Mimpi sebagai Medium Komunikasi Spiritual dalam Masyarakat Iban
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.2.1.2024Keywords:
Iban, Mimpi, semiotik, pengkelasan, fungsi, komunikasi spiritualAbstract
Masyarakat Iban mempunyai kepercayaan tradisional yang dijadikan sebagai panduan dalam kelangsungan kehidupan seharian mereka. Oleh itu, setiap kejadian yang berlaku di persekitaran mereka dianggap sebagai burung atau tanda yang harus ditafsir bagi mengetahui petandanya. Antara kepercayaan yang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Iban ialah tafsiran terhadap tanda-tanda yang muncul dalam mimpi. Dalam kajian ini, teori semiotik Charles Sander Peirce dijadikan sebagai landasan untuk mengkaji tanda-tanda yang terkandung dalam mimpi. Dengan menggunakan teori ini, tanda-tanda yang wujud diinterpreatasikan kepada petanda tertentu berdasarkan kepercayaan masyarakat Iban. Kajian ini memfokuskan penelitian terhadap pengkelasan mimpi berdasarkan tanda-tanda yang wujud. Penelitian ini juga bertujuan untuk merungkai fungsi mimpi dalam masyarakat Iban. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Iban mempunyai tafsiran tersendiri terhadap tanda-tanda yang muncul dalam mimpi. Tanda-tanda tersebut merupakan elemen penting dalam menentukan pengkelasan sesebuah mimpi. Mimpi dalam masyarakat Iban dikategorikan kepada mimpi gembira (mimpi gaga), mimpi buruk (mimpi changka), mimpi panjang umur (mimpi gayu), mimpi marah (mimpi ringat), mimpi tidak panjang umur (mimpi pandak umur), mimpi dibantu oleh Dewa Dewi (mimpi ditulung antu) dan mimpi berkabung (mimpi ngulit). Pengkelasan ini sangat penting kerana petanda yang diinterpretasikannya dipercayai oleh masyarakat Iban sebagai sebuah medium komunikasi spiritual yang harus dipatuhi bagi menjamin kesejahteraan komunitinya.
Downloads
References
Awang Azman Awang Pawi. 2013. Weltanschauung dan manifestasi kepercayaan tradisi etnik di Sarawak. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Volume 6 (2), 139-154.
Benedict Sandin. 1962. Tiga Belas Bengkah Mimpi. Kuching: Borneo Litarure Bureau.
Benedict Sandin. 2010. Raja Singalang Burung. Sibu: Vickskill Printing Sdn.Bhd
Casper Kayong Umping. 2010. Raja Singalang Burung: The Legends of customary and Faith. Sibu. Vicskill Printing Sdn.Bhd.
Karimon, J., Alezender, S., & Sazan, D. (2023). Mitos Angkapio Sebaga Isyarat Alam Peneguh Firasat Murut Paluan. PENDETA,14(2), 146–161.
James Jemut Masing. 1981. The Coming of Gods: A study of an Invocatory Chant (Timang Gawai Amat) of the Iban of the Baleh River of Sarawak. Tesis PHD. Canberra: Australian National University Canberra.
Jensen, Erik. 1974. The Iban and Their Religion. London: Oxford University Press.
Jusoh, S. A., Che Yaacob, M. F., & Abdillah, N. (2021). Unsur Spiritual Dalam Cerita Lisan Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature,12(2), 67-79.
Patricia Ganing. 2013. Analisis Entelah Dalam Masyarakat Iban. Tesis Sarjana. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Patricia Ganing. 2016. Tanda, Penanda dan Petanda dalam Entelah Iban. Tesis Doktor Falsafah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Peter Kedit Muluk. 1993. Iban Bejalai. Kuala Lumpur. Ampang Press Sdn. Bhd.
Pierce, Charles Sanders. 1965. Collected Paper Charles Sanders Pierce (Vol. I & II. Cambridge Massaschusett: The Belknap Press of Harvard University Press.
Sutlive, V. H. (1978). The Iban of Sarawak. Arlington Heights: AHM Publishing Corporation.
Sukatman. 2009. Butir-Butir Tradisi Lisan Indonesia, Pengantar Teori dan Pembelajarannya. Yogyakarta: Laksbang Pressindo.
Temu bual Edmund Langgu. 2020. 13 Februari. Kuching Sarawak.
Temu bual Lemambang Lau, 2019.4 April. Sibu. Sarawak.
Temu bual Lemambang Abang, 2016.8 Ogos. Saratok. Sarawak.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Patricia Anak Ganing, Asmiaty Amat, R. Masri Sareb Putra
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.