Pengurusan sistem pertanian masyarakat Murut Sabah melalui pendekatan adat
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.2.2025Keywords:
kelestarian, kearifan tempatan, alam sekitar, Murut, adatAbstract
Masyarakat Murut di Sabah sangat dekat dengan alam sekitar. Aktiviti harian mereka lebih banyak berinteraksi dengan alam sekitar mengikut kaedah mereka sendiri. Kelangsungan hidup masyarakat Murut khususnya di kawasan luar bandar sangat bergantung kepada sumber alam sekitar. Aktiviti pertanian tradisional telah mendarah daging dalam komuniti ini dan amalan pertanian menjadi sumber kelangsungan kehidupan mereka. Kearifan tempatan yang dimiliki oleh masyarakat Murut di Sabah khususnya dalam pertanian tidak merekodkan sebarang kemusnahan alam sekitar yang ketara berbanding dengan pertanian moden. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengangkat kearifan tempatan dan nilai adat yang dijunjung tinggi oleh masyarakat Murut dalam melakukan aktiviti pertanian di Sabah. kajian ini menggunakan pendekatan Kroeber dan Kluckhohn (1952) dalam melihat hubungan kitaran budaya dalam pertanian masyarakat Murut. Pendekatan ini dijadikan kaedah dalam menjelaskan sistem pengurusan kitaran pertanian dan konsep tentang alam sekitar masyarakat Murut di Sabah. Kedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui pemerhatian, perbincangan dalam kumpulan (FGD) dan kajian dokumen. Kajian ini mendapati bahawa masyarakat Murut Sabah mempunyai sistem tersendiri dalam menjalankan aktiviti pertanian yang menerapkan nilai sepunya seperti sistem kepercayaan, kebersamaan, kasih sayang, seni dan perayaan (kegembiraan). Terdapat 11 langkah yang dilakukan oleh Masyarakat Murut dalam melakukan aktiviti pertanian yang bermula dari mengenal pasti tapak tanah pertanian, penilaian fizikal dan spiritual, mengenal pasti sempadan kawasan, pembersihan, menebas, memotong pokok, pembakaran, penanaman, merumput, menuai dan merayakan pesta kesyukuran (kegembiraan). Kearifan tempatan yang dimiliki mempunyai pertalian yang sangat kuat dengan komponen alam sekitar. Sepanjang proses yang dilakukan, elemen alam sekitar sentiasa dititik beratkan agar keseimbangan alam sekitar tetap terjaga.
Downloads
References
A.S. Purwanto. (2020). Dimensi Adat dan Dinamika Komunitas Dayak di Kalimantan Timur. Antropologi Indonesia.
Abdul Hadi Borham, Wahyu Hidayat Abdullah, Mohammad Marzuqi Abdul Rahim & Muhammad Akramin Kamaruzaman. (2016). Metod Dakwah Mohd Fadli Yusof dalam Penislaman Suku Kaum Masyarakat Murut di Pedalaman Sabah. Jurnal Al-Hikman, 8(2), 60-80.
Abdul Hakim Mohad & Ros Aiza M. M. (2017). The Indivisible Nature of Religion and Culture: A Review on the Murut Tahol Community in Sabah (Agama dan budaya berpisah tiada: Tinjauan terhadap masyarakat Murut Tahol di Sabah). International Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN), 5(2), 3-12.
Achmadi, K. Dimyati, A. Absori Budiono. (2020). Cultural Implications of Dayak Tomun Indigenous Peoples in the Management Land Rights: A Case Study of Lamandau, Central Kalimantan, Indonesia. Human. Soc. Sci. Rev., 8(4), 533.
Awang Hasbol. (2011). Kesultanan Melayu Brunei Abad ke-19, Politik dan Struktur Pentadbiran. Brunei Darulssalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam.
Barrick, Murray, Michael Mount & Judy Strauss. (1993). Conscientiousness and Performance of Sales Representatives: Test of the Mediating Effects of Goal Setting. Journal of Applied Psychology, 78(5), 715.
British North Borneo Herald, 1st March 1885, hlm. 5.
Che Mat. (2008). Ujian Psikologi dan Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Hoyrup S. (2010). Employee-driven innovation and workplace learning: Basic Concept, Approaches and Themes’. Transfer: European Review of Labour and Research, 16(2), 143–154.
Islam, M. S., Sujan, M. S.H., Tasnim, R., Ferdous, M. Z., Masud, J. H. B., Kundu, S. ,Mosaddek, A. S. Md., and Griffiths, M. D. (2020). Problematic Internet Use Among Young and Adult Population in Bangladesh: Correlates with lifestyle and online activities during the COVID19 pandemic. Addictive Behaviors Reports, 12.
J. P. Anna Sanders, M.R. Ford, J.R. Keenan, A.M. Larson. (2020). Learning through practice? Learning from the REDD+ demonstration project, Kalimantan forests and climate partnership (KFCP) in Indonesia. Land Use Pol., 91, 3.
J.R. Welch, C.E.A. Coimbra Jr. 2019. Indigenous Fire Ecologies, Restoration, and Territorial Sovereignty in the Brazilian Cerrado: the case of two Xavante reserves. Land Use Pol. 1 -11.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), (2023). Adat Resam dan Budaya Kaum Murut Adat Kematian. Accessed on 23 August 2023. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/403.
Jayum Jawan. 1991. Political Change and Economic Development among the Ibans of Sarawak, East Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. United Kingdom. University of Hull.
Kroeber, A. L., & Kluckhohn, C. (1952). Culture: a critical review of concepts and definitions. Papers. Peabody Museum of Archaeology & Ethnology, Harvard University, 47(1), 223.
M. Lubis., (1980). Bangsa Indonesia. Jakarta: Yayasan Idayu.
M., R. Islam, A.H. Wahad, L.A. Anggum., (2020). The Influence of Leadership Quality Towards Community Cohesion in Iban Community in Malaysia. Heliyon, 6.
M.B. Miles, A.M. Huberman. (1994). Qualitative Data Analysis: An Expanded Sourcebook. Second ed.).
Matsumoto, D. (1996). Culture and Spikology. California: Brooks/Cole Publishing.
P., R. M. Sareb, L. Lomon Dinar (2015). Jenderal Berbela Rasa: Dari Anik Denger untuk Kejayaan Dayak. Lembaga Literasi Dayak, Jakarta.
S. Widyosiswoyo, A. Vidiyanti. (2004). Limo Budaya Dasar. Edisi Revisi. Cet. 5 (Ed. rev.) Ghalia Indonesia, Jakarta.
Saint J, S. (1974). Life in the forest of the far east. Volume I. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Tyson, A. D. (2010). Decentralization and Adat Revivalism in Indonesia-the Politics of Becoming Indigenous. Routledge. Taylor & Francis Group.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Abud Hair Bedu Asis, Asmiaty Amat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.