Elemen Sosial Budaya menerusi karya Lukisan Batik oleh Yusoff Abdullah

Authors

  • Harozila Ramli Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol19.1.6.2024

Keywords:

Catan batik, sosial budaya, gaya

Abstract

Karya seni Catan Batik oleh Yusoff Abdullah menampilkan elemen sosial budaya yang mencerminkan kehidupan masyarakat. Dengan pelbagai corak, teknik, dan warna yang digunakan dalam lukisannya, pelukis berjaya menyentuh keragaman aktiviti budaya masyarakat, termasuklah tradisi hiburan dan seni yang diwarisi secara turun-temurun. Walaupun hasil lukisannya kelihatan sederhana, namun ia berhasil menonjolkan sifat-sifat unik usia dan personaliti setiap individu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan historikal dimana penyelidik menjalankan kerja lapangan dalam keadaan sebenar, mengumpul data melalui temubual, katalog pameran, karya seni batik yang dianalisis, nota lapangan, dan rekod rasmi lain. Proses penyelidikan diberi tumpuan melalui pengumpulan data yang berterusan. Analisis data dilakukan secara induktif, dengan matlamat mencari maklumat tanpa menguji hipotesis sebelum memulakan kajian. Keistimewaan karya ini terletak pada gabungan teknik batik menggunakan canting dan teknik cetakan skrin. Pemilihan bahan pewarna kimia yang kontras dan penerapan teknik retakan lilin turut menyerlahkan suasana dan dimensi dalam setiap karyanya. Dengan menggunakan elemen sosial budaya, Yusoff Abdullah berjaya menghasilkan karya seni Catan Batik yang unik, membezakannya dari pelukis lain, dan menekankan kepentingan untuk terus memelihara serta menghargai warisan budaya masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah b. Mohamaed. (1990) Batik kita: Falsafah Motif-Motif dan Sejarahnya dlm Warisan Ke-lantan IX: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Chuah Thean Teng. Dalam Malaysian Among Commonwealth ‘Artists of Fame’ oleh Oh Cheng Gaik 1959.

Eloise Piper (2001). Batik For Artists and Quilters.Great Britain: Hand Books Press

Sarah Arney. (1987) Malaysia Batik-Creating New Traditions. Kraftangan Malaysia: Kuala Lumpur

Syed Ahmad Jamal (1992) Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Chee Khuan (1994) Perintis-Perintis Seni Lukis Malaysia (edisiPelajar) : Penyataan Pelukis Hoessein Enas. Pulau Pinang: The Art Gallery

Temu Bual, Hj. Yusoff Abdullah (pelukis dan penguasa batik), pada 22/4/06, jam 11.00 pagi. Di alamat 3613-D Jalan Sultan Ibrahim, Kubur Kuda 15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Zakaria Ali. (2005). Brosure Pameran Batik Painting & Painting Batik. Kuala Lumpur: Galeri Petronas.

Zeckry, M.S. (2020, March 30). Apa itu Budaya. Wacana Zeckry. https://zeckry.net/2020/03/30/apa-itu-budaya/

Downloads

Published

2024-04-30

How to Cite

Ramli, H. (2024). Elemen Sosial Budaya menerusi karya Lukisan Batik oleh Yusoff Abdullah. Jurnal Peradaban Melayu, 19(1), 62–68. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol19.1.6.2024

Most read articles by the same author(s)