Kesan Latihan Imageri Modaliti Ke Atas Prestasi Kemahiran Servis Atas Kepala Permainan Bola Tampar

Authors

  • Yusop Ahmad
  • Nur Haziyanti Mohamad Khalid
  • Trevor Glen Philip

Keywords:

imageri, imageri modaliti, pita video dan audio, kemahiran servis atas kepala bola tampar

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan latihan imageri modaliti melalui kaedah pita video dan pita audio untuk meningkatkan prestasi kemahiran servis atas kepala dalam permainan bola tampar. 45 subjek yang mengikuti kursus ikhtisas bola tampar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih mengikuti ujian ini dan mereka dibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan video, kumpulan audio dan kumpulan kawalan. Ujian Russel-Lange Volleyball telah digunakan bagi mendapatkan data servis atas kepala. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifian pada prestasi servis atas kepala sebelum dan selepas peserta didedahkan dengan kaedah imageri pita video dan pita audio. Terdapat juga perbezaan yang signifian pada prestasi servis atas kepala antara kumpulan kaedah pita video, pita audio, dan kumpulan kawalan. Hasil kajian adalah penting untuk memperkenalkan imageri video dan audio sebagai kaedah untuk meningkatkan prestasi kemahiran servis atas kepala dalam permainan bola tampar.


Kata Kunci imageri, imageri modaliti, pita video dan audio, kemahiran servis atas kepala bola tampar

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2012-05-22

How to Cite

Ahmad, Y., Mohamad Khalid, N. H., & Philip, T. G. (2012). Kesan Latihan Imageri Modaliti Ke Atas Prestasi Kemahiran Servis Atas Kepala Permainan Bola Tampar. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 1(1), 82–88. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/677