Hubungan antara Motivasi Intrinsik dengan Kualiti Hafazan Al-Quran dalam kalangan Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
DOI:
https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.2.9.2025Keywords:
Motivasi, Intrinsik, Kualiti, Hafazan Al-QuranAbstract
Proses menghafaz al-Quran memerlukan ketepatan dalam sebutan, kefasihan, dan pemahaman yang mendalam. Proses ini memerlukan dedikasi, disiplin, dan motivasi yang tinggi dalam kalangan murid di sekolah tahfiz. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara motivasi intrinsik dengan kualiti hafazan al-Quran dalam kalangan murid tahfiz di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Isu utama yang dikenal pasti ialah tahap motivasi intrinsik murid yang berbeza-beza dan kesannya terhadap prestasi hafazan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan kaedah kuantitatif. Seramai 97 responden yang dipilih secara rawak berkelompok. Data telah dikutip dengan menggunakan instrumen soal selidik. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan tahap motivasi intrinsik murid berada pada tahap tinggi (min = 4.65) dan tahap kualiti hafazan al-Quran juga tinggi (min = 3.72). Manakala hasil analisis korelasi menunjukkan hubungan yang signifikan dan kuat antara motivasi intrinsik dengan kualiti hafazan al-Quran (r = 0.537, p < 0.01). Implikasi kajian menunjukkan keperluan dalam mengekalkan dan penambahbaikkan yang berterusan agar motitvasi dalam eko sistem pengajaran dan pembelajaran tahfiz memberikan kesan yang positif untuk kualiti hafazan al-Quran murid.
Downloads
References
Abdul Hafiz Haji Abdullah, Hussin Salamon, Azmi Shah Suratman et al. (2005). Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Quran yang Efektif: Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu. Laporan Penyelidikan. Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM.
Ahmad Rozaini Ali Hasan et al. (2017). Faktor Motivasi dalam Amalan Pembelajaran Hafazan Al-Quran. Jurnal Perspektif: Special Issue 1, 13-20.
Azizi Yahaya, Yusuf Boon & Kamaliah Noordin (2005). Hubungan antara Konsep Kendiri. Motivasi dan Gaya Keibubapaan dengan Pencapaian Pelajar. Prosiding Persidangan Kebangsaan Motivasi dan Pembelajaran. Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor.
Bandura, A. (1969). Social Learning Theory. New York: General Learning Press.
Brown, H. D. (2007). Principles of Language Learning and Teaching. (5th ed.). New York: Pearson Education.
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (n.d.) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Davies, J. A. (1971). Elementary Survey Analysis. New Jersey: Prentice Hall.
Hayati Hussin et al. (2023). Motivasi Ekstrinsik: Analisis Terhadap Cabaran Mengekalkan Hafazan AlQuran dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pengajian Qiraat USIM. Jurnal Qiraat 6(2) 73-83.
Hayati Hussin, Abdul Rahim Ahmad & Muhammad Hafiz Saleh (2021). Motivasi Intrinsik: Isu Dan Cabaran Dalam Mengekalkan Hafazan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar USIM. Jurnal Qiraat, 4(2)75-83.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2023). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10. Garis panduan pengurusan dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (SPI KPM Bil.10/2023).
M. Ilyas. (2020). Metode Muraja’ah dalam Menjaga Hafalan Al-Qur’an. Al-Liqo: Jurnal Pendidikan Islam. 5(1) 1-24.
Meirani Agustina, Ngadri Yusro & Syaiful Bahri. (2020). Strategi Peningkatan Minat Menghafal Al-Qur’an Santri di Pondok Pesantren Ar-Rahmah Curup. Jurnal Kependidikan, 14(1). 9-20.
Mohamad Marzuqi Abdul Rahim (2023). Muraja’ah Hafazan al Quran di antara Tanggungjawab atau Beban. Laman sesawang Jabatan Mufti Perak. https://mufti. perak.gov.my/images/minda_mufti/2023/artikel/Murajaah.pdf
Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid, & Kartini Abd Wahab. 2016. Melahirkan Warga yang Berketerampilan Bahasa: Kajian Hubungan antara Pengetahuan dengan Amalan Komunikatif dalam kalangan Guru Bahasa Melayu. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 32–45.
Muhammad Ikmal Rezal Othman, Nurazwa Ahmad, Nor Kamariah Kamaruddin. (2020). Hubungan Antara Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik dengan Pencapaian Akademik Pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan. Dlm. Kajian Kes di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 45-52.
Muhammad Syafee Salihin, Ikmal Zaidi Hashim, Nik Mohd Nabil Nik Hanafi et al. (2018). Penghayatan Muraja’ah al-Quran dalam kalangan Pelajar Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 5th International Research Management & Innovation Conference (5th IRMIC 2018). http://rmc.kuis. edu.my/irmic/wpcontent/uploads/2018/09/full-paper-irmic-18syafee-salihin.pdf
Muhammad Toriq Yaacob & Abdul Razak Mohd Zain. (2018). Perkembangan Tahfiz Al-Quran: Suatu Kajian di Darul Quran. Kuala Kubu Bharu, Selangor: Darul Quran, JAKIM.
Nafi, N. M., Mokhtar, W. KA. W., Imas, M. M. (2019). The Holy Quran Memorization in the Globalization Era. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(11), 588-596.
Nor Hashimah Ahmad Shukri, Khadijah Abdul Razak (2020). Faktor Motivasi Pelajar dalam Pengukuhan Hafazan Al-Quran di Kota Bharu. Jurnal Dunia Pendidikan 2(3) 32-40
Norazura Ariffin & Malyanah Solehah Mohamad Shukor (2024). Intrinsic And Extrinsic Motivation Factors in Predicting the Muraja’ah Hafazan of Tahfiz Al-Qur’an Diploma Students at Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (Kitab) Pulau Pinang. Malaysia Online Journal of Psyhcology and Counselling, 11(2), 25–33.
Siti Suriyani Sulaiman & Ahmad Yunus Kassim. (2018). Pelaksanaan Hafazan dalam Program Ulul Albab Berdasarkan Jantina dan Kumpulan. Indonesia Journal of Learning Education and Counseling. 1(1) 1-10.
Siti Suriyani Sulaiman. (2018). Kaedah Hafazan: Suatu Tinjauan Ringkas. E-Journal of Islamic Thought and Understanding. 2(1) 44-59.
Wan Khalijah Wan Jusoh, Mohd A’Tarahim Mohd Razali et al. (2020). Cabaran Pemantapan Hafalan Al-Quran dalam Kalangan Para Hafiz Al-Quran: Satu Kajian Literatur. Jurnal KIAS 13(1) 1-10.
Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2013). Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia Social and Behavioral Science. 134. 408-415.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nurul Nadiah bt. Nazri, Che Ku Nor Hidayah bt. Che Ku Mohamad , Abdul Jalal b. Abdul Manaf

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


