Landskap sebagai Mekanisme Pertahanan Diri Berdasarkan Karya Sastera Melayu Tradsional
Landscape as aSelf Defence Mechanism Based on Traditional Malay Literary Works
Keywords:
landskap, mekanisme pertahanan diri, teori biologikal, karya satera melayu tradisional, landscape, self defense mechanism, biological theory, theory of landscape aesthetics, traditional malay textAbstract
Makalah ini bertujuan membincangkan peranan landskap sebagai mekanisme pertahanan diri berdasarkan landskap ibu negeri/ibu kota kerajaan Melayu, istana dan taman yang menjadi latar tempat dalam kebanyakan teks sastera Melayu tradisional dan juga kandungan teks yang menceritakan kaedah rajaraja Melayu zaman dahulu memilih tempat untuk mendirikan ibu negeri/ ibu kota dan istana. Perbincangan dalam makalah ini bertitik tolak daripada prinsip Teori Biologikal (Biological Theory) yang dikemukakan oleh Bourassa (1988, 1990) menerusi Theory of Landscape Aesthetics. Perbincangan akan mengupas sejauh manakah aspek biologikal (melalui prinsip keselamatan tempat tinggal dan perlindungan diri) menjadi keutamaan masyarakat Melayu zaman silam dalam ketika memilih tapak yang sesuai untuk mendirikan ibu negeri/ibu kota serta istana, dan juga ketika mengubah landskap ibu negeri/ istana berdasarkan gambaran landskap ibu negeri/ibu kota kerajaan Melayu serta istana yang menjadi latar dalam teks-teks kesusasteraan Melayu.
The aim of this article is to discuss the role of landscape as a self defence mechanism, through the text background that describes the magnificence of the landscape of Malay kingdoms, capitals and palaces through the stories/ content of the texts which narrated the methods used by various Malay rulers to select and determine the suitability of a particular location for the purpose of establishing a capital or a palace. The starting point of the discussion in this article is based on the principle of the Biological Theory as proposed by Bourassa (1988, 1990) through the Theory of Landscape Aesthetics. Further discussion explored the extend in which biological aspects (habitat and safety) becomes the priority for the early Malay communities in deciding the suitability of locations when selecting appropriate landscape for the establishment of a new settlements, capitals or palaces based on the narrative in various traditional Malay texts.