Pandemik COVID-19 dalam Persekitaran Kanak-kanak menerusi Engkaulah Adiwiraku

Pandemic Covid-19 in Childrens’s Environment through Engkaulah Adiwiraku

Authors

  • Rohayati Junaidi Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Madiawati Mamat@Mustaffa Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.3.2020

Keywords:

COVID-19, Engkaulah Adiwiraku, pendekatan ekologi, persekitaran, kanak-kanak

Abstract

Pandemik Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) telah mempengaruhi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat dunia. Namun, perubahan yang berlaku disebabkan COVID-19 lebih menjurus kepada mempengaruhi tingkah laku dan emosi kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak masih mentah dan memerlukan sokongan daripada persekitaran yang melingkunginya bagi berdepan perubahan yang berlaku. Bertitik-tolak daripada kesedaran tersebut, kajian terhadap Engkaulah Adiwiraku (2020) karya Helen Patuck terbitan Creative Commons Attribution-NonCommercial yang sarat dengan maklumat COVID-19 dijadikan sebagai fokus kajian. Buku tersebut merupakan projek oleh Agency Standing Committee Reference Group on Mental Health and Psychosocial Support in Emergency Settings (IASC MHPSS RG). Persekitaran yang difokuskan dalam kajian ini merangkumi ahli keluarga, rakan, guru, peraturan dan perubahan yang berlaku di sekeliling kanak-kanak. Setiap peristiwa yang digarap oleh pengarang dalam karya merupakan cerminan realiti masyarakat yang menghadapi situasi COVID-19. Engkaulah Adiwiraku (2020) dipilih kerana karya ini sarat dengan maklumat berkaitan dengan COVID-19 dan dihasilkan untuk golongan sasaran, iaitu kanak-kanak. Karya tersebut dianalisis dengan menggunakan Pendekatan Ekologi (2019) yang dibentuk hasil gabung jalin Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1986) dan Pendidikan Anak-anak dalam Islam (1988) oleh Abdullah Nasih Ulwan. Objektif kajian ini adalah menganalisis persekitaran dalam karya bagi melihat peranannya terhadap tingkah laku dan emosi kanak-kanak. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Engkaulah Adiwiraku (2020) memperlihatkan peranan penting setiap persekitaran untuk membantu dan memberi sokongan kepada kanak-kanak berdepan dengan perubahan yang berlaku disebabkan COVID-19. Kesimpulannya, karya yang dihasilkan dapat menyalurkan maklumat dan memberi hiburan kepada kanak-kanak ketika berdepan dengan pandemik COVID-19.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah Nasih Ulwan. (1988). Pendidikan anak-anak dalam Islam. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Abdullah Nasih Ulwan. (1988). Pendidikan anak-anak dalam Islam (2nd ed.). Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Ahmed, A. (2017). Literature and its influence on human life. Paper presented at the National Conference Cum Workshop on Recent Trends Technical Language and Communication: Emerging Requirement at Rajkiya Engineering College, Chadpur, Bijnor. Dicapai daripada
http://data.conferenceworld.in/NCCW/P129-134.pdf.

Anida Sarudin, (2020) Ulasan buku: “Engkaulah Adiwiraku: Bagaimana Kanak-kanak boleh Melawan COVID-19!”. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9 (1), 48-57.

Ani Omar, (2012) Kesusasteraan dan peranan puisi dalam kehidupan kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 1, 87-121. Dicapai daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/755.

Arba’ie Sujud & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, (2011) Pembentukan emosi kanak-kanak melalui bahan bacaan sastera. Jurnal Pengajian Melayu, 22, 66-89.

Bronfenbrenner, U., (1977) Toward an experimental ecology of human development. American Psychologist, 32, 513-531.

Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development: Experiments by nature and design. London: Harvard University Press.

Bronfenbrenner, U., (1986) Ecology of the family as a context for human development: Research perspectives. Developmental Psychology, 22, 723-742.

Farra Humairah Mohd & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, (2016) Pemikiran kerohanian dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan kesan positif kepada kanak-kanak. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 7, 35-51. Dicapai daripada
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1190.

Helen Patuck. (2020). My Hero is You. Dicapai daripada https://interagencystandingcommittee.org/system/files/202004/My%20Hero%20is%20You%2C%20Storybook%20for%20Children%20on%20COVID-19.pdf.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2016). Psikologi kanak-kanak & remaja. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Misran Rokimin. (2006). Isu pendidikan dan pembangunan insan menerusi novel. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Daud Ibrahim & Rohaidah Kamaruddin, (2015) Mesej pengarang: Satu penelitian terhadap novel Anak Titiwangsa karya sasterawan negara Keris Mas. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 3 (2), 17-25. Dicapai daripada
http://journalarticle.ukm.my/8937/1/Mesej_pengarang_satu_penelitianpdf.

Mohd Shahremy Ikmal Shahbudin, (2020) Kepanikan pengguna media sosial terhadap virus COVID-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11 (Edisi Khas), 1-10.

New Straits Times. (July 27, 2020). Covid-19: WHO advises against keeping border closed. Dicapai daripada
https://www.nst.com.my/world/world/2020/07/612093/covid-19-who-advises-against-keeping-borders-closed.

Noralina Omar. (2018). Kesejahteraan hidup kanak-kanak. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.

Rohayati Junaidi, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Madiawati Mamat @ Mustaffa, (2018) Persekitaran kanak-kanak dalam novel Beruk. GEMA Online® Journal of Language Studies, 18 (1), 106-121.

Rohayati Junaidi, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Madiawati Mamat @ Mustaffa, (2019) Persekitaran ekosistem dalam novel kanak-kanak terpilih. Akademika Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities, 89 (2), 111-122.

Rohayati Junaidi, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Madiawati Mamat @ Mustaffa, (2019) Perubahan persekitaran mempengaruhi kanak-kanak dalam novel terpilih. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 7, 125-151.

Rohayati Junaidi. (2019). Pengaruh ekologi terhadap perwatakan kanak-kanak dalam novel-novel Hadiah Sastera Perdana Malaysia. (Disertasi doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Rohayati Junaidi, (2020) Persekitaran kanak-kanak: Satu penelitian terhadap novel kanak-kanak terpilih. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11 (1), 1-17.

Rohayati Junaidi, (2020) Persekitaran yang membentuk modal insan dalam novel kanak-kanak. MANU, 31 (1), 97-119.

Salmah Ayob, (1981) Sastera untuk kanak-kanak: Fungsi dan implikasinya. Pendidik dan Pendidikan, Jilid 3 (1), 73-82. Dicapai daripada
http://apjee.usm.my/JPP_03_1981/Jilid%2003%20Artikel%2009.pdf.

Wenzel, M., (2005) The crucial role of literature in the generation of knowledge and critical thinking. Literator, 26 (1), 69-82. Dicapai daripada
https://www.researchgate.net/publication/267725987_The_crucial_role_of_literature_in_the_generation_of_knowledge_and_critical_thinking.

World Health Organization. (June 4, 2020). Coronavirus disease (COVID-19) advice for public. Dicapai daripada
https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public.

Downloads

Published

2020-10-14

How to Cite

Junaidi, R., Tengku Mohd Ali, T. I. M., & Mamat@Mustaffa, M. (2020). Pandemik COVID-19 dalam Persekitaran Kanak-kanak menerusi Engkaulah Adiwiraku: Pandemic Covid-19 in Childrens’s Environment through Engkaulah Adiwiraku. PENDETA, 11, 31–45. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.3.2020

Most read articles by the same author(s)