Reka bentuk dan pembangunan aplikasi Pirak: Revolusi penghasilan sugu tinggi
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.6.2025Keywords:
Aplikasi Pirak, reka bentuk, pembangunan, sugu tinggi, masyarakat IbanAbstract
Kajian ini bertujuan membangunkan Aplikasi Pirak, sebuah aplikasi digital interaktif yang direka khas untuk membantu masyarakat Iban, khususnya golongan wanita dalam mereka bentuk perhiasan kepala tradisional yang dikenali sebagai Sugu Tinggi. Sugu Tinggi merupakan elemen penting dalam pakaian tradisional wanita Iban yang melambangkan kecantikan, status sosial dan identiti budaya. Walau bagaimanapun, kos pembuatan yang tinggi dan kekangan kemahiran manual menjadi cabaran dalam usaha memelihara warisan ini secara meluas. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan Model Pembangunan ADDIE yang merangkumi fasa analisis, reka bentuk dan pembangunan. Data diperoleh melalui soal selidik terpilih dan kajian kepustakaan daripada sumber akademik terdahulu. Reka bentuk aplikasi ini berfokus kepada motif tradisional berasaskan unsur alam, manakala fasa pembangunan memberi penekanan kepada paparan aplikasi mesra pengguna yang membolehkan pengguna menghasilkan papan Sugu Tinggi secara digital melalui teknik match and matching. Aplikasi ini bukan sahaja memudahkan penghasilan perhiasan secara lebih cepat dan kos efektif malah berpotensi besar untuk dimanfaatkan dalam bidang pendidikan, khususnya dalam subjek seni visual, reka bentuk dan kebudayaan tempatan. Ia berfungsi sebagai alat bantu mengajar yang interaktif, merangsang pembelajaran kontekstual dan menghargai nilai estetika warisan etnik. Secara keseluruhan, kajian ini menyokong integrasi teknologi dalam pemeliharaan budaya dan mencadangkan perluasan aplikasi ini sebagai satu inisiatif pelestarian warisan dalam era Revolusi Industri.
Downloads
References
Alli, H. (2022). Reka bentuk produk perindustrian: Pembangunan dan proses. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gregory Kiyai @ Keai & Noria Tugang. (2020). Artifak budaya masyarakat Iban: Warisan dan budaya. Jurnal Kinabalu, 1(1), 2-15.
Gregory Kiyai & Noria Tugang. (2020). Penelitian koleksi aksesori Perak Ngepan Indu “Biah Anak Anji” dalam konteks budaya benda masyarakat Iban. Asian People Journal, 3(2), 169-180.
Munan, H. (1988). Cultural shock: Borneo. Times Books International.
Noel, J. (1997). Iban traditional costume and accessories: preservation, adaptation and development in Sarawak gazette. CXXIV, 1536, 22 – 44.
Wan Juliana Emeih Wahed & Patricia Pawa Pitil. (September, 2018). Perception of Kebat Design Motifs of Ngepan Clothing - Traditional Iban Costume. Conference: 2nd Asia International Conference of Ats and Design (AiCAD 2018): Langkawi, Kedah, Malaysia.
Kiyai, G., & Tugang, N. (2020). Penelitian Koleksi Aksesori Perak Ngepan Indu “Biah Anak Anji” Dalam Konteks Budaya Benda Masyarakat Iban. Asian People Journal (Apj), 3(2), 169-180.
Douglas, R. S. E. M., Subet, M. F., & Daud, M. Z. (2023). Jelmaan reptilia dalam akal budi masyarakat Iban: Analisis Semantik Inkuuisitif. Asian People Journal (APJ), 6(2), 1-19.
Wahed, W. J. E., & Pitil, P. P. (2018). Ngepan Indu Iban: The Aesthetic Features of Female Iban Costume in Sarawak. In Head of Conference Mohd Khairi Baharom mohdkhairibaharom@ gmail. com 0125778538 Registration & Notification (p. 40).
Sandin, Benedict & Clifford Sather. (1994). Sources of Iban traditional history. Sarawak Museum Journal, 46, 67.
R. Kanyan, R. & A. A. R. Zainurul, A. A. R. (2015). Exploring the semiotics of the Dayak Motifs in Sarawak. Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS).
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Patricia Anak Ganing, Nor Sahara Mesman , Diana Jumadi, Nur Hidayah Rashidi, Muhammad Fawiz Bakri, Muhammad Zamzini Mohd Zamani

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


