Isu dan Kontroversi Perang Jamal dan Perang Siffin: Suatu Tinjauan Literatur
DOI:
https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.1.4.2025Keywords:
Perang Jamal, Perang Siffin, Sahabat Nabi, sejarah Islam, kontroversi sejarahAbstract
Perang Jamal dan Perang Siffin merupakan dua peristiwa penting dalam sejarah awal Islam yang berlaku antara tahun 36H hingga 37H. Perang Jamal tercetus akibat perselisihan antara pasukan yang dipimpin oleh Khalifah Alī bin Abī Ṭālib RA dengan pasukan yang diketuai oleh Ā’ishah binti Abī Bakr RA, manakala Perang Siffin melibatkan pertentangan antara Alī bin Abī Ṭālib RA dengan Mu’āwiyah bin Abī Sufyān RA. Kedua-dua peristiwa ini menjadi topik perbahasan mendalam dalam kalangan sarjana, khususnya berhubung kritikan yang dilontarkan oleh pihak yang menentang Islam terhadap para sahabat Nabi Muhammad SAW kerana konflik ini berlaku sesama mereka. Kontroversi tersebut turut mempengaruhi persepsi negatif segelintir masyarakat bukan Islam terhadap umat Islam. Kajian ini bertujuan menganalisis secara kritis isu-isu yang timbul daripada Perang Jamal dan Perang Siffin berdasarkan perspektif sejarawan Islam. Pendekatan kajian kualitatif berbentuk kajian sejarah digunakan dengan pengumpulan data melalui analisis dokumen daripada pelbagai sumber berautoriti. Hasil kajian mendapati bahawa antara isu utama yang menjadi kontroversi ialah persoalan keadilan para sahabat Nabi SAW, hukum mencela mereka, serta status syahid bagi sahabat yang terlibat dalam peperangan ini. Makalah ini menganalisis wacana ilmiah berkaitan isu tersebut bagi memberikan pandangan yang seimbang dan berasaskan sumber Islam yang sahih.
Downloads
References
Ali Muhammad Ash-Shallabi. 2012. Biografi Ali bin Abi Thalib. Terj. Muslich Taman, Akmal Burhanudin & Ahmad Yaman. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.
Hasan al-Husaini. 2013. Hasan & Husain The Untold Stories. Terj. Umar Mujtahid. Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafi’i.
Helmi Chandra, Zulfahmi Alwi, Rahman Iman Ghozali & Muhammad Irwanto. 2021. Pengaruh Politik Sunni dan Syi’ah Terhadap Perkembangan Ilmu Hadis. Depok: Rajawali Pers.
Mohd Aizam & Mohd Fauzi. 2019. Pemikiran Skeptikal Syiah terhadap Ahl al- Sunnah wa al-Jama‘ah, Afkar 21(1), 1-52.
Mohd Fikri Che Hussain. 2005. Keadilan Para Sahabat Di Sisi Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah. Johor: Perniagaan Jahabersa.
Muhammad Imran. 2016. Sahabat Nabi SAW dalam Perspektif Sunni dan Syiah (Pengaruhnya pada Kesahihan Hadis). Jurnal Aqlam, 1(1), 15-34. https://journal.iain-manado.ac.id/index.php/AJIP/article/view/497/409.
Sami Abdullah al-Maghlouth. 2014. Jejak Khulafaur Rasyidin 4 Ali bin Abu Thalib. Terj. Fuad Syaifudin Nur. Jakarta: Penerbit Almahira.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nurussyefa' Ahmad Sumari, Nur Ainul Basyirah Alias

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


