Kearifan Lokal Masyarakat Lun Bawang Menerusi Kraf Manik Seramik

Local wisdom of Lun Bawang Community Through Ceramic Beads Craft

  • Tajul Shuhaizam Said
  • Harozila Ramli
  • Khairul Rifqy Jailani
  • Nurliyana Ibrahim
Keywords: kearifan lokal, Lun Bawang, manik, adaptasi

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada kearifan lokal Masyarakat Lun Bawang menerusi penghasilan kraf manik seramik. Kaum Lun Bawang terkenal dengan penghasilan perhiasan manik yang menjadi warisan kraftangan masyarakatnya sejak turun-termurun. Pengetahuan tentang reka cipta barangan daripada sumber alam semulajadi merupakan satu manisfesto kearifan lokal yang telah wujud dalam budaya masyarakat Lun Bawang. Kaedah kualitatif menerusi
pemerhatian di lapangan selama 12 bulan telah membuktikan bahawa masyarakat Lun Bawang sangat bijak mengadaptasikan sumber alam semulajadi sebagai idea bagi penghasilan kraf manik seramik. Nilai keindahan apreasasi masyarakat Lun Bawang terhadap ciptaan objek seni dalam budaya mereka adalah satu refeleksi terhadap ketelitian observasi tentang fungsi dan sifat bahan alam sebagai bahan utama bagi penghasilan objek seni. Sumber alam semulajadi juga telah diadaptasikan sebagai motif dalam ragam hias kraf manik seramik kaum Lun Bawang yang dikaitkan dengan kepercayaan dan falsafah budaya masyarakat setempat.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-05-01
How to Cite
Said, T. S., Ramli, H., Jailani, K. R., & Ibrahim, N. (2019). Kearifan Lokal Masyarakat Lun Bawang Menerusi Kraf Manik Seramik. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 5. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2265

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>