Kemahiran Insaniah Mahasiswa: Kajian terhadap Penglibatan dalam Aktiviti Kesukarelawanan
DOI:
https://doi.org/10.37134/perspektif.vol18.1.7.2026Keywords:
aktiviti, kesukarelawanan, kemahiran insaniah, mahasiswa, PenglibatanAbstract
Kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa memainkan peranan penting dalam membentuk kemahiran insaniah yang diperlukan dalam kehidupan dan kerjaya. Aktiviti kesukarelawanan bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti tetapi juga menjadi medium bagi mahasiswa untuk mengembangkan kemahiran sosial, kepimpinan dan komunikasi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong penglibatan mahasiswa UPSI dalam aktiviti kesukarelawanan serta kesannya terhadap pembangunan kemahiran insaniah mereka. Menerusi pendekatan kuantitatif, satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang melibatkan 212 orang mahasiswa dari Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), UPSI. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama yang mendorong mahasiswa untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan ialah keinginan meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi, dengan min tertinggi 4.61 dan sisihan piawai 0.821. Sementara itu, kategori isu kesukarelawanan yang paling mendapat perhatian dalam kalangan mahasiswa ialah pemeliharaan alam sekitar yang mencatatkan min 4.34 dan sisihan piawai 1.105. Selain itu, impak paling ketara daripada penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan ialah peningkatan kemahiran komunikasi dengan masyarakat dari latar belakang yang berbeza dengan min 4.31 dan sisihan piawai 1.234. Dapatan ini membuktikan bahawa kesukarelawanan berperanan besar dalam memperkukuhkan kemahiran sosial dan interpersonal mahasiswa. Oleh itu, bagi memastikan keberkesanan aktiviti kesukarelawanan dalam membentuk kemahiran insaniah secara berterusan, semua pihak termasuk institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat perlu berganding bahu dalam memperkasakan lagi program kesukarelawanan di kalangan mahasiswa.
Downloads
References
Fairuzza Hairi, Mohamad Nazuir Ahmad Toee & C. Wahid Bin Razzaly. (2011). Employers’ perception on soft skills of graduates: A study of Intel elite soft skill training. International Conference on Teaching & Learning in Higher Education, 8(3).
Fauziah Ibrahim, Aizan Sofia Amin & Tharshini A/P Sivabalan. (2015). Penglibatan dan motivasi kesukarelawanan: Ke arah memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 10, 84–96.
Hasnuddin Ab Rahman, Hailrudin Jaafar & Badrun Nisah Mohamed Nasiruddin. (2018). Keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawan dan hubungannya dengan kemahiran sosial. Proceeding of International Conference on Information Technology & Society.
Intan Suria Hamzah, Siti Aisyah Mohamad Zin, Mohamad Basri Jamal, Muhammad Ridhwan Sarifin, Latun Azizah Kamarudin. (2022). Peranan aktiviti sukarela dalam memupuk kemahiran insaniah mahasiswa. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 14, 67-80.
Kementerian Pengajian Tinggi. (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk institusi pengajian tinggi Malaysia. Selangor: Universiti Putra Jaya.
Maria, M. I. (2024). Graduan dituntut kuasai kemahiran insaniah. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2024/02/1215100/graduan-dituntut-kuasai-kemahiran-insaniah
Mohamad Basri Jamal, Khairul Gufran Kaspin, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Mazdi Marzuki, Muhammad Hasbi Abdul Rahman & Habibah @ Artini Ramlie. (2021). Keberkesanan pendidikan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke arah memperkasakan nilai-nilai insaniah. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(39), 208-222
Mohamed Fadzil Che Din (2008). Sukarelawan. Kuala Lumpur Institut Sosial Malaysia.
Mohd Hasril Amiruddin, Isma Atiqah Ngadiran, Fathin Liyana Zainudin, Norhayati Ngadiman (2016). Tahap kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(3), 111-121.
Normah Awang Noh, Kamal Mohd Yusoff, & Fazil Ahmad. (2018). Contributions Of Volunteering University’s Student to National Economy. International Journal of Asian Sosial Science, 7 (12), 971-976.
Norsela A. Manaf, Intan Rahimah Ahmad, Nurul Ilyana Baharudin. (2021). Hubungan antara kemahiran generik dengan aktiviti sukarelawan dalam kalangan pelajar. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial, 7(2), 1-12
Rosmah Ahmad, & Noremy Md. Akhir, (2021) Cabaran sukarelawan penjagaan kesihatan mendepani pandemik COVID-19 di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (6) 46-58
Shahrom Md Zain, Muhammad Imran Mohd Junaidi & Noor Ezlin Ahmad Basri. (2015). Sukarelawan Alam Sekitar: Penerimaan dan Kefahaman Pelajar. Jurnal Personalia Pelajar, 18(2).
Siti Nathrah Che Fazilah & Fuziah Shaffiie. (2020). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Sukarelawan dalam menjalankan Aktiviti Kesukarelawanan: Satu Kajian Literatur. Jurnal Pembangunan Sosial, 23, 25-38. https://doi.org/10.32890/jps2020.23.2
Siti Raba’Ah Hamzah, Turiman Suandi, Ismi Arif Ismail & Azimi Hamzah. (2014). Kepercayaan, motivasi, dan niat sukarelawan belia terhadap aktiviti sukarela di Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 10.
Solihah Yahya Zikri, Khalid Ismail, Abdul Salam Zulkifli, Nadiyah Hashim & Noor Azura Zainuddin. (2022). Penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelawan di Malaysia: Sumbangan dan peranan. Proceedings Science, Ethics & Civilization, 1, 30-36.
Syed Lamsah Syed Chear, Mohd Zamri Yasin, Fazlina Ismail, Intan Shafiqah Shaidan & Muhammad Khairul Annuar Abd Ajis (2021). Peranan dan tanggungjawab masyarakat terhadap rumah kebajikan kanak-kanak. International Journal for Studies on Children, Women, Elderly and Disabled, 14.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Nurul Aini Shofiah Shamsul Kamal, Khairul Ghufran Kaspin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
