Artifak Prasejarah Simbiosis pada Estetika Tembikar Tradisi
The Aesthetic Symbiosis of Pre-historic Artifects on Tradisional Earthenware
Keywords:
tembikar prasejarah, tembikar tradis, estetik, simbiosisAbstract
Terdapat percanggahan pendapat berkaitan tembikar prasejarah dengan tembikar tradisi. Namun, kajian terdahulu menunjukkan bahawa tembikar tradisi prasejarah sebenarnya dapat menghuraikan serta memberi gambaran dan rujukan tentang simbiosis yang begitu ketara antara tembikar prasejarah dengan tembikar tradisi di Malaysia. Penghasilan tembikar prasejarah bukan sahaja berfungsi sebagai alat fungsional, tetapi lahir bersama dengan mesej yang tergambar dalam bentuk motif, simbol dan ragam hias pada permukaan tembikar prasejarah. Mengungkap seni pembuatan tembikar prasejarah ini, pasti wujud nilai estetik yang menyaluti dan menghiasi penghasilannya yang menjelmakan satu falsafah dalam pemikiran masyarakat pada ketika itu dan merupakan titik mulanya wujud jaringan hubungan kepada tembikar tradisi diMalaysia.
Kata kunci: tembikar prasejarah, tembikar tradisi, estetik, simbiosis.