Melanau Aku Tidak Pernah Menolak Takdirnya: Suatu Analisis dari Perspektif Teori Sosiologi
Melanau Aku Tidak Pernah Menolak Takdirnya: An Analysis from the Perspective of Sociology Theory
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.10.2021Keywords:
perjuanga, adat, warisan bangsa, isu-isu sosial, Melanau Aku Tidak Pernah Menolak TakdirnyaAbstract
Sesebuah karya sastera membolehkan masyarakat menjiwai unsur dan nilai dari segi kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan menanam perasaan bangga dan cinta kepada tanah air. Hal ini dikatakan demikian kerana sesebuah karya sastera memaparkan secara keseluruhan sosiobudaya dan sosioekonomi yang melatari sesebuah masyarakat. Walau bagaimanapun, kemelut dan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat wajar dirungkai agar berupaya memperlihatkan perjuangan mereka khususnya dari sudut Sosiologi. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis kandungan novel Melanau Aku Tidak Pernah Menolak Takdirnya karya Dahiri Saini (2020) dari segi penulis dan teks, isu-isu sosial dan kesannya kepada khalayak. Oleh sebab karya ini amat erat hubungannya dengan aspek sosial, maka kajian ini mengaplikasikan Teori Sosiologi dengan memberikan fokus kepada tiga daripada empat kaedah krtitikan dalam teori ini, iaitu penulis dan teks, isu-isu sosial dan kesan teks kepada khalayak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dengan menganalisis kandungan teks. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pengarang seorang yang prolifik dalam berkarya dan memaparkan pemikiran perjuangan pelbagai kaum di Sarawak sebagai saluran aspirasi masyarakatnya untuk maju dan membangun. Novel kajian menzahirkan perjuangan masyarakat menerusi tindakan melestarikan sosiobudaya seperti adat, maruah dan warisan bangsa yang menjadi simbolik dalam kehidupan mereka. Sementara penyuguhan isu-isu sosial mengintepretasikan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat sehingga menjejaskan sosioekonomi mereka. Teks ini juga memperlihatkan kesannya kepada khalayak kerana mengandungi unsur didaktik yang berupaya memperlihatkan fungsi sastera. Implikasinya, watak-watak yang diperagakan oleh Dahiri Saini mencitrakan impian dan aspirasi beliau untuk mengangkat dan memartabatkan kaum Melanau dalam pelbagai bidang sebagai kaum yang disegani di Bumi Kenyalang.
Downloads
References
Auguste Comte. (1798). “Sosiologi Sastera” dalam Koleksi Teori sastera klasik, tradisional, moden, pascamoden dan tempatan. Bandar Baru Bangi: Pustaka Karya.
Al-Fatihah Md Adnan & Normaliza Abd Rahim, (2014). Kritikan sosial dalam filem Melayu Zombi Kampung Pisang. Journal of Business and Social Development, 2 (2), 62-73.
Ani Omar, (2015). Kajian sosiologi bahasa dalam puisi-puisi Dharmawijaya. Jurnal Peradaban Melayu. 10, 16-24.
Asmiaty Amat, (2011). Ngayau sebagai sebuah novel berwarna tempatan: Satu kajian sosiologi sastera. MANU. 17, 39–56.
Aziz Dwi Prakoso, (2012). Kritikan sosial dalam novel detik-detik cinta menyentuh karya Ali Shabab sebuah tinjauan sosiologi teks. Jurnal Skripsi. 2(1), 16-31.
Che Abdullah Che Ya, (2011). Protes Sosial Dalam Anum Ranum: Suara Hati Seorang Pengarang. Jurnal Melayu. 8, 133 – 151.
Dahiri Saini. (2013). Loagan Bunut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dahiri Saini. (2015). Pasungan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dahiri Saini. (2017). Anak Kejaman Long Segaham. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dahiri Saini. (2020). Melanau aku tidak pernah menolak takdirnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faziela Abu Bakar @ Che Din dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, (2015) Unsur emosi dalam novel Komsas. Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 6, 72-97.
Haron Daud. (1998). Aspek sosiologi dalam novel Salina. Jurnal Pengajian Melayu, 8, 194-204.
Hashim Awang. (1997). Kritikan kesusasteraan teori dan penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus dewan edisi keempat. (2019). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. (1985). Tanggapan sastera. kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.
Mana Sikana. (2007). Tokoh-tokoh unggul dalam sastera Melayu. Singapura: Pustaka Karya.
Mana Sikana. (2009). Kritikan sastera Melayu moden. Selangor: Pustaka Karya.
Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan, (2015). Keintelektualan pemikiran Melayu dalam cerita lipur lara: Penelitian awal berdasarkan perspektif pendekatan pengurusan. Journal of Business and Social Development, 3 (2), 1-16.
Morris, H. S., (1989). The Melanau an ethnographic overview. Sarawak Muzeum Journal, 40 (61), 181-187.
Nasir, M. (1992). Metodologi penelitian. Jakarta: Usaha Nasional.
Noor Salawati Abu Bakar, Zubir Idris dan Shaiful Bahri Md. Radzi, (2021). Perspektif sosio ekonomi masyarakat dalam novel-novel terpilih karya Azizi Abdullah. Jurnal Melayu, 20 (1), 170-183.
Nurshazeera Khazri & Che Abdullah Che Ya, (2017). Kritikan sosial dalam Embargo: Satu penelitian satira. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1), 1-16.
Ratna Nyoman Khuta. (2003). Paradigma sosiologi sastra. Yogjakarta: Pustaka Pelajar.
Ratna Nyoman Khuta. (2007). Teori, metode, dan teknik: Penelitian sastra. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Rosnani Md Zain dan Nik Rafidah Nik Muhamad, (2017) Fenomena sosial dalam novel Nenek karya Razali Endun. Pendeta: Journal of Malay Language, Education and Literature, (8), 82-95.
Sapardi Djoko Damono. (1979). Sosiologi sastra sebuah pengantar ringkas. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departmen Pendidikan dan Kebudayaan.
Sara Beden. (2016). Suara dari Rimba karya Jong Chian Lai dari perspektif jendela sosiologi. Dalam Ruangan Bahasa & Sastera ‘Yang Indah Itu Bahasa’ Akhbar Utusan Borneo, Isnin, 16 Mei.
Sara Beden. (2020). Pindah dari dimensi sosiologi. Dalam Ruangan Bahasa & Sastera ‘Yang Indah Itu Bahasa’ Akhbar Utusan Borneo, Isnin, 24 Februari.
Sohaimi Abdul Aziz, (2011). Laskar pelangi: Satu penelitian adaptasi novel ke filem. The Asian Jurnal of Humanities, 18 (1), 35-52.
Suraidah binti Othman. (2010). Kritikan sosial dalam drama-drama Mohamed Ghouse Nasuruddin. Tesis yang tidak diterbitkan), Universiti Putra Malaysia.
Talib Selamat. (2010). Isu-isu terpilih dalam nazrah perkembangan novel Melayu terkini. Tanjong Malim: Penerbit Emeritus Publications.
Tarigan. (1994). Membaca ekspresif. Bandung: Angkasa.
Ungku Maimunah Mohd. Tahir, (2006). Pemahaman dan penerapan sosiologi sastera dalam sastera Melayu moden. Jurnal Akademika, 69, 3 – 16.
Zubir Idris, (2011). Etnosentrisme Melayu dalam Sulalatus Salatin. Jurnal Melayu,7, 107-120.