Keberkesanan Kaedah Jadual Sifir dalam Penguasaan Fakta Asas Pecahan dan Perpuluhan Darab dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya, Lunas Kedah Darul Aman
DOI:
https://doi.org/10.37134/bitara.vol19.1.9.2026Keywords:
Kaedah Jadual Sifir , Kaedah Petak Sifir , fakta asas darab, Pengajaran dan Pembelajaran, sikap guru dan murid, HalanganAbstract
Guru merupakan tulang belakang proses pengajaran dan pemudahcaraan dalam melaksanakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sikap guru dan murid amat penting dalam menentukan tahap pengajaran dan kaedah serta konsep pembelajaran. Pembelajaran matematik amat penting. Terdapat pelbagai punca utama kelemahan murid dalam mata pelajaran ini. Penguasaan konsep asas matematik perlu dititikberatkan di samping mempelbagaikan pendekatan pembelajaran matematik. Pendaraban atau operasi kira darab adalah satu kemahiran asas matematik yang sangat penting di sekolah rendah. Atas kesedaran ini satu kajian telah dibuat untuk mengenal pasti perbezaan antara kaedah pengajaran fakta asas darab secara tradisional berbanding dengan kaedah jadual sifir . Sejumlah 70 orang murid dari Tahun 5 diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Sampel terdiri daripada dua kelas dan dua sekolah yang berbeza, iaitu satu kelas dari Sekolah Kebangsaan Sungai Kob, Karangan, Kulim dan satu kelas dari Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya, Lunas, Kulim yang mempunyai taraf pencapaian yang hampir sama. Murid-murid ini dibahagikan kepada dua Kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A menggunakan kaedah tradisional di dalam pengajaran dan pembelajaran manakala Kumpulan B menggunakan kaedah jadual sifir dalam pengajaran dan pembelajaran. Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk melihat perbezaan peningkatan antara dua kumpulan ini. Kajian ini mendapati peningkatan min markah kaedah tradisional ialah 19.59 %, manakala kaedah jadual sifir pula ialah 42.96%. Secara keseluruhannya kaedah jadual sifir ini amat berkesan berbanding kaedah tradisional.
Downloads
References
Abdul Latif Samian (1992). Sejarah Matematik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ary, D. Jacob, LC Dan Razavieh, A. (1990) Introduction To Research In Education. Forth Worth, Harcourt Brace Collage Publisher.
Chua, Yan Piaw (2006a) Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Creswell, J.W. (2008).Research design:Qualitative, quantitative and mixed method approaches. Thousand Qaks CA: Sage.
Ee, Ah Meng. (1997). Pendidikan di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah. Shah Alam: Fajar Bakti.
Gagne, R.M (1970). The Condition of Learning (2 nd Edition). New York: Holt, Rinehart And Winston.
Ismail, H., & Hamzu, N., N. (2020). Pengintegrasian KBAT dalam Pengajaran Matematik semasa Praktikum dalam Kalangan Bakal Guru Sekolah Rendah: Integration of HOTS in Mathematics Teaching during Practices in Primary Schools. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 19 (1)
Kassim, N., & Zakaria, E. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. In Prosiding Seminar Education Graduate Regional Conference (pp. 60-67). Medan: Unimed Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Laporan Jawatankuasa Matematik dan Sains Kebangsaan. Kuala Lumpur.
Lim, B. T. (2000). Penyelidikan mengenai jenis kesilapan dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat bagi pelajar tingkatan dua. (Unpublished bachelor thesis), Universiti Teknologi Malaysia.
Mok Song Sang, (1986). Pengajaran dan pembelajaran matematik untuk peringkat sekolah rendah. Longman, Petaling Jaya, Selangor.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan, Edisi Pertama. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Zaki Ishak & Narawi Abu Bakar (2019). “Keberkesanan Model Responseto-Intervention (RTI) dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat Pelajar Sekolah Rendah’, Borneo International Journal of Education, Vol. 1 (December, 2019), 57-74.
Mook Soon Sang (1985) Pengajaran Matematik KBSR. Jurnal Iktisas. 2. 59-61. Mook Soon Sang dan Siew F.C. (1986) Siri Maktab Perguruan - Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Heinemann(M) Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rashidi Azizan dan Adbul Razak Habib. (1998) Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strategi. Masa Enterprise. Kajang. Selangor.
Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sosial. Edisi Pertama Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia.
Seliaman, N., & Dollah, M. U. (2018) Pengajaran matematik sekolah rendah menggunakan pendekatan kontekstual: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 8(), 74-81
Sulaiman Ngah Razali (1996). Analisis Data Dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha & Abdul Razak Habib. (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malausia 34(1): 131 – 153.
Yoong, Y. O., & Nasri, N. M. (2021). Analisis Kesilapan Newman Dalam Penyelesaian Matematik Berayat. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 373-380.
Zainudin Abu Bakar & Mohd Rashidi Bin Mat Jalil (2010). Keberkesanan Kaedah petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing, Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Zarinah Arshat & Rozumah, (2011). Perkaitan antara faktor status sosioekonomi dan kualiti tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko, Jurnal Kemanusiaan, 17, Universiti Teknologi Malaysia, 57-65.
ARTIKEL DARIPADA MALAYSIA KINI
Semakin ramai pelajar gagal Matematik, persoalan timbul mengenai masa depan Malaysia dalam teknologi. (2024, June 20). MalaysiaNow. https://www.malaysianow.com/my/news/2024/06/20/semakin-ramai-pelajar-gagal-matematik-persoalan-timbul-mengenai-masa-depan-malaysia-dalam-teknologi
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Johaari bin Hassan, Mahizer bin Hamzah, Mohd Nazir bin Md Zabit

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


