Motif Ragam Hias Kalong, Sarawak
The Motifs of Kalong in Sarawak
Keywords:
motif,, ragam hias, kalong, masyarakat KenyahAbstract
Kajian berkaitan ragam hias Kalong pada rumah persemadian suku kaum Kenyah Uma Kulit, Sarawak ini akan memberi fokus terhadap penggunaan Kalong yang dihasilkan oleh suku kaum Kenyah Uma Kulit di samping meneroka tentang makna dan falsafah yang terkandung di sebalik penggunaannya dari perspektif kepercayaan tradisi. Secara umumnya, kesenian dalam masyarakat Kenyah tradisional banyak menjurus kepada kepercayaan mistik dan alam ghaib dan mempunyai interaksi yang baik sesama manusia dan alam. Kajian kualitatif ini berdasarkan data-data yang dikumpul dalam bentuk perkataan, sumber majalah, keratan-keratan akhbar dan jurnal-jurnal hasil penulisan pengkaji-pengkaji barat dan tempatan serta lain-lain rekod rasmi. Disamping itu juga, kaedah temu bual dengan responden-responden yang dipilih secara rawak yang terdiri daripada empat orang daripada kalangan suku kaum Kenyah Uma Kulit itu sendiri juga menyokong kajian ini. Penemuan dan interpretasi yang dibuat akan dapat menjelaskan mengenai makna penggunaan motif-motif Kalong yang diaplikasikan pada rumah-rumah persemadian ini dengan lebih tepat lagi. Kajian ini juga dapat mengenal pasti beberapa penggiat yang terlibat dalam menghasilkan karya Kalong serta menjelaskan tentang makna dan falsafah serta mengenal pasti motif Kalong yang menjadi identiti kaum Kenyah.