Analisis Modul Durus Al-Lughah Al- ‘Arabiyyah Li Ghayri Al-Natiqina Biha (Pembelajaran bahasa arab untuk bukan penutur arab) terhadap tahap penguasaan kurikulum Azhari dalam kalangan pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK)
DOI:
https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.1.8.2025Keywords:
Kurikulum Azhari, kemahiran Bahasa Arab, modul pembelajaran, Bahasa Arab Madinah, sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK)Abstract
Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa utama dunia yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia terutamanya untuk mendalami pengajian Islam. Pelbagai modul dibangunkan untuk membantu meningkatkan kemahiran Bahasa Arab pelajar terutamanya bagi bukan penutur Bahasa Arab. Penggunaan modul yang tepat dan bersesuaian dapat memberi kesan yang positif terhadap pelajar dalam menguasai empat aspek kemahiran bahasa iaitu menulis, membaca, bertutur dan mendengar. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji salah satu modul pembelajaran Bahasa Arab iaitu Modul Durus Al-Lughah Al-’Arabiyyah Li Ghayri Al-Natiqina Biha (Pembelajaran Bahasa Arab untuk Bukan Penutur Arab) atau juga dikenali sebagai Modul Bahasa Arab Madinah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan Kurikulum Azhari pelajar Modul Bahasa Arab Madinah, mengenal pasti tahap kemahiran Bahasa Arab pelajar Modul Bahasa Arab Madinah dan menganalisis peranan Modul Bahasa Arab Madinah terhadap penguasaan Kurikulum Azhari pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Pakage for the Social Sciences (SPSS) versi 29 secara deskriptif. Dapatan kajian analisis deskriptif mendapati bahawa skor min bagi variabel tahap penguasaan Kurikulum Azhari adalah pada tahap sederhana tinggi (3.64), skor min bagi variabel tahap kemahiran Bahasa Arab sederhana tinggi (3.50) dan skor min bagi kaedah pelaksanaan Modul Bahasa Arab Madinah tinggi (4.14). Diharapkan kajian ini dapat memberi maklumat yang bermanfaat kepada pihak berkenaan untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Arab dan pengajian Islam dalam Bahasa Arab dengan berpandukan pendekatan modul yang dikaji.
Downloads
References
Aini Ariffin & Mashitah Nordin. (2022). Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Buletin APB Edisi 9. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71733/
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dan Parilah M. Shah. (2010). Sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). GEMA: Online Journal of Language Studies, 10(2), 5-33.
Hafizuddin Hussin, Mohammad Amnan Bin Awang Ali dan Abdul Hadi Bin Abdul Rahim. (2020). Keberkesanan Modul Pengajaran Durus Al Lughah Al-'Arabiyyah Li Ghayri Al-Natiqina Biha (Pelajaran-Pelajaran Bahasa Arab Untuk Bukan Penutur Arab) Terhadap Pelajar Pemula Bahasa Arab Kolej UNITI Kota Bharu. e-Jurnal Bahasa Dan Linguistik, 2(2), 2682-8987.
Hairun Najuwah Jamali, Awatif Abdul Rahman, Ku Fatahiyah Ku Azizan, Siti Nurhajariah Md Isa. (2018). Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui Kajian Tindakan [Isu Khas]. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4/Special Issue, 29-43.
Haron Husaini, Abdul Manan Yusoh, Adnan Mat Ali, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Ahmad Shafiq Mat Razali, Diyak Ulrahman Mat Saad, Mohd Bakri Aziz dan Jamaliah Rani. (2018). Kurikulum Bersepadu Dini: Pelaksanaan Dan Cabaran. In Studies 2018 Organized by Faculty of Islamic Civilisation Studies. International Islamic University College Selangor. http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/1035-irsyad-2018.pdf
Kamarulzaman Abdul Ghani, Ahmed Thalal Hj Hassan, Ahmad Abdul Rahman, Mohd Aderi Che Noh, Muhd Zahiri Awang Mat, Zawawi Ismail, Azmil Hashim, Saifuddin Hussin8, Rohaidi Habil dan Siti Apipah Munirah Salleh. (2018). Pembelajaran Kurikulum Bersepadu Dini Dalam Kalangan Pelajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. The 5th International Conference On Research in Islamic Education & Arabic Language 2018.
Khatijah dan Hakim Zainal. (2018). Penguasaan Kata Nama dan Kata Kerja Arab dalam Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini. International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 1(1), 69-78.
Maimun Aqsha, Zaffi Alias dan Hanis Najwa Shaharuddin. (2014). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kurikulum Bu’uth Al-Azhar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Jurnal Pendidikan Malaysia, 39(1), 51-61.
Marican, S. (2006). Penyelidikan Sains Sosial. Batu Caves: Edusystem Sdn. Bhd.
Mohd Fadzli Ismail dan Nik Mohd Rahimi. (2021). The Relationship between Linguistic Features and Readability of Dini Integrated Curriculum Arabic Textbook in Government-Aided Religious School. Journal Islamiyyat, 43(2), 117-129.
Nurul Sofea Binti Kamarudin. (2017). Pelaksanaan Model CLIL dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Al-Azhari: Kajian di Daerah Pekan dan Rompin. [Tesis tidak diterbitkan] Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Subhan Ali Dodego. (2022). Pentingnya Penguasaan Bahasa Arab Dalam Pembelajaran Pendidikan Agama Islam. PESHUM Jurnal Pendidikan, Sosial Dan Humaniora, 1(2), 55–70.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Amalia Hayati Rosaimi, Muhammad Akramin Kamarul zaman

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


