Kepelbagaian Modaliti Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dwibahasa
Multimodality in Bilingual Teaching and Learning
Keywords:
pengajaran dan pembelajaran dwibahasa, kepelbagaian modaliti, bahasa pengantar, bahasa kebangsaan, Teaching and learning bilingually, multimodality, language of instruction, national languageAbstract
Pengajaran dan pembelajaran secara dwibahasa merupakan satu proses yang kompleks. Selain menggunakan lebih daripada satu bahasa (lisan dan penulisan), proses pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat lari daripada melibatkan kepelbagaian modaliti seperti gerak isyarat, jadual, rajah, dan model tiga dimensi. Kajian ini melihat bagaimana bahasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains secara dwibahasa, iaitu yang menggunakan bahasa Inggeris (bahasa pengantar) dan bahasa Melayu (bahasa kebangsaan). Fokus kajian adalah peranan kepelbagaian modaliti dalam membantu pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan. Data diperoleh daripada rakaman video pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, berserta temu bual dengan guru dan murid, serta pemerhatian di dalam kelas. Data dianalisis menggunakan pakej perisian Transana, khususnya untuk menjana dan meneliti prosedur pengekodan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian modaliti memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dwibahasa, terutamanya dalam mengurangkan tuntutan terhadap penggunaan bahasa kedua yang penguasaannya masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Teaching and learning bilingually is a complex process. Besides using more than one language (verbal and written), the teaching and learning process involves multimodality such as gestures, tables, figures, and three dimensional models. This paper examines how languages were used in the teaching of Mathematics and Science bilingually, which uses English (the language of instruction) and Malay (the national language). This paper focuses on the role of multimodality to achieve effective teaching and learning. Data was gathered from classroom video-recordings, supported by interviews of teachers and students, and classroom observations. The data was analyzed using the software package Transana, especially for generating and examining the coding procedure. Results showed that multimodality seemed to play a crucial role in the process of teaching and learning bilingually, particularly in reducing the demand on the use of the second language of which its mastery has not yet reached a satisfactory level.