Pembelajaran Kata Sapaan Bahasa Melayu untuk Pelajar Antarabangsa

Authors

  • Nor Sahara Mesman Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Diana Jumadi Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Nur Hidayah Rashidi Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Patricia Ganing Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.1.9.2024

Keywords:

Pembelajaran bahasa, Kata sapaan, Bahasa Melayu, Pelajar antarabangsa

Abstract

Pembelajaran bahasa Melayu terhadap pelajar antarabangsa memainkan peranan penting dalam interaksi sosial dan integrasi budaya di Malaysia. Salah satu aspek penting dalam pembelajaran bahasa ialah pemahaman dan penggunaan kata sapaan bagi mencerminkan norma-norma komunikasi yang dihormati dalam masyarakat Malaysia. Objektif utama kajian ini bertujuan untuk mendeskripsi bentuk kata sapaan, menjelaskan faktor yang mempengaruhi pemilihan penggunaan kata sapaan dan mengenal pasti strategi serta pendekatan yang efektif dalam pembelajaran kata sapaan bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan fokus terhadap analisis pengalaman dan persepsi pelajar antarabangsa terhadap pembelajaran kata sapaan. Data dikumpulkan melalui temu bual dengan melibatkan lima orang pelajar antarabangsa yang sedang mempelajari bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Analisis data dilakukan dengan menggunakan pendekatan tematik untuk mengkategorikan tema dan dapatan yang signifikan. Pendekatan pembelajaran yang berorientasi pada konteks sosial dan budaya Malaysia serta penggunaan pendekatan interaktif dan komunikatif sangat efektif dalam meningkatkan pemahaman dan penggunaan kata sapaan bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa. Interaksi langsung dengan penutur natif, situasi belajar yang autentik, dan penggunaan teknologi dalam pembelajaran juga memberikan sumbangan yang besar untuk mencapai tujuan pembelajaran. Hasil kajian ini mendapati bahawa perlunya pembaharuan untuk mengembangkan kurikulum dan mempraktikkan pembelajaran bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa dengan efektif. Implikasi daripada kajian ini amat penting untuk memperlihatkan konteks sosial dan budaya dalam pembelajaran kata sapaan serta pengembangan pendekatan pembelajaran yang menarik dan relevan bagi pelajar antarabangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Asmah Omar. (2009). Nahu Melayu mukhtahir. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alice Alim. (2018). Bahasa Melayu sebagai bahasa asing: Kajian kes pelajar China di Universiti Malaysia Sabah. Jurnal Kajian Pendidikan, 5(2), 157-168.

Dilah Tuah. (2018). Mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sarawak: Pengalaman dan cabaran. Pengajaran bahasa, budaya dan pendidikan. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Nor Sahara Mesman, Nur Hidayah Rashidi, Diana Jumadi & Muhammad Fawiz Bakri. (2023). Perancangan penguasaan kosa kata bahasa Melayu pelajar antarabangsa semasa mengikuti pembelajaran dalam talian. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(4), 301-309.

Nor Sahara Mesman & Zulkarnain Abd Majid. (2021). Kajian kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) membendung Covid-19 Fasa 2. International Journal of Education and Pedagogy, 3(1), 195-202.

Junaini Kasdan, Yusmaniza Mohd Yusoff, Nor Hashimah Jalaluddin, & Hasnah Mohamad. (2018). Pembangunan Kit Video Pembelajaran Bahasa Melayu Penutur Asing Berteraskan Budaya. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 144–157. https://doi.org/10.37134/pendeta. vol9.11.2018

Nor Sahara Mesman & Fatina Bakar. (2023). Penggunaan kata ganti nama dalam dialek Pahang: Analisis Hikayat Panjang Pendek. International Journal of Social Science Research, 5(2), 97-104.

Joyson John & Kartini Abd. Wahab. (2021). Kata sapaan dalam bahasa Dusun dialek Bundu. Jurnal Melayu [Isu Khas], 635-650.

Khuzaiton Zakaria, & Thana Abdullah. (2014, Jun 11-12). Mengajar bahasa Melayu kepada penutur asing dan cabarannya: Pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia [Sesi persidangan]. PDE Professional Development in Education Conference 2014, Park Hotel Bandung, Indonesia.

Nurmasturah Jamil, Noor Asliza Abdul Rahim, & Shuhairimi Abdullah. (2020). Penguasaan kosa kata dalam komunikasi bahasa asing. Journal of Human Development and Communication, 9, 99-108.

Nurul Shahida Jamil. (2017). Kebimbangan pelajar antarabangsa dalam mempelajari Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 35, 30-40.

Juwairiah Osman & Mardian Shah Omar. (2021). Aplikasi Teknologi dan Motivasi dalam Kemahiran Berbahasa Melayu untuk Penutur Asing. Jurnal Linguistik, 25(2), 20-32.

Metzger, L. (2020). Keragaman Bahasa-bahasa Asia. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, , 11(2), 1–6. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.2.fa.1.2020

Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli & Siti Saniah Abu Bakar. (2018). Kekangan Pelajar dalam Mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing. [Sesi persidangan]. International Conference on the Teaching and Learning of Languages (ICTLL), Kuching, Sarawak.

Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli, Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, Shahlan Surat & Jamaludin Badusah.

(2019). Aspek budaya Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 10, 121–133. https://doi.org/10.37134/ pendeta.vol10.9.2019

Zuraini Ramli. (2018). Psikolinguistik dalam pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Downloads

Published

2024-04-28

How to Cite

Mesman, N. S., Jumadi, D., Rashidi , N. H., & Ganing, P. (2024). Pembelajaran Kata Sapaan Bahasa Melayu untuk Pelajar Antarabangsa. PENDETA, 15(1), 105–116. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.1.9.2024