Pelaksanaan Pengajaran Guru Cemerlang dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ketika Pandemik COVID-19: Satu Kajian Kes
The Implementation of Teaching among Excellent Teachers in Malay Language Subject during COVID-19 Pandemic: A Case Study
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.3.2021Keywords:
pengajaran, guru cemerlang, bahasa Melayu, pandemik COVID-19, kajian kesAbstract
Cabaran pandemik COVID-19 telah mengubah corak pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu secara bersemuka kepada pengajaran dalam talian. Pelaksanaan pengajaran dalam talian telah menuntut mereka untuk melengkap diri dengan penguasaan teknologi dalam mencapai matlamat pembelajaran Bahasa Melayu iaitu mewujudkan keterampilan berbahasa murid. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka pelaksanaan pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu ketika menghadapi pandemik COVID-19. Oleh itu, kaedah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah digunakan. Tiga orang peserta kajian telah dipilih dan ditemu bual secara mendalam bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mereka telah menumpukan terhadap kaedah pengajaran berasaskan projek dan pengajaran berasaskan masalah bagi mendukung pembelajaran abad ke-21. Aktiviti pengajaran mereka lebih menumpukan kepada murid melakukan pembentangan dan kuiz bagi memastikan murid sebagai pembelajar aktif. Dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada guru-guru bahasa Melayu dalam melaksanakan PdP secara dalam talian terhadap murid.
COVID-19 pandemic has changed the way of excellent teachers deliver their teaching from face to face to online teaching and learning. The implementation of online teaching and learning has demanded them to equip themselves with the technology in order to achievin the goal to enhance student’s skill in Malay Languange Subject. The objective of this study is to explore the implementation of teaching and learning among the Malay Language excellent teacher during the COVID-19 pandemic. Therefore, a qualitative case study approach was applied towards three selected research participants. The results of the study found that the implementation of their teaching and learning has been focused on project-based learning and problem-based learning in order to achieve the 21st century teaching and learning. Their teaching activities are more focusing on student presentations and quizzes to make sure students becoming an active learner.
Keywords: teaching, excellent teachers, Malay language, COVID-19 pandemic, case study.
Downloads
References
Creswell, J.W. (2013). Research design qualitative and quantitative approaches (2nd ed.) Thousand Oak, CA: Sage Publication.
Hamzah, N., Baharum, H., Wahid, A., & Zakaria, N. A. (2018). Kajian Refleksi Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Empati Dalam Kesusasteraan Melayu. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 1(4), 73-84.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Laporan statistik penyakit korona virus 19: CPRC Kebangsaan dan WHO. Diakses pada 4 Oktober 2020 di laman: http://COVID-19.moh.gov.my.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen standard kurikulum pendidikan bahasa Melayu tingkatan 4. Putrajaya
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017a). Pelan hala tuju pendidikan bahasa Melayu 2016-2025. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017b). Standard kualiti pendidikan Malaysia gelombang 2. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Terma rujukan konsep guru cemerlang. Putrajaya.
Kirby, G.R. & Goodpaster, J.R. (2002). Thinking. Boston: Prentice Hall.
Ling Tian Wong & Mas Nida Md Khambari. (2017). Kaedah pemilihan media pengajaran komponen sastera (KOMSAS) oleh Guru Cemerlang bahasa Melayu. Jurnal Antrabangsa Latihan dan Pendidikan. 3(2), 1-11.
Mahizer Hamzah. (2020). Sedia hadapi kelas maya sesuai normal baharu. Diakses pada 19 April 2020 di laman: https://www.bharian.com.my/berita/nasional.
Mezirow, J. (1991). Transformative Dimensions of Adult Learning. San Francisco: JosseBass.
Mohd Haidzir Yusof@Jusoh & Norasmah Othman. (2019). Isu dan permasalahan pentaksiran alternatif dalam sistem penilaian di Malaysia. Kertas Kerja Dibentangkan di Persidangan Antarabngsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor.
Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, & Ting, K. S. (2007). Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran (e-learning) di kalangan pelajar jurusan pendidikan teknikal dan Vokasional di institusi pengajian tinggi (IPTA) Negeri Johor. Paper presented at International Malaysian Educational Technology Convention Univesiti Teknologi Malaysia, Sekudai.
Norismayati Aida Idris, Anida Sarudin, Mohd. Rashid Md. Idris (2013). Amalan guru dan penguasaan aspek ilmu linguistik dalam kalangan guru bahasa Melayu di Perak. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 4, 116 - 142. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1137.
Roessingh, H. & Chambers, W. (2011). Project-based learning and pedagogy in teacher preparation: Staking Out the Theoretical Mid-Ground. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 23(1), 60-71
Sajed, A. N., & Amgain, K. (2020). Corona virus disease (COVID-19) outbreak and the strategy for prevention. Europasian Journal of Medical Sciences, 2(1), 1-4.
Selvi Loviana., & Waskita Niti Baskara. (2020) Dampak pandemik COVID-19 pada kesiapan pembelajaran Tadris Matematika iain metro lampung. Jurnal Pendidikan Matematika, 2(1), 61- 69.
Windhiyana, E. (2020). Dampak COVID-19 terhadap kegiatan pembelajaran online di perguruan tinggi Kristen di Indonesia. Persepektif Ilmu Pendidikan, 34 (1), 1-8.
Yamirudeng, K., & Osman, Z. (2019). Penilaian formatif bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing di Thailand. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 10, 91-105 https://doi.org/10.37134/pendeta.vol10.7.2019.
Yin, R. (1994). Case study research: design and methods (2nd ed.). Beverly Hills, CA: Sage Publishing.
Zimmerman, D. C. (2010). Project Based Learning for Life Skill Building in 12th Grade Social Studies Classrooms: A Case Study. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Dominican University of California, San Rafael, CA.