Blok Batik: Identiti dan Kreativiti Adiguru Ghani
DOI:
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol19.1.5.2024Keywords:
blok batik, identiti, kreativiti, Adiguru GhaniAbstract
Blok Batik merupakan satu artifak seni yang digunakan untuk mengecop pada permukaan fabrik khususnya dalam dunia membatik. Keunikan seni blok batik dapat dilihat dari segi penggunaan material, iaitu bermula dari ubi kentang kepada kayu sehingga ditransformasikan kepada tembaga. Keunikan kesenian blok batik ini dapat dilihat menerusi satu kajian melalui blok batik Adiguru Ghani. Kepakaran Adiguru Ghani ini memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk memperlihat kepakaran lokal dalam mempengaruhi kreativiti dan identiti masyarakat Melayu dalam seni blok batik di Malaysia. Melalui perkembangan transformasi blok batik, reka corak, reka bentuk, bahan, saiz dan fungsi yang berlaku dapat diterjemahkan melalui karya blok batik Adiguru Ghani. Penyelidikan secara kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Pengkaji telah memilih daerah Pasir Mas, Kelantan sebagai pusat kajian. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu pemerhatian artifak, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan pengaruh persekitaran, permintaan serta perkembangan teknologi yang menyebabkan inovasi kreativiti pada blok batik ciptaan Adiguru Ghani. Kesimpulan daripada kajian ini berjaya merungkai kreativiti blok batik dan memberi pendedahan serta impak pada potensi blok batik. Implikasi dari kajian ini berjaya memartabatkan dan melestarikan warisan kraf negara agar boleh dihayati oleh generasi akan datang.
Downloads
References
Arney, S. (1987). Malaysian Batik Creating New Traditions. Kuala Lumpur: Kraftangan Malaysia
Mahadi @ Ibrahim Deraman. (2016). Khazanah Batik Blok. Akhbar Metro
Masterwan Batik. (2010). Motif Dan Sejarah Batik Di Malaysia (Sejarah Batik). Retrieved from http://ruangseni.blogspot.my/2012/02/sejarah-batik-malaysia.html
Noelelawaty Haron et. all. (2014). Evolusi Penggunaan Blok dan Teknik Pembuatan Batik di Malaysia: Satu Pengenalan, Isu-Isu Sain dan Teknologi Di Alam Melayu. Institut Alam Dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.
Noraiani A. Shariff. (2010). Seni Kraf Pilihan Terangganu. Kuala Terengganu: Yayasan Diraja Sultan Mizan.
Rose Slivka. (1968). The Crafts Of The Modern Worl. New York: Horizon Press.
Siti Zainon Ismail. (1986). Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa & Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
VisitSelangor.com. (2021, May 26). Map of kelantan state. Visit Selangor. Retrieved January 23, 2023, from https://www.visitselangor.com/information/malaysia-maps/map-of-kelantan-state/
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Harozila Ramli, Mohd Sazali Mohd Yusop
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.