Fenomena Sosial dalam Cerita Rakyat Kanak-Kanak

Social Phenomena Among Folklore

Authors

  • Arba’ie Sujud
  • Liliy Salwani Bt Razali
  • Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi

Keywords:

sastera kanak-kanak, fenomena sosial, cerita rakyat, tradisi, children folklore, social phenomenon, tradition

Abstract

Hubungan sastera dan masyarakat sangat erat. Sastera adalah dokumentasi yang merakamkan kehidupan masyarakat. Hal-hal yang dipaparkan dalam sastera merangkumi peristiwa-peristiwa, aktiviti serta pergolakan yang berlaku dalam lingkungan sosial mereka. Dalam hal ini, cerita rakyat yang diteliti berhasil memaparkan pandangan dan sikap kelompok sosial di samping menggarapkan tentang fenomena yang berlaku dalam masyarakatnya. Selain itu melalui cerita rakyat kanak-kanak, dikesan gambaran kehidupan masyarakat tradisi yang meliputi sosiobudaya dan sistem kepercayaan mereka. Kepelbagaian makna di sebalik cerita rakyat yang diteliti, memancarkan pemikiran masyarakat tradisi terhadap sesuatu perkara. Lantaran itu, penelitian terhadap cerita rakyat kanak-kanak ini dapat memaparkan fenomena yang dicetuskan oleh masyarakat tradisi di samping memperlihatkan keperibadian dan kecendekiaan masyarakat Melayu.

 

The relationship between literature and society is very strong. Literature is a documentation that records the life of societies. Matters appeared in literature include events, activities and upheavals that are occurred in their social environment. In this instance, the folklore studied is able to describe the view and attitude of the social group as well as to understand the phenomenon in the society. Furthermore through children folklore the life of traditional society that comprise of their socio-cultural and the belief system could also be discovered. The various meanings behind the folklore studied reflect the thinking of the traditional society. As such research on children folklore could display the phenomenon in the traditional society as well as to illustrate the Malay personality and intelligence.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2011-11-26

How to Cite

Sujud, A., Bt Razali, L. S., & Nik Muhammad Affendi, N. R. (2011). Fenomena Sosial dalam Cerita Rakyat Kanak-Kanak: Social Phenomena Among Folklore. PENDETA, 2, 138–151. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1111