Ketidakselarasan Sistem Ejaan dan Sebutan Perkataan dalam Buku Teks Bahasa Semai: Satu Penelitian Awal
Inconsistencies in The Spelling Andpronunciation System in Semai Textbooks: A Preliminary Investigation
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.4.2023Keywords:
ketidakselarasan, ejaan, sebutan, bahasa Semai, buku teksAbstract
Mata pelajaran Bahasa Semai merupakan mata pelajaran yang baharu sahaja diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara sejak tahun 2012 secara berperingkat dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Bahasa Semai hanya ditawarkan di sekolah-sekolah tertentu yang mempunyai murid Orang Asli sebagaimana penawaran bahasa Iban dan bahasa Kadazan Dusun yang hanya ditawarkan di sekolah tertentu di Sarawak dan Sabah. Semakan terhadap kurikulum tersebut juga telah dilaksanakan pada tahun 2017 bagi menilai semula kandungan kemahiran yang diajar termasuk menstruktur semula kemahiran-kemahiran untuk tempoh lima tahun. Walau bagaimanapun, penelitian awal mendapati panduan ejaan dan sebutan perkataan bahasa Semai yang digunakan dalam Buku Teks Bahasa Semai tidak seragam dan konsisten. Ejaan dan sebutan yang berubah-ubah digunakan dalam buku teks sekolah rendah dan sekolah menengah menyebabkan usaha pembentukan, pemahaman dan pengukuhan murid-murid dalam bahasa Semai terbantut. Kajian kualitatif secara analisis dokumen digunakan bagi membantu pengkaji bagi mencapai objektif kajian yang dilaksana iaitu meneroka ejaan dan sebutan bahasa Semai dalam buku teks sekolah rendah dan menengah serta mengenal pasti bilangan vokal dan konsonan bahasa Semai bagi membolehkan penentuan terhadap sistem ejaan dan sebutan bahasa Semai. Dapatan kajian mendapati masih terdapat isu berkaitan ketidakselarasan ejaan dan sebutan yang digunakan dalam buku teks Bahasa Semai walaupun mata pelajaran tersebut telah melalui penilaian semula dengan melaksanakan semakan kurikulum. Justeru, penemuan 8 vokal dan 16 konsonan dijadikan sebagai pedoman terhadap proses pembentukan ejaan dan sebutan perkataan bahasa Semai ke arah memantapkan mata pelajaran Bahasa Semai di sekolah.
Downloads
References
Abdul Hamid Moiden & Jessica Ong Hai Liaw. (2020). Penelitian konsep kesalahan bahasa dari perspektif sarjana Barat. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5 (2020):724-730.
Ahmad Omar. (2006). Sabutan Bahasa Melayu Baku dalam kalangan penutur: Satu kajian kes. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Bekalo, S. & Welford, G. (2000). Practical activity in Ethiopian secondary physical science: Implications for policy and practice of the match between the intended and implemented curriculum. Research Papers in Education, 15(2),185-212.
Brown, R. A. (2009). Curriculum consonance and dissonance in technology education classrooms. Journal of Technology Education, 20(2), 8-22.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,1 (1): 67-87.
Corder, S. P. (1967). The Significiance of learner’s errors. IRAL-International Review of Applied Linguistics in Language Teaching, 5 (1-4):161-170.
Draper, S. W. (1996). Observing, measuring, or evaluating courseware: a conceptual introduction. Dlm G. Stoner (Eds.), LTDI handbook in implementing learning technology, hlm. 58-65. Heriot Watt University: Edinburgh.
Ericca Eanna Bidi, Salbia Hassan & Dayang Sariah Abang Suhai. (2022). Pengimbuhan kata dalam Bahasa Iban. PENDETA, 13(2):55-71.
Elmy Maswandi, Wafiah Asnola & Zulfadzlee Zulkiflee. (2022). Analisis kesalahan bahasa dalam karangan bahasa Melayu pelajar menengah bawah Negara Brunei Darussalam. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu,15 (2):261-282.
