Analisis Konsensus Pakar Terhadap Reka Bentuk Modul Nyanyian NyaNiMu Bagi Pembinaan Kemahiran Sosial Kanak Kanak 3–4 Tahun

Authors

  • Ramizah Sakumoning National Child Development Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Abdul Halim Masnan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/ejoss.vol12.sp2.11.2026

Keywords:

modul nyanyian, fuzzy delphi , kemahiran sosial, pendidikan awal kanak-kanak

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis konsensus pakar terhadap reka bentuk Modul Nyanyian NyaNiMu yang dibangunkan bagi menyokong pembinaan kemahiran sosial kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun di taska. Menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR), modul ini dibangunkan berdasarkan dapatan analisis keperluan, semakan literatur dan temu bual separa berstruktur bersama tiga orang pakar bidang. Pengesahan kandungan modul dilaksanakan menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) yang melibatkan 15 orang pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak dan pedagogi muzik. Analisis FDM menggunakan nilai ambang (threshold, d), triangular fuzzy number dan defuzzifikasi dengan nilai α-cut ≥ 0.5. Dapatan menunjukkan kesepakatan penuh 100% terhadap empat komponen utama modul, iaitu Komunikasi Sosial, Pengawalan Emosi dan Tindak Balas Sosial, Interaksi Sosial dan Kolaborasi, serta Keyakinan Diri dan Kelibatan Sosial. Keempat-empat komponen mencatatkan nilai threshold < 0.2 dan skor fuzzy (A) antara 0.949 hingga 0.967, membuktikan kesahan kandungan, kesesuaian pedagogi serta kebolehgunaan modul untuk diaplikasikan dalam konteks taska. Kajian ini mengesahkan bahawa Modul Nyanyian NyaNiMu berpotensi sebagai pendekatan yang menyeronokkan, berstruktur dan bersesuaian perkembangan bagi memperkukuh kemahiran sosial awal kanak-kanak.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Chen, L., & Wong, S. (2022). Music-based emotional learning activities for early childhood: A systematic review. Journal of Early Childhood Development Studies, 14(2), 33–47.

Hashim, R., & Idris, N. (2022). Application of the fuzzy Delphi method in validating early childhood education modules. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 19(3), 112–129.

Kokotsaki, D. (2022). Group singing and its impact on children’s motivation and social bonding. International Journal of Music Education, 40(1), 45–60. https://doi.org/10.1177/02557614211064043

Ruismäki, H., & Tereska, T. (2020). Singing as a medium for social communication in early childhood education. European Early Childhood Education Research Journal, 28(4), 512–528. https://doi.org/10.1080/1350293X.2020.1783927

Saad, N., & Yusoff, H. (2021). Traditional children’s songs and cultural identity formation in Malaysian preschools. Asia Pacific Journal of Early Childhood Education, 9(2), 21–34.

Thompson, G., & Meyer, K. (2021). Emotion-focused musical engagement among preschool children: Implications for emotional regulation. Childhood Education, 56(1), 72–88. https://doi.org/10.1080/00094056.2021.1879934

Van Rhijn, T., Schofield, K., & Heersink, L. (2021). Social interaction challenges among early learners: A multi-setting analysis. Journal of Early Childhood Social Development, 7(3), 145–160.

Young, S. (2023). Meta-analysis of music interventions for social-emotional development among early childhood learners. Early Childhood Research Perspectives, 12(1), 1–19.

Zainal, N., Yusoff, A. F. M., Hashim, A., Muhamad, N., & Wan Hamat, W. N. W. (2021). Application of fuzzy delphi technique to identify the elements for designing and developing the e-PBM PI-Poli module. Asian Journal of University Education, 17(1), 293–299. https://doi.org/10.24191/ajue.v17i1.12625

Downloads

Published

2026-04-23

How to Cite

Sakumoning, R. ., & Masnan, A. H. (2026). Analisis Konsensus Pakar Terhadap Reka Bentuk Modul Nyanyian NyaNiMu Bagi Pembinaan Kemahiran Sosial Kanak Kanak 3–4 Tahun. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 12(Special Issue 2), 126-133. https://doi.org/10.37134/ejoss.vol12.sp2.11.2026