Perbandingan status kesihatan kanak-kanak global, Malaysia dan autistik di Sparisk Academy mengikut ukuran Body Mass Index (BMI)
DOI:
https://doi.org/10.37134/jsspj.vol13.sp.12.2024Keywords:
Kanak-kanak, Indeks Jisim Tubuh (BMI), autistik, terapi akuatikAbstract
Kajian ini membandingkan status kesihatan kanak-kanak normal di peringkat global, nasional (Malaysia), dan populasi kanak-kanak autistik yang menyertai program terapi akuatik di Sparisk Academy. Data dikumpul daripada tiga sumber utama: laporan global oleh WHO dan UNICEF, laporan nasional dari Kementerian Kesihatan Malaysia (NHMS 2022), dan data 209 pelajar autistik di Sparisk Academy. Kajian ini menggunakan Indeks Jisim Tubuh (BMI) sebagai penunjuk status kesihatan. Analisis menunjukkan bahawa 56.46% pelajar autistik berada dalam julat BMI normal, lebih tinggi daripada purata nasional tetapi masih di bawah tahap global. Peratusan kekurangan berat badan dalam kalangan pelajar autistik adalah 31.58%, jauh melebihi peringkat global dan nasional, manakala hanya 8.61% dan 2.87% berada dalam kategori berat badan berlebihan dan obesiti. Dapatan ini menunjukkan keperluan untuk intervensi yang disesuaikan, termasuk program pemakanan, aktiviti fizikal berstruktur, dan pengurusan tingkah laku makan. Kajian ini memberi sumbangan penting kepada usaha meningkatkan kesejahteraan kesihatan kanak-kanak autistik melalui pendekatan yang bersepadu dan mampan.
Downloads
References
Aboo Bakar, Jazredal. (2024). Laporan survey Child feeding questionnaire (CFQ) kanak-kanak autisme dalam Sparisk Academy.
Alibrandi, A. , Zirilli, A. , Loschiavo, F. , Gangemi, M. C. , Sindoni, A. , Tribulato, G. , Lo Giudice, R. , & Fama, F. (2023). Food selectivity in children with autism spectrum disorder: A statistical analysis in Southern Italy. Children, 10(9), 1553.
Heffler, K. F. , & Oestreicher, L. M. (2020). Increased screen time for infants and young children is associated with autism-like symptoms. JAMA Pediatrics.
Aboo Bakar, Jazredal. (2024). Laporan survey Food frequency questionnaire (FFQ) kanak - kanak autisme dalam Sparisk academy .
Joyin Indonesia. (2023). Perbatasan makanan dan pemberian suplemen dapat memperburuk gejala autisme pada anak.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2022). Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS). https://iku.gov.my/images/nhms-2022/4b.-infografik-nhms-mch_malay_19.05.2023.pdf
Keys, A. , Fidanza, F. , Karvonen, M. J. , Kimura, N. , & Taylor, H. L. (1972). Indices of relative weight and obesity. Journal of Chronic Diseases, 25(6), 329–343.
Malaysian Autism Research Foundation. (n.d.). Memahami masalah pemakanan di kalangan kanak-kanak dengan autisme. 2024.
Martins, Y., Robson, D. C., & Young, R. L. ,. (2008). Feeding and eating behaviors in children with autism and typically developing children. Journal of Autism and Developmental Disorder, 38(10), 1878–1887.
World Health Organization. (2023). Global database on body mass index (BMI). https://www.who.int/data/gho/data/themes/topics-details/GHO/body-mass-index
Yee, X. Y., Abd Rahim, A. A., Abdul Talib, D., Hamzaid, N. H., & Abdul Manaf, Z. (2019). A Qualitative Study on Feeding Practices Among Caregivers of Malay Children and Adolescents with Autism. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 17(02), 25–34. https://doi.org/10.17576/jskm-2019-1702-03
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jazredal Aboo Bakar, Yusop Ahmad, Thariq Khan Azizuddin Khan, Nur Haziyanti Mohamad Khalid
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.