Landskap ‘Sensational Infinity’ di Bandar Baru Darul Aman

‘Sensational Infinity’ Landscape at the New Town of Darul Aman

Authors

  • Atila Khazali
  • Intan Khasumarlina Mohd Khalid
  • Harozila Ramli
  • Zainuddin Abindinhazir

Keywords:

taman penyembuhan,, konsep tradisional Melayu, sensational infinity

Abstract

Kualiti persekitaran yang baik amat penting dalam menjamin kesihatan dan kedamaian hidup manusia khususnya masyarakat yang tingal di Bandar Baru Darulaman, Jitra, Kedah. Dalam konteks ini, keadaan persekitaran taman rekreasi yang terletak di pertengahan kawasan perumahan awam bukan sekadar mempengaruhi kualiti persekitaran kawasan tersebut dalam aspek kesihatan, ekonomi dan aktiviti sosial bahkan berperanan sebagai penanda kawasan sesebuah negeri dan negara. Rentetan itu, satu cadangan reka bentuk landskap bertemakan Taman Penyembuhan di Bandar BaruDarulaman Jitra, Kedah diusulkan sebagai satu kawasan rekreasi yang menyediakan ruang-ruang yang lebih selesa untuk aktiviti santai dan alternatif mengurangkan tekanan kepada masyarakat. Satu siri proses mereka bentuk dibuat secara sistematik bagi membangunkan sebuah Taman Penyembuhan yang berjaya. Dokumen yang lengkap disediakan sebelum melaksanakan kerja-kerja pembinaan taman. Dalam konteks ini, taman penyembuhan direka dengan kombinasi unsur landskap kejur
dan landskap lembut yang mempunyai nilai dan sifat penyembuhan serta mampu meransang deria bau, pandangan, sentuhan, rasa dan pendengaran manusia secara maksimum dan infiniti. Gabungan rasa ketenangan unsur air dan ciri tumbuhan dengan variasi serta sensasi bau seperti herba merupakan kriteria penting bagi sesebuah taman penyembuhan. Reka bentuk taman penyembuhan diilhamkan berdasarkan nilai serta konsepsi tradisional Melayu sebagai usaha mempromosikan identiti Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Khazali, A., Mohd Khalid, I. K., Ramli, H., & Abindinhazir, Z. (2019). Landskap ‘Sensational Infinity’ di Bandar Baru Darul Aman: ‘Sensational Infinity’ Landscape at the New Town of Darul Aman. KUPAS SENI, 3. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2248

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>