Keberkesanan Kaedah Pengajaran Bersama Dalam Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Murid Tingkatan 4

The Effectiveness of Coaching Teaching Methods in Improving Writing Achievement of Form 4 Students

Authors

  • Nor Azimah Ariffin SMK Hamid Khan, Tapah, Perak
  • Dahlia Janan Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.6.2017

Keywords:

pengajaran bersama, karangan, murid, keberkesanan, coaching, essay, pupils, effectiveness

Abstract

Kaedah pengajaran yang berbeza memberi kesan yang berbeza kepada pelajar. Oleh yang demikian, kajian ini meneliti kesan penggunaan kaedah pengajaran bersama dalam pengajaran dan pembelajaran karangan terhadap murid tingkatan empat. Kaedah pengajaran bersama merupakan kaedah yang dijalankan secara bersama, iaitu dua atau lebih pendidik bekerja dengan kumpulan pelajar yang heterogen di dalam bilik darjah pada masa yang sama. Reka bentuk kajian ini menggunakan kuasi eksperimen yang melibatkan kaedah konvensional bagi kumpulan kawalan dan kaedah pengajaran bersama bagi kumpulan rawatan. Dalam kumpulan rawatan sebanyak tujuh daripada 12 elemen yang terkandung dalam kaedah pengajaran bersama ini akan digabungjalinkan sebagai asas kajian untuk melihat kesan kaedah pengajaran bersama terhadap pencapaian murid. Data pencapaian murid dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Pemilihan sampel pula dibuat secara rawak iaitu, seramai 25 orang murid tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel untuk kumpulan rawatan dan 25 orang murid bagi kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan markah ujian Pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Selain itu, perbezaan ini juga menunjukkan peningkatan markah kumpulan rawatan yang menjalani kaedah pengajaran bersama lebih baik daripada kumpulan kawalan. Implikasi kajian ini memberikan murid dan guru ruang menggunakan kaedah pengajaran karangan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif yang diingini.

 

Different teaching methods have different effects on students. Therefore, this study examines the effect of the use of co-teaching methods in the teaching and learning of essays of form four students. A co-teaching method is a jointly conducted method whereby two or more educators work with a heterogeneous group of students in the classroom at the same time. The design of this study uses quasi experiments where two different teaching methods are implemented in the teaching and learning process, namely conventional methods for control groups and co-teaching methods for treatment groups. In the treatment group, seven of the 12 elements contained in this method of coteaching will be incorporated as the basis of the study to see the effect of the method on the achievement of the students. Pupil performance data is collected using pretest and posttest. Sample selection was randomized, of which 25 form four students were selected as samples for the treatment group and 25 pupils for the control group. The findings show that there are differences in post-treatment test scores between treatment groups and control groups. Additionally, these differences also show an increase in the treatment group score that undergo a better teaching method than the control group. The implication of this study gives pupils and classroom teachers a more effective teaching method to achieve the desired objectives.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-11-27

How to Cite

Ariffin, N. A., & Janan, D. (2017). Keberkesanan Kaedah Pengajaran Bersama Dalam Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Murid Tingkatan 4: The Effectiveness of Coaching Teaching Methods in Improving Writing Achievement of Form 4 Students. PENDETA, 8, 59–65. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.6.2017