PSIKOANALISIS DALAM HUJAN PAGI
PSYCHOANALYSIS IN HUJAN PAGI
Keywords:
psikoanalisis, hujan pagi, halusinasi, protagonis, watakAbstract
Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Ia adalah satu teori personaliti dan juga satu kaedah terapi. Menurut Terry Eagleton (1988:175), psikoanalisis bukanlah hanya suatu teori tentang akal manusia, tetapi juga suatu amalan mereka dianggap sakit atau terganggu akal fikirannya. Dalam psikoanalisis, bahan-bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul, mimpi, fantasi atau khayalan seseorang individu. Makalah ini memilih novel Hujan Pagi kerana watak Lokman dapat dikatakan mengalami gangguan kejiwaan. Dia hidup dalam dunia halusinasi. Malah, Lokman dalam dunianya ini sudah tidak dapat membezakan antara realiti dan non-realiti. Oleh yang demikian, pendekatan psikoanalisis dapat menyumbang kepada penerokaan perkembangan protagonis. Apabila mengkaji Hujan Pagi, didapati bahawa sememangnya Lokman menghadapi tekanan jiwa. Hal ini berlaku kerana mengikut fahaman psikoanalisis, sekiranya tidak berlaku perimbangan di antara id, ego dan superego, akan menyebabkan seseorang itu mengalami kecelaruan mental. Maka terdapat beberapa cara untuk memuaskan dorongan kepuasan dalam novel Hujan Pagi contohnya adalah seperti mimpi, pemikiran yang berhajat, fantasi dan halusinasi.
Psychoanalysis is a psychological system pioneered by Sigmund Freud. It is a theory of personality and also a method of therapy. According to Terry Eagleton (1988: 175), psychoanalysis is not just a theory of human reason, but also their practice is considered to be ill or disturbed. In psychoanalysis, these subconscious substances include the words of the individual, the dream, the fantasy or the imagination of an individual. This paper picks the Hujan Pagi novel because Lokman's character can be said to have psychiatric disorders. He lives in a world of hallucinations. In fact, Lokman in his world can not distinguish between reality and non-reality. As such, the psychoanalytic approach can contribute to the exploration of the protagonist's development. When studying the Hujan Pagi, it was found that Lokman faced mental stress. This is true because according to psychoanalysis, the absence of a balance between id, ego and superego will cause a person to experience mental disorders. So there are several ways to satisfy the impulse of satisfaction in the Hujan Pagi novel for example dreams, desires, fantasy and hallucinations.