Amalan Guru dan Penguasaan Aspek Ilmu Linguistik dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di Perak

Teaching Practices and Mastery Linguistics Aspects among Malay Language Teacher

Authors

  • Norismayati Aida Idris
  • Anida Sarudin Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd. Rashid Md. Idris Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Guru yang profesional ialah guru yang memiliki pengetahuan luas dalam pengajian akademik yang intensif dengan latihan yang formal. Ini bermaksud, profesion perguruan memerlukan pengetahuan yang tinggi dan kepakaran tertentu untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan mempunyai sikap bertanggungjawab. Menurut Sufean Hussein (1996), ahli profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah autonomi yang tinggi. Mereka tidak diselia dalam menjalankan tugas, sebaliknya bertanggungjawab menjalankan tugas, menyelia diri sendiri, dan dedikasi ke arah menyediakan perkhidmatan. Oleh itu, tinjauan terhadap amalan guru Bahasa Melayu perlu untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka ke arah melahirkan pelajar berintelek. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana amalan guru-guru Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah di daerah Perak dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan mengetahui sejauh manakah penguasaan ilmu linguistik yang merupakan ilmu yang penting dalam subjek Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di beberapa buah sekolah di Perak, iaitu di daerah Manjung, di daerah Batang Padang, dan di daerah Kuala Kangsar. Seramai 57 orang guru Bahasa Melayu dipilih untuk menjawab soal selidik dan dua orang guru bagi setiap sekolah dipilih untuk ditemu bual dan dibuat pemerhatian terhadap pengajaran yang dijalankan. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai dengan bantuan program SPSS. Berdasarkan dapatan statistik bagi 12 pernyataan berkaitan amalan guru Bahasa Melayu dalam meningkatkan kualiti pengajaran, dilihat bahawa kesemua pernyataan tersebut menunjukkan dapatan yang positif. Keputusan menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu sentiasa memanfaatkan amalan pengajaran yang positif bagi memastikan kualiti pengajaran kepada pelajar. Namun demikian, rata-rata mereka tidak dapat menunjukkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas linguistik yang diberikan melalui soal selidik. Dalam konteks ini, terbukti bahawa masih terdapat kelonggaran dalam amalan guru Bahasa Melayu dalam meningkatkan mutu pengajaran.

 

Professional teachers are teachers who have extensive knowledge in an intensive academic study with formal training. This means that the teaching profession requires a high knowledge and specific expertise to achieve efficiency, productivity, efficiency, and have a responsible attitude. According to Sufean Hussein (1996), professionals practice their job with a high degree of autonomy. They are not supervised on the job, otherwise responsible for carrying out their duties, supervise themselves, and dedication towards providing services. Thus, the outlook for Malay Language teachers need practice to improve the quality of their teaching to inculcate intellectual students. The objective of this study is to determine the extent to which the practice of Malay Language teachers in several schools in the district of Perak in the course of teaching and learning of Malay Language and know the extent of linguistic mastery of knowledge is knowledge that is essential in Malay subjects. The study was conducted in several schools in Perak, which is in the district of Manjung, Batang Padang, and Kuala Kangsar. A total of 57 Malay Language teachers selected to answer the questionnaire and two teachers from each school selected to be interviewed and made observations of teaching activities. The data were analyzed by using frequency , percentage, mean and standard deviation with the help of SPSS. Based on the findings of the 12 statements related statistical practice Malay Language teachers in improving the quality of teaching is seen that all these statements show positive results . The results show that the Malay Language teachers always positive leverage teaching practices to ensure quality teaching to students.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-11-20

How to Cite

Aida Idris, N., Sarudin, A., & Md. Idris, M. R. (2013). Amalan Guru dan Penguasaan Aspek Ilmu Linguistik dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di Perak: Teaching Practices and Mastery Linguistics Aspects among Malay Language Teacher. PENDETA, 4, 116–142. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1137