PERBANDINGAN KESAN PENGGUNAAN DUA TEKNIK PENGAJARAN TERHADAP PENCAPAIAN PENULISAN AYAT TUNGGAL

COMPARATIVE EFFECTS BETWEEN TWO TEACHING TECHNIQUES TOWARDS THE WRITING SENTENCE BASED ON ONE SUBJECT AND ONE PREDICATE

Authors

  • Adenan Ayob Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

perbandingan kesan, teknik penerangan guru, teknik imbasan multimedia interaktif, pencapaian, penulisan ayat tunggal, comparative effects, teacher’s briefing technique, interactive multimedia scanning technique, writing sentence based on one subject and one predicate, achievement

Abstract

Penggunaan teknik berasaskan komputer dan teknologi maklumat semakin giat diamalkan dalam pengajaran Bahasa Melayu, terutamanya oleh guru-guru di sekolah rendah. Kesinambungan daripada aspirasi nasional tersebut, kajian ini cuba meninjau perbandingan kesan penggunaan dua teknik pengajaran terhadap pencapaian penulisan ayat tunggal. Kesan berdasarkan teknik penerangan guru dan teknik imbasan multimedia interaktif. Kaedah kuasi eksperimen berasaskan reka bentuk kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian adalah terdiri daripada 60 orang murid. Sebanyak 30 orang murid adalah daripada Tahun 2 Amanah. Sebanyak 30 orang murid berikutnya adalah daripada Tahun 2 Cekap. Kesemua 60 orang murid adalah daripada salah sebuah sekolah rendah di dalam Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Pengkaji telah menjalankan undian untuk mengenal pasti kumpulan kawalan dan rawatan. Kumpulan kawalan ialah Tahun 2 Amanah. Kumpulan rawatan pula ialah Tahun 2 Cekap. Analisis data pula dilakukan secara deskriptif dan inferensi. Analisis data deskriptif adalah dalam bentuk skor min dan sisihan piawai. Analisis data inferensi pula adalah berdasarkan Independent Samples T Test. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa teradapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pasca antara kumpulan murid yang didedahkan dengan penggunaan teknik penerangan guru dengan kumpulan murid yang didedahkan dengan teknik imbasan multimedia interaktif. Daripada kajian ini, dicadangkan supaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia membuka peluang yang luas kepada guru-guru sekolah rendah supaya dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknik pengajaran berbantukan komputer dan teknologi maklumat. Impikasinya adalah menjurus kepada usaha penjanaan minda kreatif dan kritis murid, selain peningkatan pencapaian dalam penulisan.

The Ministry of Education encourages teachers to diversify their teaching techniques in the classroom. The goal is that students are able to think creatively and critically in their learning. In teaching, the use of computer-based and information technology was increasingly practiced, especially by teachers in primary schools. In the continuation of the national aspirations, this study attempts to review the comparison effect of the use of interactive multimedia scanning techniques in writing single sentence that contains one subject and one predicate. Quasi-experimental method was used for this quantitative design study. The sample was composed of 60 students in one of the schools in Seremban District, Negeri Sembilan. A total of 30 students were drawn in the control group. A total of 30 students in the treatment group were drawn next. Data was analyzed descriptively and inferentially. Descriptive data is in the form of mean and standard deviation. Inferential data is based on the Independent Samples T Test analysis. The findings show that there is a significant difference in the post-test between groups of students who were exposed to the use of interactive multimedia scanning techniques with groups of pupils who are exposed to the teacher’s briefing technique. It was recommended that the Ministry of Education provides opportunities for teachers to enhance their knowledge and skills in the field of computer-aided teaching and information technology. The implication is to generate student’s creative and critical thinking, and directly improve writing achievement.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-12-18

How to Cite

Ayob, A. (2015). PERBANDINGAN KESAN PENGGUNAAN DUA TEKNIK PENGAJARAN TERHADAP PENCAPAIAN PENULISAN AYAT TUNGGAL: COMPARATIVE EFFECTS BETWEEN TWO TEACHING TECHNIQUES TOWARDS THE WRITING SENTENCE BASED ON ONE SUBJECT AND ONE PREDICATE. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 4, 81–89. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/852