Profil Resilien dalam Kalangan Pelajar Jurusan Sains Sukan

Authors

  • Nur Haziyanti Mohamad Khalid

Keywords:

profil resilien, faktor risiko, faktor pelindung, hasil resilien

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti profi resilien dalam kalangan pelajar (N=280) jurusan Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Aspek resilien yang dikaji merangkumi elemen faktor risiko, faktor pelindung yang terdiri dari aspek kekuatan resilien, kecerdasan emosi, dan kecenderungan lokus kawalan, serta hasil resilien yang dilihat dari aspek status kesihatan mental dan pencapaian akademik. Alat ukur The Adult Resiliency Attitudes Scale (ARAS), BarOn Emotional Quotient Inventory: Youth Version (BarOn EQ-i:YV), Rotter’s Locus of Control Scale, Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS) dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir semester digunakan bagi mengukur profi resilien yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan faktor akademik adalah faktor risiko paling tinggi yang menyumbangkan stres dalam proses resilien responden. Dari aspek faktor pelindung pula, kekuatan responden dilihat dalam aspek moraliti (kekuatan resilien), mood umum (kecerdasan emosi) dan lokus kawalan dalaman. Pelajar Sains Sukan harus memiliki faktor pelindung yang kuat dari aspek kekuatan resilien, kecerdasan emosi dan kecenderungan ke arah lokus kawalan dalaman bagi menghadapi apa jua faktor risiko yang mendatang supaya kestabilan kesihatan mental dapat dikekalkan.


Kata Kunci profil resilien, faktor risiko, faktor pelindung, hasil resilien

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2012-05-22

How to Cite

Mohamad Khalid, N. H. (2012). Profil Resilien dalam Kalangan Pelajar Jurusan Sains Sukan. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 1(1), 54–67. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/675