PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGEMBANGAN KURIKULUM: KESANNYA KE ATAS PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

Authors

  • Ikhsan Othman
  • Norila Md Salleh

Keywords:

Pengembangan kurikulum, pendekatan konstruktivisme, kemahiran proses sains

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pendekatan konstruktivisme dalam pengembangan kurikulum ke atas penguasaan kemahiran proses sains murid-murid sekolah rendah. Kajian selama sepuluh minggu bermula dengan praujian pada minggu pertama diikuti pengajaran mengguna pendekatan konstruktivisme selama lapan minggu; dan pascaujian pada minggu ke sepuluh. Kajian melibatkan pengembangan kurikulum Sains Tahun 5 sekolah rendah. Data dianalisis menggunakan ANCOVA dengan skor praujian sebagai kovariat. Kajian mendapati penguasaan kemahiran proses sains murid-murid yang diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme adalah lebih baik berbanding murid murid-murid yang diajar menggunakan pendekatan sedia ada yang biasa digunakan oleh guru-guru. Perbezaan adalah signifikan pada p<.05. Pengembangan kurikulum Sains Tahun 5 sekolah rendah menggunakan pendekatan konstruktivisme lebih memberi manfaat kepada murid berbanding pendekatan sedia ada yang biasa digunakan oleh guru-guru. Dapatan kajian ini selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mencadangkan agar guru-guru menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengembangan kurikulum. Walau bagaimanapun kajian lanjutan yang lebih terperinci dan menyeluruh perlu dilakukan bagi mendapatkan dapatan yang lebih jelas lagi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-04-27

How to Cite

Othman, I., & Md Salleh, N. (2019). PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGEMBANGAN KURIKULUM: KESANNYA KE ATAS PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(1), 60–71. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2110