Hikayat Tanah Jauh dari Perspektif Realisme Magis

Hikayat Tanah Jauh From The Perspective Of Magic Realism

Authors

  • Tuan Rusmawati Raja Hassan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Bachok)
  • Mawar Safei Pusat Bitara Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.3.2023

Keywords:

Dunia nyata, Dunia fantasi, Hikayat Tanah Jauh, realisme magis, Wendy. B. Faris, Zainal Abidin Rashid

Abstract

Kemunculan aliran realisme magis dilihat melalui gabungan antara dua dunia, iaitu dunia nyata dan dunia fantasi yang membawa pemikiran baru dalam karya sastera. Penelitian terhadap realisme magis dalam suatu karya sastera sangat penting kerana pada dasarnya realisme magis merupakan satu refleksi yang nyata mengenai budaya dan sosial masyarakat. Kajian ini meneliti novel Hikayat Tanah Jauh (2015). Ia dikerjakan menggunakan kerangka realisme magis oleh Wendy B. Faris (2004). Terdapat lima prinsip dalam dasar fahaman realisme magis Wendy B. Faris iaitu elemen yang tidak boleh dijelaskan (irreducible element), dunia fenomena (phenomenal world), elemen yang diragui (unsettling doubt), alam yang bergabung (merging realms), dan berlaku gangguan waktu, ruang, dan identiti (disruption of time, space, and identity). Ditemukan, novel ini akrab dengan prinsip elemen yang tidak dapat dijelaskan, elemen yang diragui dan elemen gangguan waktu, ruang dan identiti. Novel ini didapati memanfaatkan realisme magis dalam penciptaan latar dan watak. Pengarang melakarkan watak wanita “si pemakan berlian”. Pengarang juga membawa pembaca ke “Tanah Jauh”, sebuah wilayah persis negeri Melayu sebagaimana dalam karya sastera tradisional. Turut diperagakan “Tanah Jauh” sebagai sebuah kota yang sepi akibat pemimpinnya yang menggilai emas. Jelas bahawa Zainal Abidin Rashid menggunakan novel sebagai alat dalam menyampaikan ideologi, pegangan dan pemikirannya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Aziz Yusuf. (2003). Komunikasi Untuk Pengurus. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Abd. Rahman Abdul Aziz. (2000). Kemahiran Sosial Asas. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Adya Arsita dan Wening Udasmoro. (2016). Kajian Visualisasi Bahasa pada Novel GrafisThe Photographer: Into War-Torn Afganistan, with Doctors without Borders. Tesis Sarjana Muda, Kajian Budaya dan Media di Universitas Gadjah Mada.

Ahmad Syarifudin dan Aprinus Salam. (2018). Kajian Karya-Karya Sanarto Sebagai RealismeMagis. Tesis Sarjana Muda, Sastera Indonesia di Universitas Gadjah Mada.

Ali, A. H. (2022). Karya Kesusasteraan sebagai satu Manifestasi fungsi Seorang Manusia: LiteratureWorks as a Manifestation of the Function of a Human Being. PENDETA, 13(1), 11–25. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.fa.2.2022

Asmiaty Amat & Roziah Adama. (2021). Dunia Hampir Bergabung dalam Kumpulan CerpenLaron oleh Jasni Matlani: Satu Bacaan Realisme Magis. Akademika 91(1): 15-23.

Bowers & Maggie Ann. (2004). Magic(al) Realism. London and New York: Routledge.

Faris, Wendy B. (2004). Ordinary Enchantments:Magical Realism and the Remystification of Narrative. Nashville: Vanderbilt University Press.

Hashim Fauzy Yaacob. (2001). Komunikasi Antara Manusia. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Jong, Chian Lai. 2009. Ensera Marga Timur Dari St. Anthony. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mawar Safei dan Tuan Rusmawati. (2020). Daun Sebagai Wahana Komunikasi dalamKesusasteraan Melayu. Jurnal Komunikasi. Jilid 36(3): 157-175.

Millie, J. (2004). Bidasari: Jewel of Malay Muslim Culture. Netherlands: KITLV Press.

Muhammad Hafiz Mohd Hamzan. (2013). Pemaparan Realisme Magis dalam Filem: Satu Kajian Psikodinamik Terhadap Karakter Dalam Filem Pan’s Labyrinth 2006”. Kertas Projek. Universiti Teknologi Mara.

Liaw, Yock Fang. (1975). Sejarah Kesusastraan Melayu Klasik. Singapura: Pustaka Nasional.

Muhd Yussoff Hashim. (2015). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sandra Whilla Mulia. (2016). Realisme Magis Dalam Novel Simple Miracles Doa Dan Arwah Karya Ayu Utami. Jurnal Lakon, 5 (1): 30-44.

Shahnon Ahmad. (2002). Unsur Realisme Magis Melalui Konsep Pencerobohan dalam Karya Karya Awal Gabriel Garcia Marquez. Dlm. Lalita Sinha (pytg). Tradisi danModeniti:Kesusasteraan Melintasi Zaman danWilayah. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Sie, Hendrikus. (2020). Realisme Magis Dalam Novel Seratus Tahun Kesunyian Karya Gabriel Garcia Marquez Berdasarkan Konsep Karakteristik Realisme Magis Wendy B. Faris. Tesis Pasca Sarjana di Instuitut Filsafat dan Teknologi Kreatif Ledalero.http://nyala.ungguncreative.com/realisme-magis-bacaan-secara-umum/

Downloads

Published

2023-06-12

How to Cite

Raja Hassan, T. R., & Safei, M. (2023). Hikayat Tanah Jauh dari Perspektif Realisme Magis: Hikayat Tanah Jauh From The Perspective Of Magic Realism. PENDETA, 14(1), 25–34. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.3.2023

Most read articles by the same author(s)