Nilai Bahasa Melayu sebagai Asas Jati Diri dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

The Value of the Malay Language as The Basis of Self-Identity Among Students of the National University of Malaysia

Authors

  • Muhammad Norhazim Izman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Lingkungan Ilmu, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Zamri Mahamod Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Lingkungan Ilmu, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.2.2.2023

Keywords:

Bahasa Melayu, pemahaman, penghayatan, pengamalan, jati diri

Abstract

Jati diri (identiti) ialah asas penting yang berkembang menjadi kubu kuat identiti untuk manusia, komuniti dan negara. Justeru, kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan 311 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) daripada pelbagai program pengajian dan fakulti. Teori Pembangunan Manusia telah digunakan bagi melihat dan mengenal pasti nilai jati diri bahasa Melayu pelajar-pelajar UKM dalam pelbagai program pengajian dan fakulti masih kekal atau sudah luntur? Data dikumpulkan melalui instrumen borang soal selidik yang disebarkan melalui Google Form. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap jati diri mengikut kategori fakulti dan tahun pengajian, tetapi mempunyai perbezaan yang ketara dalam tahap jati diri berdasarkan kaum dan jantina. Pelajar kaum Melayu lebih tinggi kekal jati dirinya berbanding kaum-kaum lain. Dari segi jantina, pelajar perempuan mempunyai tahap pemahaman dan penghayatan jati diri lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Pelajar lelaki pula mempunyai tahap pengamalan jati diri yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Rumusan daripada kajian ini ialah para pelajar UKM masih mengekalkan jati diri mereka dari aspek penggunaan Bahasa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77-88.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah penyelidikan. New York: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hairul Anuar Harun & Mohd Azam Sulong. (2022). Perjuangan Hidup Melayu dalam karya M. Nasir: The Malay’s life struggle in the works of M. Nasir. Jurnal PENDETA, 13(2), 1-16.

Hidayah Shafiee, Ahmad Fahmi, Abdul Rahmad Abdul Manaf, Kastriafuddin Shah, Abdul Jalil & Zuraidi Ahmad Mokhdzar. (2019). Pengaruh bahasa rojak di media baharu terhadap bahasa kebangsaan. International Journal of Law, Government and Communication, 4(15), 141-153.

Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad. (2020). Cabaran pemerkasaan bahasa Melayu dalam usaha mencapai negara bangsa di Malaysia. Asian People Journal, 3(2), 181-191.

John Dawes. (2008). Do data characteristics change according to the number of scale points used? An experiment using 5-point, 7-point and 10-point scales. International Journal of Market Research, 50(1), 61-104.

Mohd. Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Uzir Zubir, Rohaidah Kamaruddin & Sharil Nizam Sha’Ri. (2018). Motivasi dan sikap terhadap pembelajaran bahasa Melayu murid tingkatan satu (Junior one loyalty), Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua. Jurnal Kesidang, 3(1), 82-91.

Mohamed Ali Haniffa & Ayu Nor Azilah Mohamad. (2022). Penghayatan warganegara Malaysia terhadap lambang kenegaraan Malaysia dan cabaran revolusi perindustrian 4.0: Satu penelitian awal: Malaysian's appreciation towards the country’s nationhood symbols and challenges of the 4.0 industrial revolution: A preliminary study. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 7(1), 1-9.

Mohamed Sabir Jamaludin, Fakhrul Adabi Abdul Kadir, Ahmad Nasir Mohd Yusoff & Rosli Mokhtar. (2022). Jati diri dan cabaran kehidupan masyarakat Melayu Muslim di Perth Australia. ANP Journal of Social Science and Humanities, 3, 30-38.

Nirwana Sudirman & Zulkifley Hamid. (2016). Pantun Melayu sebagai cerminan kebitaraan perenggu minda Melayu. Jurnal Melayu, 15(2), 145-159.

Noor Azmira & Nor Azlili. (2019). Pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(4), 19-28.

Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida Abdul Mutalib, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2), 89-97.

Nuradlin Syafini Nawi & Zaleha Embong. (2020). Pengaruh dialek dalam komunikasi terhadap tahap keyakinan diri pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 3(1), 26-40.

Saidatul Khatijah Ismail. (2021). Penggunaan bahasa rojak dalam aplikasi whatsapp sebagai komunikasi harian. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa.

Shaharir Mohamad Zain. (2023). Bahasa Melayu juga sumber ilmu: Malay language is also a source of knowledge. Jurnal PENDETA, 14(1), 1–22.

Zamri Mahamod. (2016). Sosiolinguistik dan pengajaran bahasa. Selangor: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Mahzan Awang & Chew Fong Peng. (2017). Pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri pelajar aliran pendidikan universiti awam. Jurnal Personalia Pelajar, 20(1), 1-10.

Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Shamsudin Othman, Alizah Lambri & Hadi Hassan. (2020). Tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 27-36.

Downloads

Published

2023-08-10

How to Cite

Izman, M. N., & Mahamod, Z. (2023). Nilai Bahasa Melayu sebagai Asas Jati Diri dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia: The Value of the Malay Language as The Basis of Self-Identity Among Students of the National University of Malaysia. PENDETA, 14(2), 11–25. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.2.2.2023