Junaini Kasdan. Nor Suhaila Che Pa & Mohd Syamril Aklmar Che Kassim. (2015). Penguasaan Bahasa Melayu penjawat awam: Kajian kes di Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Jurnal Linguistik,19 (2):45-61.
Menis, J. (1991). Curriculum in Isreal ninth grade classes: The intended, implemented and the achieved curricula. Research in Science and Technological Education, 9 (2),157-172.
Mohammed Zin Nordin, Mohd Taib Ariffin, Khairul Azam Bahari Siti Munirah Md. Zukhi. (2014). Analisis kesalahan penggunaan bahasa papan tanda perniagaan. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 134: 330-349.
Mohd Mazhan Tamyis, Zahari Suppian, Nor Hasnida Che Md. Ghazali & Premalatha a/p Sathianarayanan. ((2022). Pelaksanaan Kurikulum Jawi di Sekolah Rendah: Suatu penilaian input. PENDETA, 13(2):13-24.
Nik Safiah Karim. (1986). Bahasa Melayu Tinggi Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Noor Rohana Mansor. (2009). Model Analisis Aras Soalan Kognitif: Kajian terhadap Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Menengah Atas. Jurnal Melayu,4 :73-90.
Norhafiza Alias. (2016). Perbandingan sistem ejaan jawi dalam Surat Sultan Zainal Abidin III dengan Sistem Ejaan Wilkinson, Za’ba dan baharu. Tesis Ijazah Sarjana. Sastera. Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Norfaizah Abdul Jobar & Nur Faaizah Md Adam. (2022). Kesalahan ejaan murid berdasarkan bunyi konsonan dalam ujaran guru: Analisis Fonologi Generatif. Issues of Language Studies, 11 (2): 37-60.
Nurul Adwa Ahamad, Nur Farahkhanna Mod Rosli & Norfaizah Abdul Jobar. (2020). Analisis kesalahan imbuhan dalam penulisan karangan pelajar dan hubung kait dari segi makna gramatikal, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (1): 77-90.
Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan bahasa Melayu pelajar Antarabangsa. International Social Sciences and Humanities Journal, 4 (1): 113-127.
Nurul Ashikin Md. Yatim, Chew Fong Peng & Zuraidah Abdullah. (2020). Tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2): 43-53.
Ruhaida Mansor. (2005). Meningkatkan kemahiran murid Tahun 1 dalam mengenal dan menulis abjad A hingga Z melalui pengajaran berteraskan prasekolah (Pengenalan Abjad). Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA, Penerbit IPBA. http://www.apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article33.pdf
Salinah Jaafar & Rohaidah Haron. (2016). Kesilapan Bahasa Melayu dalam kalangan Pelajar-pelajar Universiti Kebangaan Yunnan di Akademi Pengajian Melayu. Jurnal Melayu, 15 (2): 196-209.
Siti Musliha Isnain, Nur Aimie Nabila Fauzi & Siti Amhar Abu. (2011). Kesukaran dan kesalahan sebutan bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarbangsa di Universiti Putra Malaysia. Kertas Kerja Seminar Bahasa Melayu Persidangan Antarabangsa.
Simons, Gary F, Charles D. Fennig. (Eds). (2018). Ethnologue languages of the world, twentieth edition. Dallas, Texas: SIL International. Online Version: http://www.ethnologue.com
Turner, J. R. (2003). Ensuring what is tested is taught: curriculum coherence and alignment. The Informed Educator Series. Arlington, VA. (Abstract).
Verhoeven, P. & Verloop, Nico. (2002). Identifying changes in teaching practice: innovative curricular objectives in classical languages and the taught curriculum. Journal of Curriculum Studies, 34(1), 91-102.
Wiseman, A. W. & Brown, D.S. (2003). Teacher curricular control and student performance: a cross-national study of curricular accountability. Curriculum and Teaching Dialogue, 5(2), 131-146.
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018). Bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan bahasa. Jurnal Komunikasi, 34 (2): 338-353.
Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu dalam penulisan karangan pelajar. LSP International Journal, 4 (1): 23-35.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Mohamad Nik Mat Pelet, Mutiara Megat, Juliana Damsik, Nurul Nadia Samud, Norita Harijaman, Noor Saadah Salleh
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.