Perkaitan Antara Gaya Bercinta dengan Kepuasan Perkahwinan dalam Kalangan Orang Islam di Selangor

The Relationship between Love Styles and Marital Satisfaction among Muslims in Selangor

  • Tan Lee See Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor
  • Sa’odah Ahmad Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor
  • Zanariah Ismail Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor
Keywords: Gaya Bercinta, storge, eros, pragma, mania, agape, ludus, kepuasan perkahwinan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya bercinta dan perkaitannya dengan kepuasan perkahwinan dalam kalangan orang Islam di Selangor. Love Attitude Scale (LAS) oleh Hendrick, Hendrick & Dicker (1998) telah digunakan untuk mengukur gaya bercinta dan Kansas Marital Satisfaction Scale oleh Schumm (1983) telah digunakan untuk mengukur kepuasan perkahwinan. Hasil kajian menunjukkan gaya bercinta Storge, Eros, Pragma, Mania dan Agape mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kepuasan perkahwinan, manakala gaya bercinta Ludus tidak mempunyai perkaitan dengan kepuasan perkahwinan. Kajian juga mendapati gaya bercinta Pragma adalah faktor peramal yang paling mempengaruhi kepuasan perkahwinan.

Kata kunci: Gaya Bercinta, storge, eros, pragma, mania, agape, ludus, kepuasan perkahwinan

______________________________________________________________________

This study aimed to identify the love styles and their relationships with marital satisfaction among Malay Muslim in Selangor. Love Attitude Scale by Hendrick, Hendricke & Dicker (1998) was used to measure love styles and Kansas Marital Satisfaction Scales by Schum (1983) was used to measure marital satisfaction. Findings of the study showed that Storge, Eros, Pragma, Mania, and Agape love styles significantly correlated with marital satisfaction, while Ludus love style was not significantly correlated with marital satisfaction. The research also found out that Pragma love style was a predictor for marital satisfaction.

 Keywords: Love Styles, Storge, Eros, Pragma, Mania, Agape, Ludus, Marital Satisfaction

 

Published
2018-12-21
How to Cite
See, T. L., Ahmad, S., & Ismail, Z. (2018). Perkaitan Antara Gaya Bercinta dengan Kepuasan Perkahwinan dalam Kalangan Orang Islam di Selangor. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 4(1), 22-31. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/EJOSS/article/view/538