Tahap Pemikiran Kritis dalam Persekitaran Laman Sosial bagi Mata Pelajaran Geografi Tingkatan Dua

Critical Thinking Level in Social Site Environment for Form Two Geography Subject

Authors

  • Hamdiah Jailani USM
  • Zarina Samsudin USM

Keywords:

pemikiran kritis, analisis SWOT, laman sosial

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pemikiran kritis dalam persekitaran laman sosial bagi mata pelajaran Geografi Tingkatan Dua. Pencapaian tahap pemikiran kritis mikro yang dikaji adalah kemahiran mengkategori, menerangkan dan meramal. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen dengan reka bentuk faktor 2x2. Sampel kajian melibatkan 229 orang murid Tingkatan Dua dibahagikan kepada kumpulan kolaboratif dan akses kendiri. Dalam kedua-dua kumpulan pembelajaran ini terdiri daripada murid yang berbeza trait personaliti iaitu murid ekstrovert dan introvert. Sebuah platform laman sosial “GeoSAYA” menggunakan Facebook Page digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Data dianalisis secara kuantitatif menggunakan one-way analysis of variance (ANOVA) untuk mengukur min tahap pemikiran kritis mengikut kumpulan. Tahap pencapaian pemikiran kritis mikro dianalisis secara kualitatif menggunakan analisis SWOT. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min pencapaian tahap pemikiran kritis murid-murid Tingkatan Dua dalam mata pelajaran Geografi. Tahap pencapaian pemikiran kritis yang berbeza dapat dilihat berdasarkan kemahiran mikro mengkategori, menerangkan dan meramal selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran menggunakan “GeoSAYA”.

This study aims to identify critical thinking level in social site environment for geography subject for Form Two students. Critical thinking micro performance level studied include categorizing, explaning, and predicting skills. This study used a quasi-experiment method with 2x2 factor design. The sample involved 229 Form Two students divided into collaborative group and self-access group. In both learning groups, students consist of students of different personality trait that is extrovert and introvert students. A social page called “GeoSAYA” using Facebook platform is used as a medium of teaching and learning. Data were analyzed quantitatively using one-way analysis of variance (ANOVA) for measuring the mean level of critical thinking based on groups. The levels of critical micro achievement were analyzed qualitatively using SWOT analysis. The findings showed that there were significant differences on mean for critical thinking achievement among Form Two students in Geography subject. The differences on critical thinking achievement can be seen on categorize micro skills, description, and predicting after undergoing teaching and learning using “GeoSAYA”.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-29

How to Cite

Jailani, H., & Samsudin, Z. (2019). Tahap Pemikiran Kritis dalam Persekitaran Laman Sosial bagi Mata Pelajaran Geografi Tingkatan Dua: Critical Thinking Level in Social Site Environment for Form Two Geography Subject. Journal of ICT in Education, 3, 73–80. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2609