Seni Ragam Hias Ukiran Warisan Peradaban Merong Mahawangsa

The Art of Heritage Carving Decorating of The Merong Mahawangsa Civilization

Authors

  • Nurul Izzah Mohd Johari Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Tajul Shuhaizam Said Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Harozila Ramli Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol8.1.1.2020

Keywords:

Merong Mahawangsa, Seni Reka Ragam Hias Tradisional Melayu, Sosiobudaya, Ikon

Abstract

Kajian ini bertujuan mengutarakan beberapa objek seni yang dipercayai wujud sejak zaman kerajaan Langkasuka. Kajian ini turut mengetengahkan hasil kesenian ukiran Melayu tradisi dan kontemporari yang dipengaruhi daripada kesenian zaman Merong Mahawangsa. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah penelitian artifak dan hasil seni, penilaian teks serta sesi temubual diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Hasil kajian akan membuktikan bahawa ragam hias ukiran tradisional Melayu bercirikan flora dan fauna dipengaruhi dari motif-motif yang berhubungkait dengan Merong Mahawangsa, seperti motif Naga, bunga Lotus dan Rajawali. Penelitian juga memperlihatkan kesinambungan pengaruh seni reka motif yang dipercayai wujud pada zaman Merong Mahawangsa kepada kesenian ragam hias motif ukiran tradisional Melayu dan kontemporari. Secara tidak langsung mengetengahkan pengetahuan tentang motif-motif tersebut berhubungkait dengan faktor sosiobudaya ketika zaman pemerintahan kerajaan tersebut. Bukti kesenian tersebut banyak diperlihatkan pada ukiran kayu tradisional Melayu, terutama sekali pada senibina rumah tradisi, Masjid dan Istana. Implikasi kajian ini bakal memberi suatu pengetahuan baharu kepada khususnya penggiat seni dan sejarah dan masyarakat umum tentang susurgalur ikon senireka motif ragam hias tradisional Melayu adalah warisan dari peradaban Merong Mahawangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah Zakaria Ghazali & Mardiana Nordin. (2012). Kedah Warisan dan Sejarah. Selangor: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Razak Mahmud. (2002). Iktisar Sejarah Kelantan. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Kota Bharu, Kelantan.

Dato’James F.Augustine. (1998). Bab 2 Raja-Raja Mahawangsa dalam Kedah Zaman Silam. Kedah: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman.

Hendra Gunawan. (2013). Masjid Telok Manok, Tertua di Thailand.

http://bujangmasjid.blogspot.my/2013/06/masjid-telok-manok-tertua-di-thailand.html diperolehi pada 29 April 2017.

Ismail Said. Art of Woodcarving in Timber Mosques of Peninsular Malaysia and Southern Thailand dalam Paper Presented In Symposiums And Conferences And Published In Journal 1990 – 2001. http://www.geocities.ws/isaid04652/Fulltext007.html diperolehi pada 30 April 2017.

Kerajaan-Kerajaan Melayu (Galeri B): Makara. Diperolehi pada 16 November 2016. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Negara Malaysia.

Khazanah Yang Belum Diterokai: Natif Ke Kreatif dalam pameran Penerokaan Kraf Malaysia dari 7 Februari 2017 hingga 6 Mac 2017. Diperolehi pada 21 April 2017. Kuala Lumpur: Muzium Kraf.

Mohd Zamberi A.Malek. (2011). Pusat Pemerintahan Langkasuka dalam Langkasuka Negara Melayu Pertama. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources.

Mohd. Zamberi A.Malek. (2011). Pengaruh Sosio-Politik Luar dalam Langkasuka Negara Melayu Pertama. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources.

Nai Long Mazlan Nai Long Abdul Majid (anaianai). Empayar Islam Benua Siam Kedah. http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ diperolehi pada 5 April 2017.

Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidon. (2002). Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Rosnawati Othman. (2013). Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu. Dalam

http://hikmahmelayu.blogspot.my/2013/03/kertas-kerja-hikmah-iv-motif langkasuka.html. Diperolehi pada 30 April 2017.

Siti Hawa Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya.

Encik Saadi Bin Haji Salleh. Waris Haji Abdul Rahman. Kajian lapangan pada 17 Mac 2017.

Downloads

Published

2019-12-19

How to Cite

Mohd Johari, N. I., Said, T. S., & Ramli, H. (2019). Seni Ragam Hias Ukiran Warisan Peradaban Merong Mahawangsa: The Art of Heritage Carving Decorating of The Merong Mahawangsa Civilization. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 8(1), 1–10. https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol8.1.1.2020

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 > >>