Pengaruh Warisan Budaya Lokal dalam Karya Seni Visual Kontemporari Seniman Generasi Muda di Malaysia

Authors

  • Issarezal Ismail Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar, Perak, MALAYSIA
  • Muhamad Rozali Othman Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar, Perak, MALAYSIA
  • Nur Muhammad Amin Hashim Amir Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar, Perak, MALAYSIA
  • Hamidi Abdul Hadi Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar, Perak, MALAYSIA
  • Zahirah Harun Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar, Perak, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol11.3.10.2023

Keywords:

warisan, budaya, seni visual, kontemporari, generasi muda

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendekati, memahami dan menjelaskan pengaruh warisan budaya local dalam karya seni visual kontemporari di Malaysia yang telah diciptakan oleh para seniman generasi muda. Kajian ini mencakupi penggunaan simbol-simbol yang memiliki kaitan dengan warisan budaya lokal dan juga makna-makna yanbg merujuk pada fenomena, situasi atau isu sezaman. Berdasarkan hal tersebut, pengkaji menumpukan pada jenis-jenis simbol warisan budaya lokal yang diterapkan di dalam karya dan fungsinya untuk menggambarkan tema-tema sezaman. Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian, sejumlah lima karya dari lima orang seniman generasi muda telah dipilih berdasarkan potensi, sumbangan atau penghargaan yang telah mereka perolehi di dalam bidang seni visual serta kesesuaian karya-karya seni visual tersebut dengan konteks kajian ini. Pendekatan kajian seni yang duduk di bawah pendekatan kajian kualitatif yang menekankan pada sistem penjelasan yang bersifat deskriptif, holistik dan mendalam telah dihubungkan melalui cara pandang analisis simbol yang bertindak sebagai pedoman bagi analisis dijalankan yang bersumber dari pelbagai kumpulan data seperti karya seni, dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa adanya keragaman dari aspek jenis-jenis simbol warisan budaya lokal yang diinspirasikan dari kepelbagaian sumber budaya lokal di negara ini seperti kesenian tradisi, bahasa, pengetahuan dan lain-lain yang telah diwariskan dari generasi ke generasi sejak turun-temurun. SImbol-simbol warisan budaya lokal ini pula pada umumnya diolah kembali, dikembangkan, ditransformasikan oleh para seniman generasi muda untuk menyampaikan makna-makna asalnya tetapi dalam konteks kehidupan sezaman yang rata-rata ingin mengungkapkan kritikan tajam terhadap perubahan sosial-budaya yang telah atau sedang terjadi. Kajian ini sangat bermanfaat bagi pengembangan atau perluasan perbendaharaan pengetahuan seni visual generasi muda di Malaysia pada umumnya dan juga dalam melihat hubungannya seni rupa kontemporari dengan warisan budaya lokal khususnya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Blocker, G.H. (1979). Philosophy of Art. New York: Charles Schribner’s Sons.

Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative & Mixed Methods Approaches. California: SAGE Publication Inc.

Effendy, R. (2007). Dalam Apropriasi: Spektrum Praktek Apropriasi dalam Seni Rupa Kontemporer di Indonesia. Semarang: Galeri Semarang.

Hutcheon, L. (2006). A Theory of Adaptation. New York: Routledge.

Indrawati, L (2012). Membaca Lukisan Agus Suwage: The Super Omnivore. Jurnal Bahasa dan Seni, 40(2), 188-194.

Ismail, I., Merman, H., Razak, R. A. & Zakaria, M.S. (2022). Visual Tubuh Manusia dan Pesan Simboliknya dalam Karya Seni Bayu Utomo Radjikin. Gendang Alam, 12(1), 177-195.

Mohd Noh, L.M., Haron, H., & Dolah, J. (2015). Analisis Formalistik dalam Memaknai Simbol Budaya Melayu Abstrak. Teniat International Journal of Creative Futures and Heritage, 3(2), 49-72

Rizky, K.S.P., & Sabana, S. (2016). Re-interpretasi Budaya Tradisi dalam Karya Seni Kontemporer Bandung Karya Radi Arwinda. Jurnal Panggung, 26(3), 294-308.

Rohidi, T. R. (2011), Metodologi Penelitian Seni. Semarang: Cipta Prima Nusantara.

Sabana, S. (2004). Seni Rupa Kontemporer di Asia Tenggara. Dalam Katalog Pameran Bakat Muda Sezaman 2004. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

Saidi, A. I. (2008), Narasi Simbolik Seni Rupa Kontemporer Indonesia. Yogyakarta: ISAACBOOK.

Saidon, H.J. (2013). Bakat Muda Sezaman 2013. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

Turner, C. (1999). Tradition and Change: Contemporary Art of Asia and the Pacific. Queensland: University of Queensland Press.

Wayan, I. K. (2007). Seni Rupa Kontemporer: Refleksi Nilai Lokal-Global. Jurnal Warna Seni Rupa dan Multidimensi, 1(1), 33-49.

Zailuddin, M.F.N.O., Datoem, A., Ibrahim, Y., & Abdullah, M. (2022). Perubahan Sosial dan Seni Visual: Kajian Awal Terhadap Bakat Muda Sezaman. Gendang Alam. 12(2), 1-12.

Downloads

Published

2023-10-10

How to Cite

Ismail, I., Othman, M. R., Hashim Amir, N. M. A., Abdul Hadi, H., & Harun, Z. (2023). Pengaruh Warisan Budaya Lokal dalam Karya Seni Visual Kontemporari Seniman Generasi Muda di Malaysia. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 11(3), 83–90. https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol11.3.10.2023

Most read articles by the same author(s)