Penggunaan PAK21 dalam Pengajaran Pengajian Am Tingkatan Enam dalam Kalangan Guru Pelatih UPSI
DOI:
https://doi.org/10.37134/perspektif.vol17.2.6.2025Keywords:
Abad Ke-21, Bahan Bantu Mengajar, Guru Pelatih, Latihan Mengajar, PAK21, Pengajian AmAbstract
Kajian ini meneroka penggunaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam kalangan guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam meningkatkan taraf kualiti pengajaran mata pelajaran Pengajian Am. Kajian ini melibatkan 130 orang responden yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan (AT58) dari Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) di UPSI. Objektif kajian adalah untuk mengkaji faktor yang menyebabkan penggunaan aplikasi PAK21 semasa menjalankan Latihan Mengajar (LM), mengenal pasti isu-isu utama dalam penggunaan aplikasi PAK21 semasa LM dan menganalisis kesan penggunaan aplikasi PAK21 dalam menjalankan LM. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data responden daripada tiga kohort bagi AT58 iaitu pengambilan Ungku Abdul Aziz, pengambilan Rentap dan pengambilan Ahmad Boestaman yang telah menjalankan Latihan Mengajar (LM). Data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) dan dihuraikan melalui kaedah analisis statistik deskriptif, peratus, min, sisihan piawai dan tahap. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian PAK21 ini dapat membantu para guru pelatih untuk menjadi lebih kreatif dalam menarik perhatian pelajar untuk meminati sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berada pada tahap yang tinggi (M=4.61). Seterusnya, kekangan kewangan untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang selaras dengan PAK21 merupakan isu utama yang dihadapi oleh guru pelatih berada pada tahap tinggi (M= 3.92). Selain itu, pengaplikasian PAK21 dapat menarik minat pelajar untuk belajar berada pada tahap tinggi (M=4.66). Kajian ini mendedahkan bahawa pengaplikasian PAK21 ini dapat membantu para guru pelatih untuk menjadi kreatif walaupun isu utama yang dihadapi oleh beberapa guru pelatih mengalami kekangan wang tetapi keberkesanan PAK21 ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar boleh membantu meningkatkan taraf kualiti pendidikan terutamanya mata pelajaran Pengajian Am. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman kesan pengaplikasian PAK21 yang dapat membantu meningkatkan taraf kualiti pendidikan.
Downloads
References
Ain Syafia Qutreenie Alwi, & Rohaizat Ibrahim. (2022). Isu terhadap Penggunaan Teknologi Media Digital dalam kalangan guru pelatih jurusan Pendidikan Khas. Firdaus Jurnal, 2(2), 88-93.
Ang Kean Hua. (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(2), 17-24.
Bernama. (2022, September 28). MPPK cadang elaun latihan mengajar dimasukkan dalam Belanjawan 2024. Sinar Harian.
Cowen Linch. (2023, Jun 8). Fasiliti pengurusan faktor utama penentu pencapaian pendidikan di Sarawak. Utusan Sarawak Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/fasiliti-kemudahan-sekolah-faktor-utama-jurang-pencapaian-pendidikan-di-sarawak/
Dhakal, B.P. (2023). Digital pedagogy: An effective modelfor 21st century education. Academic Journal of Mathematics Education, 5(1), 1-9. https://doi.org/10.3126/ajme.v5i1.54534
Idawati Suliman. (2019). Penggunaan Frog-VLE dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Di Sekolah : Perbandingan Antara Sekolah Rendah Bandar dan Luar Bandar Daerah Kluang [Master’s thesis].
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). (2022). Laporan Peperiksaan STPM & MUET - Pengajian AM (900).
Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris, & Jamalludin Harun. (2007). Kemahiran ICT Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM : Satu Tinjauan. 1st International Malaysian Educational Technology Convention, 997-1002.
Mistirine Radin, & M. Al-Muz-zammil Yasin. (2018). Perlaksanaan Pendidikan Abad Ke-21 Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Sains Humanika, 10(3-2).
Mohammed Sayuti Seman. (2020). Pendekatan "teater game" dalam pengajaran dan pembelajaran bersepadu Pendidikan seni visual sekolah menengah [Tesis Master].
Muhammad Izzat Mailis. (2021). Pengetahuan Dan Proses Pengajaran Guru Terhadap Elemen Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 [Tesis Master].
Noorazura Abdul Rahman. (2017, October 15). Pembelajaran Abad Ke-21 di semua sekolah. Berita Harian.
Nor Shela Saleh, & Mohd Shafie Rosli. (2019). Kepentingan Pembelajaran Abad ke 21 terhadap Potensi Kebolehpasaran Modal Insan. Innovative Teaching and Learning Journal, 2(2), 71-81.
Norafidah Assan. (2021, February 4). Guru datang rumah murid serah modul PdPR. Sinar Harian.
Norazlin Mohd Rusdin, & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan Dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. International Conference on Islamic Civilization and Technology Management.
Saifulazry Mokhtar, Kasoma Thia, Irma Wani Othman, & Mohd Maziz al-Hadi Moharam. (2021). Prospek Pengajaran dan Pembelajaran Online Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik Covid-19 di Sandakan, Sabah: Cabaran dan Signifikan. 5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD).
Suppiah Nachiappan, Barathy Sinnasamy, & Sandra Suffian. (2017). Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah dan penyelesaian masalah melalui kaedah Hermeneutik. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 7(2), 58-78.
United Nation. (2023, April 18). Goal 4: Quality education. The Global Goals.
Wardyawaty Rajikal, & Mohd Isa Hamzah. (2020). Kajian Sistematik Pengajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam Kalangan guru Pendidikan Islam (GPI). ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 4(2), 103-113.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Felvin Kiot Anak Dublin, Khairul Ghufran Kaspin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


