Warna Hitam dalam Sajak Usman Awang dan Mila Karlo: Satu Analisis Semiotik Charles Sander Peirce

Authors

  • Abdul Halim Ali Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Ahmad Zainuri Loap Ahmad Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Salji hitam, maksud tanda, black butterflies, tafsir bahasa, hitam

Abstract

Penggunaan tanda (si") dalam karya kesusasteraan bukan perkara bahanı. Tanda dipilih secara şedar oleh seseorang pengarang atau penyair bagi tujuan menyampaikan maksudmaksud tertentu pada sesuatu yang ditandakan. Pemilihan tanda untuk menyampaikan sesuatu makna sama ada dalam karya kesusasteraan mahupun dalam komunikasi seharian menjadikan aspek tanda sebagai saftı keperluan yang amat penting untuk memahami sesuatu makna. Menurut golongan Strukturalis, elemen-elemen bahasa yang wujud seperti tidak memiliki makna dalam dirinya sendiri. Fonem-fonem baham akan mendapatkan maknanya apabila dikombinasikan bersama dalam suatu rangkaian (Kris Budiman, 2004: 13). Sehubungan itu, makna terdukung apabila bahasa terkait secara sinla•onik dengan struktur lain di dalamnya atau di luamya. Umpamanya, perkataan yang dieja MERAH tidak menampung apa-apa makna melainkan dirangkaikan dengan struktur lain di dalam sistemnya atau dengan aspek sosial di luar sistem bahasa itu.

Lazimnya, tanda yang digunakan dalam karya kesusasteraan pelbagai sifatnya. Ada tanda yang dirujuk kepada benda, konsep dan juga wama. Tanda juga hadir dalam persepsi atau psikologi manusia sebagai saftı makna yang tertentu, sejajar dengan konvensi masyarakat di sekeliling mereka. Namun, sebagaimana penjelasan ahli Semiotik bahawa bahasa memilik sistem tandanya yang tersendiri dan dapat memberikan wawasan yang segar kepada kita (Wong Soak Koon, 1990: 16). Semiotik, membuka mang kepada pengarang khususnya penyair memikirkan kelainan yang dapat mengajak minda manusia berfungsi lebih kritis mentafsir dan menginterpretasi makna dalam karya kesusasteraan.

Riffaterre mencadangkan tiga cara bagaimana perkara ini boleh dilakukan, iaitu displacing, distorting dan creating. Semiotik membawa şuara menentang mimesis dan realiti dengan kepercayaan bahawa fenomena kebudayaan adalah juga fenomena tanda yang mempunyai makna. Setiap fenomena kebudayaan dapat didekati setidaktidaknya dari dua sisi, entah sebagai sistem tanda-tanda ataupun sebagai praktik-praktik penandaan (Krsi Budiman, 2004: 21). Oleh şebab itu, apa sahaja yang dilihat dan difikirkan tidak wajar pada pandangan realis, menjadi wajar pula pada semiotis. Atas kapasiti itu, penyair semiotis memungkinkan apa sahaja makna daripada fenomena yang ditafsirkan itu

Downloads

Download data is not yet available.

References

Arbak Othman, (2003). Semiotik Dalam Penelitian Puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Charles E., Bressler, (2000). Literary Criticism. New Jersey: Prentice Hall.

Kris Budiman, (2004). Jejaring Tanda-Tanda: Strukturalisme dan Semiotik Dalam Kritik Kebudayaan. Magelang: Penerbit Indonesia Tera.

Newton, K.M., (1997). IWentieth-Century Literary' Theory. London: Macmillan Press Limited.

Mana Sikana, (1998). Teori dan Kritikan Sastera Pascamoden. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tg. Intan Marlina Tg. Mohd Ali & Mohd Shahidan, (2009). Semiotik Peirce: Penanda dan Pemaknaan. Kuala Lumpur: Quest Ahead Sdn. Bhd.

Usman Awang, (1994). Puisi-puisi Pilihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wong Soak Koon, (1990). 'Semiotik dan Puisi' dlm. Supardy Muradi (pyg). Kesusasteraan Daripada PerspektifSemiotik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://nzpoetsonline.homestead.com/.indexl 7 .hfinl. (Cited on 28 July 2008) http://www.fleurdelis.com/meaning (Cited on 28 July 008) http://www.yourdictionary.com (Cited on 28 July 2008)

Downloads

Published

2010-11-30

How to Cite

Ali, A. H., & Loap Ahmad, A. Z. (2010). Warna Hitam dalam Sajak Usman Awang dan Mila Karlo: Satu Analisis Semiotik Charles Sander Peirce. Jurnal Peradaban Melayu, 6, 25–33. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3389