PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR
THE IMPLEMENTATION OF 1 STUDENT 1 SPORT POLICY AMONG SECONDARY SCHOOL TEACHERS IN KLUANG, JOHOR
Keywords:
Dasar 1 Murid 1 Sukan, Kemahiran, Komitmen, Kefahaman & Kemudahan SukanAbstract
Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (D1M1S) memberi fokus utama terhadap penglibatan murid yang kurang aktif untuk turut serta dalam aktivti sukan disamping menggilap bakat murid yang mempunyai potensi untuk dibangunkan. D1M1S dijalankan di peringkat sekolah. Namun begitu, tahap pelaksanaan dasar tersebut dalam kalangan guru-guru sebagai golongan pelaksana harus dikaji dan dikenalpasti bagi membantu merealisasikan matlamat D1M1S disamping meningkatkan kualiti kerja ke tahap yang lebih tinggi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan D1M1S dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Kluang, Johor, perbezaan pelaksanaan D1M1S berdasarkan jantina dan kategori sekolah serta hubungan yang ada berdasarkan elemen kemahiran, kefahaman, komitmen dan kemudahan sukan. Faktor utama kejayaan pelaksanaan D1M1S adalah berkait rapat dengan guru-guru sendiri sebagai golongan pelaksana. Kajian ini dijalankan terhadap 389 orang guru sekolah menengah di daerah Kluang, Johor. Data kajian yang diperoleh melalui borang soal selidik mengandungi 36 item soalan ditadbirkan kepada sampel untuk mengukur elemen kemahiran, komitmen, kefahaman dan kemudahan sukan. Nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen kajian ini adalah 0.95. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (min, sisihan piawai dan frekuensi) dan analisis inferensi (ujian-t sampel bebas). Dapatan kajian menunjukkan kefahaman guru terhadap D1M1S berada pada tahap tinggi manakala elemen kemahiran, komitmen dan kemudahan sukan pula berada pada tahap sederhana. Selain itu, terdapat perbezaan min pelaksanaan D1M1S secara signifikan berdasarkan jantina guru bagi elemen kemahiran dengan nilai (p=0.00 < 0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min pelaksanaan D1M1S secara signifikan berdasarkan kategori sekolah bagi elemen kemahiran, kefahaman, komitmen dan kemudahan sukan. Justeru, setiap guru yang terlibat dalam pelaksanaan D1M1S di sekolah perlu memberikan usaha penuh dan sentiasa komited bagi memastikan matlamat D1M1S tercapai.
Kata Kunci: Dasar 1 Murid 1 Sukan, Kemahiran, Komitmen, Kefahaman & Kemudahan Sukan