Istilah Diplomatik dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC)
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol17.1.fa.1.2026Keywords:
hubungan diplomatik, dasar luar negara, Korpus Parlimen , Malaysian Hansard Corpus (MHC), perundangan, diplomasi, kestabilan ekonomiAbstract
Istilah diplomatik yang digunakan dalam Parlimen merujuk kepada penggunaan bahasa dan ungkapan yang berkaitan dengan dasar luar negara, hubungan antarabangsa, dan kerjasama diplomatik antara negara. Objektif kajian ingin mengkaji istilah politik yang terdapat dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC) yang bertarikh 25 Februari 2026, khususnya berkaitan dengan Usul Menteri di bawah Perkara 27(3) mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Korpus Parlimen (Malaysian Hansard Corpus-MHC) merangkumi dokumen dari tahun 1959 hingga tahun 2026 dan mengandungi 167,513,039 token. Namun, kajian ini ganya memfokuskan 1 buah fail imbasan (30 daripada 184 halaman) bagi mendapatkan taburan data secara rawak berkaitan istilah-istilah politik. Kajian ini menganalisis istilah politik dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC) bertarikh 25 Februari 2026, berkaitan Usul Menteri di bawah Perkara 27(3) mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Melalui analisis terhadap istilah-istilah seperti "undang-undang", "libat urus", "tarif", "perintah eksekutif", dan "Kongres" berdasarkan Pendekatan Struktur Semantik (Ferdinand de Saussure, 1916), kajian ini menunjukkan bagaimana makna literal dan kontekstual tidak hanya berperanan untuk memberikan kefahaman tentang definisi istilah secara langsung tetapi juga memainkan peranan yang lebih besar dalam menyusun dan memperjelas perbincangan politik, diplomatik, dan ekonomi yang berlangsung di Dewan Rakyat. Istilah-istilah ini digunakan untuk membentuk naratif dan keputusan yang bukan sahaja penting bagi keberkesanan dasar negara, tetapi juga memberi impak terhadap hubungan antarabangsa serta strategi ekonomi negara. Implikasi daripada kajian ini ialah pemahaman yang mendalam mengenai makna istilah dalam perbincangan politik dapat memperkukuhkan proses pembuatan keputusan, seterusnya menghasilkan dasar luar negara yang lebih berkesan, memperbaiki hubungan antarabangsa, serta menyokong kestabilan ekonomi negara.
Downloads
References
Abercrombie, G. Gavin Abercrombie Navarr, R.Z (2019). Semantic change in the language of UK parliamentary discourse. Proceedings of the 1st International Workshop on Computational Approaches to Historical Language Change, pages 210–215
Abercrombie, G. (2021). Topic-centric sentiment analysis of UK parliamentary debates. Ph.D. Thesis. England: University of Manchester.
Appleton, S. (2021). A corpus-based study of UK foreign policy statements regarding the unification of Germany, October 1989 to November 1999. Journal Of Corpora And Discourse Studies, 4:39-62
Abdullah, I. H., Che Abdul Rahman, A. N., & Jaludin, A. (2021). The development of the Malaysian Hansard Corpus: A corpus of parliamentary debates 1959–2020. Jurnal Linguistik Malaysia, 18(1), 55–72.
Awal, N, Abdul Rahman, A.N, Abdulahh, I. (2019). Is Selangor in deep water?”: A corpus-driven account of air/water in the Malaysian Hansard Corpus (MHC). GEMA Online® Journal of Language Studies Volume, 19(2), May 2019 http://doi.org/10.17576/gema-2019-1902-07
Biber, D., Conrad, S., & Reppen, R. (2019). Corpus linguistics: Investigating language structure and use. Cambridge University Press. https://doi.org/10.1017/9781316574266
Hariri Ali Imran, Nasihah Hashim, & Maizatul Azura Yahya. (2026). Sorotan literatur bersistematik (SLR): Kajian bahasa retorik dalam karya sastera di Malaysia. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 17(1), 38–49.
Granger, S. (2020). International political discourse: A corpus-based approach. Journal of Political Discourse Studies, 35(4), 440-459. https://doi.org/10.1093/jpdsa/xyz123
Goldin, D., Rosenthal, M., & Brueckner, A. (2024). The international significance of parliamentary corpora: Code-switching and speech patterns in BasqueParl and Knesset Corpus. International Journal of Political Linguistics, 18(2), 78-92. https://doi.org/10.1016/j.ijpl.2024.02.006
Julaina Nopiah, & Nurfatihah Izzati Samarrudin. (2024). Penggunaan gaya bahasa retorik dalam pelaporan berita politik di berita televisyen. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 15(2), 37–51.
Ramli, Z., & Kumar, S. R. (2026). Keberkesanan pendekatan didik hibur terhadap penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid sekolah menengah. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 17(1), 11–21.
Patricia Anak Ganing, Asmiaty Amat, & R. Masri Sareb Putra. (2024). Mimpi sebagai medium komunikasi spiritual dalam masyarakat Iban. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 15(2), 1–17.
Siti Hawa Ezan, & Md Zahril Nizam Md Yusoff. (2026). Amalan penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di sekolah menengah persendirian Cina. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 17(1), 50–61.
Sarudin, A., Raja Ma’amor Syah, R. N. F. A., Mohamed Redzwan, H. F., Osman, Z., Othman, W. M., Mohd Ariff Albakri, I. S. (2019a). Lexical approach: Overcoming vague skills procedure and early Mathematical terminology based on the prosodic semantic theory. Journal of Mechanics of Continua and Mathematical Sciences, 14(3), 94-111.
Sarudin, A., Mohamaed Redzwan, H. F., Osman, Z., Raja Ma’amor Shah, R. N. F., & Mohd Ariff Albkri, I. S. (2019b). Menangani kekaburan kemahiran prosedur dan terminologi awal matematik: Pendekatan leksis berdasarkan teori prosodi semantik. Malaysian Journal of Learning and Insruction, 16 (2), 255-294.
Soriano Jiménez, C. (2024). Language change in British parliamentary discourse: A Corpus-based study of power and authority markers, 1930-2005. ATLANTIS TLANTIS Journal of the Spanish Association of Anglo-American Studies, Vol. 46, no. 2, pp. 49 – 68. https://doi.org/10.28914/atlantis-2024-46.2.03
Hiltunen, T. Räikkönenb, J., Tyrkkö, J. (2020). Investigating colloquialization in the British parliamentary record in the late 19th and early 20th century. Language Sciences Journal, pp 1-16. 79:10127.0 DOI 10.1016/j.langsci.2020.101270
Von Lünen, A , Stradling, F , González H. S and Crossley, P. (2023). Adapting corpus linguistic methods for non-specialist use: Hansard Web application. International Journal of Humanities and Arts Computing, Vol. 17, No. 1.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Muhtarova Munisa, Anida Sarudin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


