Hubungan Etnik di Sabah: Satu Kajian terhadap Cerpen-Cerpen Terpilih penulis Sabah

Ethnic Relation in Sabah: An Observation in Selected Sabahan Short Stories

Authors

  • Asmiaty Binti Amat Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.4.2021

Keywords:

Etnik, hubungan etnik, Sabah, cerpen-cerpen

Abstract

Masyarakat peribumi di Sabah dikategorikan kepada Dusunkadazan, Bajau, Murut dan lain-lain serta ‘kelompok bumiputera lain’ seperti Jawa, Bugis dan Suluk, dan juga apa yang dinamakan ‘etnik-etnik lain’.  Kepelbagaian etnik yang cukup rencam ini tidak sama dengan yang wujud di Semenanjung Malaysia yang hanya ditandai dengan tiga kaum yang besar, iaitu Melayu, Cina dan India.  Oleh hal yang demikian, hubungan antara kaum atau etnik di Sabah bersifat mikro, iaitu antara etnik dan juga intra-etnik, iaitu hubungan antara etnik peribumi/bumiputera Sabah dengan orang Melayu di Sabah atau dari Semenanjung, Cina, atau orang Eropah.  Hubungan antara etnik di Sabah dikatakan pelbagai pihak sebagai harmoni, namun persepsi dan sangsi sosial antara etnik-etnik tersebut tetap wujud walaupun dalam bentuk yang tidak serupa seperti di Semenanjung Malaysia.  Kajian tekstual tematik menggunakan sosiologi sastera ini meneliti cerpen-cerpen yang terbit dalam majalah WADAH sejak tahun 1980-an hingga 2017 serta cerpen dalam Kumpulan cerpen Pugai Balabak, kumpulan cerpen Singkowoton (Azmah Nordin), Pangkot dan Selamat Tinggal Sabah (Raymond Majumah), Hering (Faridah Abdul Halim), dan Tangis Buliga (Kathirina Tati).  Dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan etnik bukan menjadi isu yang seringkali ditonjolkan atau diperbesarkan tetapi ia tetap wujud sebagai satu paparan realiti sosial yang perlu diperhatikan. Sangsi sosial lebih menjurus kepada isu agama dan kepercayaan serta persepsi terhadap orang luar yang turut dikaitkan dengan agama.  Selebihnya menjurus pada isu ekonomi yang hampir sama dengan apa yang wujud di Semenanjung, persepsinya bahawa etnik Cina mendominasi ekonomi menerusi penipuan hingga mencetuskan konflik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Amil Jaya. (2008). Kumpulan Cerpen Adam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ammi Manja. (2013), WADAH. Februari 2013. ‘Restoran’. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Ani Hj Omar. (2014). ‘Pendidikan sastera remaja di malaysia dalam membina generasi unggul berasaskan falsafah pendidikan negara’. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 5, 1 - 22. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1174

Asmiaty Amat, (2001). Hubungan Kaum dalam Novel-novel Melayu Pasca Merdeka. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Asmiaty Amat. (2004), Hubungan Kaum (Suku Kaum) dalam Novel Penulis Sabah dalam Waraisan Budaya Sabah. Etnisiti dan Masyarakat. Kota Kinabalu: Penerbit UMS

Asmiaty Amat. (2011). Ngayau Sebagai Sebuah Novel Berwarna Tempatan: Satu Kajian Sosiologi Sastera. Available from: https://www.researchgate.net/publication/306359010_Ngayau_Sebagai_Sebuah_Novel_Berwarna_Tempatan_Satu_Kajian_Sosiologi_Sastera [accessed Oct 05 2020].

Asmiaty Amat dan Lokman Abdul Samad. (2016). Novel Bagaton dan Ngayau: Satu Analisis Menerusi Kaca Mata Gagasan Persuratan Baru. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Bil 23.

Asmiaty Amat. (2021). ‘Hubungan Etnik dalam Cerpen-Cerpen Terpilih Sabah’: Cerminan dan Kerencaman Realiti. Dewan Sastera. Bil 10 2021. Halaman 8-17. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azmah Nordin. (1994). Singkowoton. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Budi Anto Mohd Tamring. (2008). Pengaruh Agama dalam Interaksi dan Toleransi Etnik: Kajian Kes terhadap pelajar Bumiputera Bajau dan Kadazan di Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. Tesis Sarjana.

Damono, Sapardi Djoko. (1979). Sosiologi Sastra sebuah pengantar ringkas. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departmen Pendidikan dan Kebudayaan.

Ekarini Saraswati, M.PD. (2007). Sosiologi Sastera: Sebuah pemahaman awal. Malang: Bayu Media & UMM Press.

Faridah Abdul Hamid. (2013). Kumpulan Cerpen Hering. Kuala Lumpur: ITBM & PENA.

Faruk, H.T. (1994). Pengantar Sosiologi sastra. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Jamail Masador. (1998). ‘Aki Sompoton’ dalam WADAH. September.. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Kathirina Tati (penggr). (2016). Antologi Cerpen Pugai Balabak.Kota Kinabalu: Momogun Creative Consultant.

Kathirina Tati. (2012). Kumpulan Cerpen Tangis Buliga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kntayya Mariappan. (2007). Tahap Toleransi Etnik Di Sabah: Analisis Awal dalam Sabihah Osman. Toleransi Etnik dan Perpaduan Sosial di Negeri Sabah. Laporan Penyelidikan IRPA. Tidak Diterbitkan.

Laurenson, D & Swingewood. (1972). The Sociology of Literature.London: Paladin.

Nyoman Khuta Ratna. (2003). Paradigma Sosiologi Sastera. Jogjakarta: Pustaka Pelajar.

R.M. Jasni. (2013). ‘Tanah Pusaka’ dalam WADAH. Apri. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Rakyat Sabah Contoh terbaik. 12. 12. 2018. Utusan Borneo Online. 12.12-2018.

Raymond Majumah. (2003). Selamat Tinggal Sabah. Kota Kinabalu: SLC.

Raymond Majumah. (2016). Pangkot. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Negara.

Shuhaibun Yussuf. (1996). ‘Abang Gali’ dalam WADAH. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Downloads

Published

2021-10-04

How to Cite

Amat, A. B. (2021). Hubungan Etnik di Sabah: Satu Kajian terhadap Cerpen-Cerpen Terpilih penulis Sabah: Ethnic Relation in Sabah: An Observation in Selected Sabahan Short Stories. PENDETA, 12(2), 44–54. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.4.2021