Faktor Campur Kod Dalam Kalangan Masyarakat Iban Di Sarawak

Code-Mixing Factor among the Iban Community in Sarawak

Authors

  • Corella Anak Stephen Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Chemaline Anak Osup Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Siti Saniah Abu Bakar Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.11.2017

Keywords:

faktor, dominan, campur kod, masyarakat Iban, akronim KOMUNIKASI, factor, dominant, code-mixing, Iban community, KOMUNIKASI acronym

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk menyelidiki faktor dominan yang mendorong situasi campur kod masyarakat Iban di Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dan data kajian diperoleh melalui teknik rakaman spontan dan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada individu dan kelompok masyarakat Iban yang berpendidikan Inggeris dan berpendidikan Melayu. Situasi campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban didorong oleh faktorfaktor dominan yang diwakili oleh akronim ‘KOMUNIKASI’, iaitu kecekapan berbahasa, orang, minat, ungkapan yang panjang, niat, implikasi pembelajaran, kefahaman mesej, amalan, situasi dan istilah. Kesimpulannya, situasi campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban masih dalam keadaan yang terkawal. Implikasi kajian menunjukkan situasi campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban ini mampu membawa perkembangan yang positif kepada bahasanya jika dilakukan dengan tujuan yang positif.

 

The objective of this research is to investigate the domain that leads to code-mixing practices among the Iban community in Sarawak. Quantitative approach is used in this research and the research data was collected through spontaneous recordings and questionnaires. The research samples are individuals and groups of the Iban communities of whom have studied in the English and Malay medium of instruction. Code-mixing in the Iban community communication is driven by the domain factors that represents the accronym ‘COMMUNICATION, such as kecekapan berbahasa, orang, minat, ungkapan yang panjang, niat, implikasi pembelajaran, kefahaman mesej, amalan, situasi and istilah. In conclusion, code-mixing in communication among the Iban community is still very much under control. The research implication showed that code-mixing in the Iban community communication is able to bring positive impact to the language when used with positive intentions.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-12-13

How to Cite

Stephen, C. A., Osup, C. A., & Abu Bakar, S. S. (2017). Faktor Campur Kod Dalam Kalangan Masyarakat Iban Di Sarawak: Code-Mixing Factor among the Iban Community in Sarawak. PENDETA, 8, 108–115. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.11.2017