Kemampuan Model Pengajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Kemahiran Berfikir melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi Meningkatkan Tahap Motivasi dan Kemahiran Bahasa Pelajar

Capability of the Malay Language Teaching Model Based on Thinking Skills through Information and Communication Technology Improves Student Language Motivation and Skills

Authors

  • Zulkifli Osman Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, motivasi pelajar, kemahiran bahasa, model pengajaran bahasa melayu, thinking skills, information, communication and technology skills, student’s motivation, Malay Language Teaching Model, language skills

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat tentang kemampuan proses PdP Bahasa Melayu berdasarkan kemahiran berfikir melalui teknologi maklumat meningkatkan tahap motivasi dan kemahiran bahasa pelajar. Lapan guru Bahasa Melayu dan 212 pelajar yang terdiri daripada lapan kelas Tingkatan Empat dari seluruh negara dilibatkan sebagai responden dalam kajian ini. Soal selidik ditadbirkan kepada pelajar bagi mendapatkan maklumat tentang tahap motivasi pelajar, manakala temu bual digunakan bagi mendapatkan data tentang pandangan pelajar terhadap model pengajaran yang dibangunkan. Ujian kemahiran bahasa pula digunakan bagi mendapatkan data tentang kemampuan model PdP ini meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Dapatan kajian mendapati tahap motivasi pelajar dapat ditingkatkan. Dapatan temu bual pula mendapati sebahagian besar pelajar (55 %) menyatakan bahawa mereka seronok mengikuti aktiviti yang disediakan guru kerana dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bahasa mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa skor min bagi kemahiran bahasa pelajar dalam ujian pasca meningkat berbanding dengan ujian pra. Implikasi kajian turut dibincangkan dalam artikel ini.

 

This study was conducted to examine how the teaching and learning of thinking skills through ICT in the Malay Language can enhance students language skills and motivation level. Eight teachers and 212 form four students were involved as respondents in this study. Questionnaires and a language proficiency test were administered after the teaching and learning activities were conducted in classrooms. The findings indicated that the majority of the students (55%) acknoledged that they enjoyed the activities and tasks given by the teachers and stated that these activities enabled them to improne and enhance their knowledge and language skills. In terms of the strength of the Malay Language model in improving the language skills, the results showed that the mean scores of all of the four language skills in posttest increased between 5-12 percent as compared with the mean scores in the pre-test. The implications of the study are also discussed in this article.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-12-19

How to Cite

Osman, Z. (2015). Kemampuan Model Pengajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Kemahiran Berfikir melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi Meningkatkan Tahap Motivasi dan Kemahiran Bahasa Pelajar: Capability of the Malay Language Teaching Model Based on Thinking Skills through Information and Communication Technology Improves Student Language Motivation and Skills. PENDETA, 6, 181–213. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1164