Pengambilan Giliran dalam Sidang Media COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia

Taking Turns in the COVID-19 Press Conference of the Ministry of Health Malaysia

Authors

  • Shamin Binti Sharif Bahagian Pengajian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, MALAYSIA
  • Mohd Khaidir Bin Abdul Wahab Bahagian Pengajian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, MALAYSIA
  • Rozaida Binti Abdul Rauf Bahagian Pengajian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.9.2021

Keywords:

Pengambilan giliran, sidang media, tanya jawab

Abstract

Pengambilan giliran merupakan unit paling asas dalam sesebuah perbualan. Setiap perbualan mempunyai struktur interaksi yang tersendiri. Kajian ini akan mengenal pasti dan membincangkan mengenai pengambilan giliran dalam sidang media COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memfokuskan kepada dua sidang media COVID-19 iaitu pada 17 April 2020 dan 24 Oktober 2020. Sidang media ini melibatkan dua sesi namun fokus kajian adalah pada sesi kedua di mana ia melibatkan proses tanya jawab antara pemeran iaitu pihak kerajaan dan pihak wartawan. Kajian kualitatif dimanfaatkan dalam kajian ini melalui analisis kandungan teks. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah melalui muat turun data dan kemudiannya, ujaran tersebut ditranskripsi serta disimpan dalam bentuk teks bertulis. Perbincangan kajian pula mengaplikasikan teori Analisis Perbualan oleh Liddicoat (2011) yang telah menggariskan tiga peraturan iaitu penutur semasa memilih penutur berikutnya, pemilihan diri sendiri sebagai penutur berikutnya dan penutur semasa meneruskan perbualan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga peraturan pengambilan giliran iaitu penutur semasa memilih penutur berikutnya, pemilihan diri sendiri sebagai penutur berikutnya dan penutur semasa meneruskan perbualan dipatuhi oleh pemeran dalam sidang media COVID-19 KKM. Dalam peraturan pengambilan giliran, penutur semasa memilih penutur berikutnya mendominasi peraturan lain. Di samping itu, penggunaan bahasa dalam konteks kesantunan berbahasa juga dititikberatkan oleh pemeran melalui pengambilan giliran pada sidang media ini. Oleh itu, kepatuhan pengambilan giliran dalam kalangan pemeran dapat memastikan keberkesanan penyampaian maklumat dalam sidang media COVID-19 di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Arina Johari & Indirawati Zahid. (2018). Kesantunan Melayu: Analisis Konteks Perbualan dalam Rancangan Bual Bicara. GEMA Online® Journal of Language Studies Vol. 18(4):168-185, https://dx.doi.org/10.17576/gema-2018-1804-11

Aisyah Fara Diba. (2018). Analisis Wacana Pola Alih Tutur Giliran Berbicara dalam Dialog Film Ketika Cinta Bertasbih. Skripsi pada Program Studi Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia Fakultas Bahasa dan Sains Universitas Wijaya Kusuma Surabaya.

Asmah Omar. (2010). Wacana Temu Duga dan Wawancara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azean Idruwani, Ahmad Mahmood Musani & Sharil Nizam. (2019). Turutan Ujaran Pasangan Berdampingan dalam Program Pengacaraan Wanita Hari Ini. Jurnal Kesidang Journal (4), 120-139.

Chakraborty, I & Maity, P. (2020). Covid-19 Outbreak: Migration, Effects on Society, Global Environment and Prevention. Science of The Total Environment. Vol 728. 1-7.

Jefferson, G. (2004b). Glossary of Transcript Symbols with an Introduction. In G. H. Lerner (ed.), Conversation Analysis: Studies from the First Generation. Amsterdam: John Benjamins, pp. 13-23.

Leedy, P. & Ormrod, J. (2001). Practical research: Planning and design (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall. Thousand Oaks: SAGE Publications.

Liddicoat, J., A. (2011). An Introduction to Conversation Analysis. Great Britain: Athenaeum Press Ltd.

Matheson, D. (2005). Media Discourse. Maidenhead: Open University Press.

Meredith, J. (2017). Analysis Technological Affordances of Online Interactions using Conversation Analysis. Journal of Pragmatics.

Mohd Shahremy Ikmal Shahbudin. (2020). Kepanikan pengguna Media Sosial terhadap Virus COVID- 19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 1-10. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.1.2020

Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2003). Teori Bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran tatabahasa. Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Nur Amirah Che Soh. (2020). Giliran Bertutur dalam Bual Bicara Radio Tempatan. Tesis P.H.D. Universiti Putra Malaysia.

Rohaidah Mashudi, Hawa Rahmat, Siti Rasyidah Sanudin, Sarinah Suliman & Ahmad Mahmood Musanif, (2017). Peraturan Interaksi Peristiwa Komunikatif Wawancara dalam Akhbar. GEMA Online® Journal of Language Studies, Vol.17(3), 71-85.

Roslina Mamat, Hazlina Abdul Halim & Normaliza Abd Rahim. (2012). Celahan Dalam Perbualan Pemandu Pelancong Malaysia Dan Pelancong Jepun. GEMA Online™ Journal of Language Studies Volume 12(3).

Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya & Rohaidah Haron. (2021). Daya Ujaran dalam Wacana Perutusan Perdana Menteri Mengenai COVID-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, 72-80. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.7.2021

Sacks, H., Schegloff, E. A., & Jefferson, G. (1974). A Simplest Systematics for the Organization of Turn-Taking for Conversation, Language, 50(4), 696-735.

Wooffitt, R. (2005). Conversation Analysis and Discourse Analysis A Comparative and Critical Introduction. London: SAGE Publications.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2002). Gangguan dalam Sistem bertutur kanak-kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik. Tesis P.H.D. Universiti Putra Malaysia.

Downloads

Published

2021-12-31

How to Cite

Sharif, S. B., Abdul Wahab, M. K. B., & Abdul Rauf, R. B. (2021). Pengambilan Giliran dalam Sidang Media COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia: Taking Turns in the COVID-19 Press Conference of the Ministry of Health Malaysia. PENDETA, 12, 91–102. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.9.2021