Faktor-faktor pengambilan makanan segera dalam kalanganmurid sekolah tahfiz

Authors

  • Mohd Muaz Abd. Hamid Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Nurul Hayati Zahid Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI), Jalan Heman, Kampung Aman, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.1.6.2025

Keywords:

Makanan Segera, Murid Sekolah Tahfiz, Persepsi, Faktor Pengambilan, Pola Pemakanan

Abstract

Pengambilan makanan segera dalam kalangan remaja semakin membimbangkan kerana ia berpotensi menjejaskan pembelajaran dan kesihatan dalam jangka masa panjang. Murid di institusi pegajian tahfiz mempunyai jadual pembelajaran yang padat dan rutin hafazan al-Quran turut terdedah kepada gaya pengambilan makanan segera. Kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi pelajar tahfiz terhadap pengambilan makanan segera, kadar kekerapan pengambilan, dan menganalisis faktor-faktor pendorong yang mempengaruhi responden mengambil makanan segera. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif. Kajian ini dijalankan di sekolah tahfiz swasta di daerah Mersing Johor. Seramai 50 orang responden yang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data yang dikumpul telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan kekerapan, peratus, nilai skor min dan korelasi. Hasil kajian mendapati persepsi responden terhadap pengambilan makanan segera di tahap sederhana dengan purata nilai min 3.04 (min = 2.34-3.66). Purata nilai min bagi kadar kekerapan pengambilan makanan segera juga di tahap sederhana iaitu 2.75 (min = 2.34-3.66). Manakala purata min bagi faktor-faktor yang mendorong responden mengambil makanan segera di tahap sederhana iaitu 2.87 (min = 2.34-3.66). Dapatan kajian ini menunjukkan keperluan agar pihak institusi pengajian swasta dan ibu bapa saling memperkukuh dalam mendidik murid tentang pemakanan sihat bagi golongan penghafaz al-Quran agar dapat mengimbangi gaya hidup dengan pengambilan makanan segera.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abū al-Qāsim Sulaymān Ibn Aḥmad Ibn Ayyūb Ibn Muṭayyir al-Lakhmī al-Shāmī al-Tabarānī. 1995. Al-Mu'jam Al-Awsat Al-Tabarani (260 – 360H). Abu Mu’adh Tariq Ibn Awad Allah Ibn Muhammad & Abu al-Fadl Abd al-Muhsin Ibn Ibrahim al-Husayni (ed.), Kaherah: Dar al-Haramayn.

Abu al-Husayn Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim al-Qushayri al-Nishapuri. 2011. Al Jami’ Al Sahih. (Pentahqiq) Muhammad Zuhni Effendi, Ismail Ibn Abd al-Hamid al-Hafiz al-Tarabulsi, Ahmad Rifaat Ibn Uthman Hilmi al-Qara Hisari, Muhammad Izzat Ibn Uthman al-A’franbuliwi & Abu Ni'mat Allah Muhammad Shukri Ibn Hasan al-Anqarawi, Beirut: Dar al- Tawq Al Najat.

Abu Abdullah Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari al-Ja'fi. 1993. Sahih al Bukhari, (Pentahqiq) Dr. Mustafa Dib Al-Bugha. Damsyik: Dar Al-Yamamah.

Abdul Hafiz Hj. Abdullah & Nur Safazilah Maksom. 2020. Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Madrasah Tahfiz al-Quran Darul Ta’lim, Kampung Tengah Kluang Johor. Dlm. Mohd Yaakub Zulkifli Haji Mohd Yusoff et al (ed.), Memperkasa Genaerasi Penghafaz Al-Quran. Selangor: Darul Quran JAKIM. 10-22.

Amey Rozlina Azeman, Nurul Farhana Mohd Raduan & Nur Farhana Othman. 2016. Pemilihan Makanan Di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka: Satu Tinjauan. Jurnal Hospitaliti dan Jaringan. 1(1) 71-80.

Farzan Yahya et al. 2013. Trend of Fast-Food Consumption and its Effect on Pakistani Society. Food Science and Quality Management. 11 (1), 1-8.

Ibn Kathir, Abu Fida’ ʻImaduddin Ismail bin ʻUmar. 2013. Shahih Tafsir Ibnu Katsir, terj. Al-Mubarakfuri, Shaikh Shafiyyurahman. Jakarta: Pustaka Ibnu Katsir.

Mohamad Ghazi Faris Abu Mutalib & Norazmi Anas. 2020. Pemulihan Akhlak Remaja Melalui Pendekatan Tahfiz di Malaysia: Tinjauan Awal. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. 21(1), 134-140.

Mohd Azlan Abdullah dan Noraziah Ali. 2011. Amalan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar Universiti dan Implikasinya terhadap Pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar. 7 (14), 59-68.

Nitin Joseph et.al. 2015. Fast Food Consumption Pattern and Its Association with Overweight Among High School Boys in Mangalore City. dlm Community Medicine Section. Vol-9(5). Mangalore: Manipal University. h. 13-17.

Santibuana Abd Rahman, Ismarulyusda Ishak, Nor Malia Abd Warif et al. 2019. Hubungan antara Hafazan al-Quran dan Kualiti Hidup Pelajar Tahfiz di Selangor, Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia. Isu Khas Dis, 1-11.

Siti Salmiah. 2006. Kadar Pengambilan Makanan Segera di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Tanjong Malim: UPSI.

Zainora Daud, Hayati Hussin, Muhammad Lukman Ibrahim et al. 2020. Penghayatan Konsep Hamlah al-Quran dari Perspektif Adab dan Akhlak dalam Kalangan Huffaz: Satu Kajian untuk Pengukuhan. Dlm. Mohd Yaakub Zulkifli Haji Mohd Yusoff et al (ed.), Memperkasa Genaerasi Penghafaz Al-Quran. Selangor: Darul Quran JAKIM. 202-217.

Zetty Nurzuliana Rashed, Mardhiah Yahaya, Mohd Faez Ilias et al. 2021. Pengurusan Infrastruktur Sekolah: Kajian Kes Di Maahad Integrasi Tahfiz, Selangor (MITS). Jurnal Kepimpinan Pendidikan. 8(3), 7-17.

Downloads

Published

2025-05-30

How to Cite

Abd. Hamid, M. M., & Zahid, N. H. (2025). Faktor-faktor pengambilan makanan segera dalam kalanganmurid sekolah tahfiz. AL-MAKRIFAH Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture, 3(1), 66-81. https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.1.6.2025