Integrasi Sosial dalam Novel Biru Warna

Authors

  • Siti Nurul Fatihah Mohd Saidi Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Roslina Abu Bakar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Arba'ie Sujud Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Integrasi, Sosial, Keterbukaan, Penolakan, Ideologi

Abstract

Artikel ini merupakan kajian mengenai isu integrasi sosial dalam novel Biru Warna. Integrasi merupakan satu proses penyatuan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam sesebuah negara. la juga merujuk kepada proses mewujudkan identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan. Integrasi sangat penting untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih harmoni sekali gus dapat mengekalkan perpaduan antara kaum ke arah kemajuan negara. Peristiwa berdarah yang melibatkan isu perkauman pada 13 Mei 1969 perlu dijadikan iktibar. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Sehubungan itu, konflik perkauman perlu dijauhi agar matlamat negara ke arah Wawasan 2020 terlaksana. Semangat perpaduan dan integrasi antara masyarakat amat penting diamalkan dalam sesebuah negara membangun. Justeru, kajian ini akan merungkai persoalan integrasi sosial menerusi novel Biru Warna. Kajian ini berfokus kepada Skop integrasi sosial yang berkaitan dengan isu keterbukaan iaitu budaya serta pendidikan, isu penolakan iaitu perkahwinan campur dan penyimpangan sosial dan isu ideologi yang dibawakan menerusi novel Biru Warna. Novel Biru Warna dihasilkan pada dekad 60-an dan menggambarkan situasi masyarakat dan negara ke arah pengisian kemerdekaan. Sehubungan itu, kajian ini untuk memperlihatkan kepentingan semangat integrasi dalam masyarakat yang berbilang kaum sebagai landasan kepada masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A.M Thani, 1990. Integrasi Sosial dalam Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmiaty Amat, 2000. Hubungan Kaum dalam Novel Melayu Pasca Merdeka 1957-1969. Sabahi Pusat Penataraan Ilmu dan Bahasa: Universiti Malaysia Sabah.

Awang Had Salleh, 1964. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha Penerbitan Menara.

Chew Fong Peng, 2009. Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi Komsas Tingkatan 4: Pelaksanaan dan Kesannya. Dim. Jurnal Pendidikan 34(2) Him. 15-31.

Chew Fong Peng, 2008. "Persepsi Khalayak Terhadap Isu-lsu Pendidikan Sastera Perpaduan", Dlm. Jurnal sari 26. (2000) Hlm. 3-25.

Mardiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia Selangor. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Ridhwan Tee Abdullah, 2010. Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Dlm. Jurnal Hadhari. Bil. 3 1-11m. 61-84.

Mohd Salleh Lebar, 1998. Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Thinkers Library.

Noriati A. Rashid (et sl.), 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford.

Shellabear, W.G., 1997. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/l Malaysia_B.pdf Di akses pada 12 Mei 2013 www.slideshare.net/aziyanah/penggabungjalinan-kesepaduan-dalam mp-pj di akses pada 2 Jun

Downloads

Published

2013-11-27

How to Cite

Mohd Saidi, S. N. F., Abu Bakar, R., & Sujud, A. (2013). Integrasi Sosial dalam Novel Biru Warna. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 89–110. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3232