Penentuan Tingkat Kekerabatan Dan Abad Pisah Antara Bahasa Melayu Dengan Bahasa Murut Tahol: Penerapan Kaedah Glotokronologi

Cognates’ Level and Century Split Between Malay and Murut Tahol Language: Application of Glottochronology Method

Authors

  • Mohd Khaidir Bin Abdul Wahab Bahagian Pengajian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.8.2021

Keywords:

Kekerabatan, bahasa Murut Tahol, bahasa Melayu, perbandingan, leksikostatistik, glotokronologi

Abstract

Etnik Murut mempunyai banyak sub seperti Tahol atau Tagal, Paluan, Baukan, Timugon, Kolod, Naabai, Sembakung, Serudung, Kalabakan dan sebagainya. Masyarakat Murut Tahol merupakan sub yang terbesar dalam kaum Murut. Suku kaum Murut Tahol kebanyakannya menetap di daerah Nabawan suatu daerah pedalaman yang terletak di bahagian selatan negeri Sabah. Kajian ini akan meneliti hubungan kekerabatan dan abad pisah antara bahasa Murut Tahol dengan bahasa Melayu melalui cara penyenaraian kosa kata asas kedua-dua bahasa tersebut dengan menggunakan kaedah perbandingan leksikostatistik dan penerapan kaedah glotokronologi. Kaedah ini dapat menentukan kadar peratusan kata berkerabat dengan cara menghitung jumlah kosa kata berkognat melalui penelitian secara kualitatif aspek retensi dan inovasi. Tinjauan dan penyenaraian kosa kata asas bahasa ini akan memanfaatkan senarai 200 kata Morris Swadesh. Namun begitu, kajian ini hanya meneliti perubahan bahasa dan bukannya bertujuan untuk memperoleh gambaran bahasa proto kedua-dua bahasa tersebut. Daripada 196  kosa kata  yang dibandingkan, terdapat sebanyak 56 kosa kata bahasa Murut Tahol yang menyamai atau berkognat dengan bahasa Melayu. Peratus kekerabatan pula menunjukkan jumlah sebanyak 28.57 peratus. Berdasarkan peratusan kata berkerabat, bahasa Murut Tahol dan bahasa Melayu berada pada tingkat kekerabatan rumpun, iaitu peratus kata kerabat antara 12 hingga 36 peratus (Gudschinsky, 1964) dan peratus kata kerabat antara 24 hingga 45 peratus (Keraf, 1984; Asmah Omar, 2008). Abad pisah antara bahasa Murut Tahol dan bahasa Melayu diandaikan berlaku antara abad ke-8 SM hingga abad ke-13 SM. Oleh itu, kajian ini menjelaskan bahawa kaedah leksikostatistik dan glotokronologi dapat digunakan sebagai satu kaedah yang relevan dalam menentukan  tingkat kekerabatan dan lama waktu sesuatu bahasa khususnya bahasa-bahasa Austronesia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Asmah Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (2008). Susur galur bahasa Melayu. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (2008). Ensiklopedia bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmiaty Amat. (2021). Hubungan etnik di Sabah: Satu kajian terhadap cerpen-cerpen terpilih penulis Sabah. Pendeta Journal of Malay language, Education and Literature, 12 (2), 44-54.

Collins, J. T. (1996). Khazanah dialek Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dyen, I. (1965). A lexicostatistical classification of Austronesian languages: A special issue of the international. Journal of American Linguistics, 64(1), 153 – 154.

Dyen, I. (1975). Linguistic subgrouping and lexicostatistics. The Hague: Mouton.

Gudschinsky, S. (1964). The ABC`s of lexicostatistics (Glotochronology). Dalam Dell, H. (peny.), Language in culture and society, a reader in linguistic and society a reader in linguistic and anthropology (hlm. 612-623). New York: Harper and Row.

Keraf, G. (1984). Linguistik bandingan historis. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.

Lehmann, W.P. (1973). Historical linguistics: An introduction. New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

Mohd Khaidir Abdul Wahab, & Noriah Mohamed. (2021). Hubungan sejarah dan perkaitan linguistik antara bahasa. Dalam Noriah Mohamed (peny.), Menelusuri intisari linguistik sejarah dan perbandingan (hlm 13). Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Mohamad Rozi Kasim. (2021). Hubungan kekerabatan antara bahasa Jakun dengan bahasa Melayu Purba: Satu analisis perbandingan kosa kata dasar. Jurnal Bahasa, 21(1), 41-66.

Norajihah Muda, & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2021). Leksikostatistik bahasa Che Wong dan bahasa Melayu melalui aspek perbandingan kosa kata. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2), 11-28.

Noriah Mohamed. (2021). Menelusuri intisari linguistik sejarah dan perbandingan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Noriah Mohamed, & Hamidah Abdul Wahab. (2004). Tingkat kekerabatan bahasa Bidayuh di Sarawak. Jurnal Bahasa, 9, 452 - 483.

Noriah Mohamed, & Ismail Mohd. (2021). Kesamaan linguistik dan kaedah perbandingan kuantitatif. Dalam Noriah Mohamed (peny.), Menelusuri intisari linguistik sejarah dan perbandingan (hlm 71). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Noriah Mohamed. (2001). Perbandingan kuantitatif bahasa Miri dengan bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 1(3), 378 -397.

Pollard. (1935). Some comparative notes on Murut and Kelabit. Sarawak Museum.

Rahim Aman. (2006). Linguistik sejarah. Dalam Zulkiley Hamid et al. (peny.), Linguistik Melayu (hlm. 142-159). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sudarno. (1994). Perbandingan bahasa nusantara. Jakarta: Arikha Medika Cipta.

Surip, M., & Widayanti, D. (2019). Kekerabatan Bahasa Jawa dan Bahasa Gayo: Kajian Linguistik Historis Komparatif. Jurnal Bahasa Lingua Scientia, 11(1), 1-26.

Swadesh, M. (1955). Towards greater accuracy in lexicostatistic dating. International Jurnal of American Linguistics, 21(2), 121-137.

Downloads

Published

2021-12-15

How to Cite

Abdul Wahab, M. K. B. (2021). Penentuan Tingkat Kekerabatan Dan Abad Pisah Antara Bahasa Melayu Dengan Bahasa Murut Tahol: Penerapan Kaedah Glotokronologi: Cognates’ Level and Century Split Between Malay and Murut Tahol Language: Application of Glottochronology Method. PENDETA, 12(2), 98–114. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.8.2021