Unsur Tipainduk dan Mitos dalam Teks Pilihan

Authors

  • Norazimah Zakaria Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Mitos, Tipainduk, Kesusasteraan Melayu, Tradisional, Kepercayaan

Abstract

Tipainduk dan mitos merupakan unsur sastera yang amat dominan dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Kedua-unsur unsur ini penting bagi pengarang kesusasteraan Melayu tradisional dalam penghasilan karya. Kehebatan, keanehan, kesaktian dan keajaiban menjadi inti utama bagi pengarang sebagai strategi memancing perhatian khalayak terhadap karyanya. Sebagai senjatanya, pengarang menggunakan unsur mitos untuk menggambarkan kehebatan watak-watak yang terlibat dalam karyanya. Masyarakat pada ketika ini menganggap sesuatu yang ajaibt ghaib, aneh sebagai sesuatu yang suci dan kudus. Oleh itu pengarang memaksimumkan kepercayaan masyarakat terhadap unsur ini untuk mendapatkan perhatian khayalak akan kewujudan karyanya. Bagi mendapatkan keberkesanan penyampaian mitos ini, pengarang menjadikan tipainduk yang hebat sebagai model untuk mengarang. Tipainduk yang diambil adalah tipainduk yang hebat dalam sesebuah tradisi, Tujuan pengarang menggunakan tipainduk adalah untuk mengangkat martabat dan mengagungkan bangsanya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ali Ahmad, 1987. Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dzulkifli bin Mohd Salleh, 1968. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Haron Daud, 1989. Sejarah Melayu: Satu Kajian daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala Lumpur.' Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang (peny), 1984. Seuntai Mutiara Klasik. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn,Bhd.

Hashim Awang, 1985. Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Khalid Hussain (peny), 1967. Hikayat Iskandar Zulkarnain. Kuala Lumpur.' Dewan Bahasa dan Pusataka.

MohdTaib Osman dan Abu Hassan Sham, 1983. Warisan Prosa Klasik, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim, 1986. "Bausani dan Struktur Tipalogikal Sebuah Hikayat: Satu Penilaian Kembali". Dewan 5astera; April, hlm 39-44.

Noriah Taslim, 1993. Teorj dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sanusi Samid, 1986. "Sejarah Melayu sebagai Satu Sumber Sejarah" dalam Zahrah Ibrahim (peny), Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sheilabear, W.G, 1975, Sejarah Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Siti Hawa Salleh, 1994."Hikayat Merong Mahawangsa: Antara Mitos dan Realiti" dalam Mohd Affandi Hassan (peny), Kesusasteraan Melayu Mitos dan Realiti: Esei/Kritikan Hadiah Sastera Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Winstedt, R.O, 1969, A History of Classical Malay Literature. London: Oxford University Press.

Downloads

Published

2012-12-13

How to Cite

Zakaria, N. (2012). Unsur Tipainduk dan Mitos dalam Teks Pilihan. Jurnal Peradaban Melayu, 7, 145–155. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3199