dan modeniti: Kesusasteraan melintasi zaman dan wilayah. (hlm. 129-138). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Siti Khariah Mohd Zubir & Nur Aisyah Abdullah, (2015) Pemikiran Khadijah Hashim dalam novel Badai Semalam dan Laila Azwa Gadisku untuk membangunkan sahsiah belia. Jurnal Pendeta, (5), 145-173.
Sohaimi Abdul Aziz. (2002). Unsur sejarah dalam metafiksyen historiografik: Satu pemikiran pascamoden.
Dalam. Lalita Sinha (pytg.). Tradisi dan modeniti: Kesusasteraan melintasi zaman dan wilayah. (hlm. 139-157). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, Madiawati Mamat@Mustaffa & Fauzi Hasan. (2017). Novel-novel Faisal Tehrani dari Perspektif Teksdealisme. Jurnal Pengajian Melayu, (28), 262-287.
Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (1996, Januari). Elemen realisme magis dalam Hujan Pagi: Satu kajian berdasarkan novel One Hundreds Years of Solitude karya Gabriel Garcia Marquez. Dewan Sastera,hlm. 20-27.
Zuriyah Jemy. (2003). Isu pembangunan menerusi novel-novel Jong Chian Lai. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Jabatan Persuratan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.